Selepas kejayaan drama, Projek Anchor SPM, nama pelakon, Nadhir Nasar kini semakin mendapat perhatian ramai pihak.

Kebanyakkan daripada mereka menganggap kualiti lakonan yang ditonjolkan oleh Nadhir kini dilihat lebih matang berbanding dengan naskah-naskah sebelumnya.

“Walau Tak Kena Dengan Jiwa, Kita Tetap Boleh…,” – Tak Berlakon Drama Klise? Nadhir Nasar Perjelaskan “Walau Tak Kena Dengan Jiwa, Kita Tetap Boleh…,” – Tak Berlakon Drama Klise? Nadhir Nasar Perjelaskan

Lantaran itu, timbul pula cakap-cakap daripada segelintir pihak yang mendakwa bintang tersebut kini dikatakan semakin memilih naskah yang ditawarkan lebih-lebih lagi bila melibatkan drama-drama yang mempunyai genre ‘cliche’.

Menerusi satu temu bual bersama MH baru-baru ini, Nadhir sekeras-kerasnya menafikan dakwaan tersebut dan menyifatkan setiap naskah mempunyai kekuatannya yang tersendiri.

“Kadang-kala, walaupun sesebuah watak itu tak kena dengan jiwa, kita tetap juga boleh jadikan naskah itu berjaya.

“Saya tetap akan berlakon watak-watak cliche seperti anak CEO atau pun kahwin paksa tetapi saya akan buat perubahan dari segi lakonan.

Ads

“Dengan gaya lakonan yang mantap, apa sahaja watak yang kita bawa, pasti sahaja boleh menarik perhatian penonton.

“Apa yang saya lihat setakat ini, drama-drama cliche ini kebanyakkannya berjaya kerana ia memiliki pengikut yang ramai,” katanya kepada MH.

“Walau Tak Kena Dengan Jiwa, Kita Tetap Boleh…,” – Tak Berlakon Drama Klise? Nadhir Nasar Perjelaskan “Walau Tak Kena Dengan Jiwa, Kita Tetap Boleh…,” – Tak Berlakon Drama Klise? Nadhir Nasar Perjelaskan

Bagaimanapun, juara Hero Remaja 2020 ini turut memaklumkan dirinya tetap akan meneliti terlebih dahulu setiap naskah yang telah ditawarkan kepadanya.

Ads

“Nak kata saya memilih naskah, itu memang sudah semestinya. Kalau kita sendiri tahu naskah tersebut takkan berjaya, kenapa kita masih lagi nak buat?

“Tetapi setahu saya, kebanyakkan produksi di Malaysia ini, kalau storyline mereka kurang menarik, pasti naskah tersebut akan jadi bagus dari segi mutu lakonan. Kita kena tahu macam mana nak memainkan watak tersebut.

“Bagaimanapun sebagai seorang pelakon baru, saya akan ambil sahaja tawaran yang diberikan dan saya akan olah setiap watak tersebut menjadi lebih baik,” ujarnya lagi.

“Walau Tak Kena Dengan Jiwa, Kita Tetap Boleh…,” – Tak Berlakon Drama Klise? Nadhir Nasar Perjelaskan

Ads

Terdahulu, Nadhir memaklumkan dirinya kini terpaksa menangguhkan terlebih dahulu beberapa projek drama terbarunya memandangkan negara ketika ini sedang perdepan dengan gelombag ke-3 pandemik Covid-19.

Dalam perkembangan lain, Media Hiburan kini sedang menganjurkan pertandingan menarik bersempena dengan MCO 3.0 ini, siapa tahu rezeki akan jadi milik anda.

“Walau Tak Kena Dengan Jiwa, Kita Tetap Boleh…,” – Tak Berlakon Drama Klise? Nadhir Nasar Perjelaskan

Pertandingan nyanyian ‘Karok Lockdown’ khas buat anda yang mahu ketengahkan bakat menyanyi, kalau bertuah ganjaran wang tunai menanti!

Apa yang anda perlu buat? Klik saja link DI SINI untuk mendaftar sekarang. Mana tau korang pemenang yang kami cari, all the best!

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI