Hari ini, Persatuan Seniman Malaysia telah menganjurkan larian Seniman Run 2.0 dengan kerjasama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).
Seniman Run 2.0 itu telah berlangsung di sekitar kotaraya Kuala Lumpur.
Ramai artis telah turut sertai larian tersebut termasuk pasangan pelakon Aidil Aziz dan Fasha Sandha yang juga tidak ketinggalan untuk menyertai Seniman Run 2.0.
“5 K M. Alhamdulillah ,walaupun tak prepare dr segi fitness.Tapi kami berjaya habiskan.Good job Cik Tunang.” tulisnya.
Lantas, netizen mengucapkan tahniah kepada pasangan itu kerana telah berjaya menghabiskan larian tersebut yang sepanjang 5KM. Malah ada juga yang memuji Aidil yang bersikap ‘supportive’ kepada Fasha.
Ads
Alahai, sweet betul pasangan tunang ini. Masuk larian Seniman Run 2.0 bersama-sama. Good job Aidil dan Fasha!
Foto : Instagram Aidil Aziz & Fasha Sandha
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi, Ani Maiyuni menyuarakan pendapatnya terhadap isu hangat membabitkan usahawan kosmetik, Datuk Seri Vida yang baru sahaja melancarkan lagu muzik video terbaharunya berjudul Ku Ikhlaskan.
Vida atau nama sebenarnya Hasmiza Othman menjadi perhatian ramai selepas melancarkan karya berkenaan di rasmi YouTube miliknya, pada Isnin lalu.
Meski ramai yang memberi kritikan terhadap naskhah terbaharu usahawan berusia 50 tahun itu, Ani berpendapat Vida sentiasa bijak dalam mencari peluang untuk meraih perhatian.
“Pada pandangan saya, untuk zaman sekarang, dia bijak mencari peluang dan pandai membuatkan orang ramai untuk sentiasa beri perhatian pada dirinya,” katanya.
Ani atau nama sebenarnya Aishah An-Nur Osman menambah, untuk menjadi penyanyi disegani, seseorang penyanyi harus sentiasa menghindari daripada melakukan hal negatif seterusnya beri contoh baik pada semua.
“Saya sebagai penyanyi lama, kita menerima sahaja kehadiran penyanyi baru tapi jangan anda naikkan nama populariti anda dengan cara melakukan benda macam itu.
“Macam kami dulu, nak jadi seorang penyanyi perlu ada sifat sebagai ikon dan kami tidak boleh langsung ada benda negatif sebab penyanyi lama memang sudah diajar macam itu oleh syarikat rakaman,” katanya lagi.
Selain itu, penyanyi lagu Sedap ini berkata cara sedemikian ibaratnya kini sering dilakukan segelintir penyanyi baru sehingga menjadi trend pada yang lain.
Kongsi lagi ibu kepada tiga orang cahaya mata ini, situasi tersebut mungkin boleh memberikan pada reputasi industri hiburan tanah air.
“Tapi zaman sekarang, ramai yang nak dapatkan perhatian dengan cara macam itu adalah sangat tidak bagus. Kalau boleh kita tidak mahu benda itu boleh buat genarasi baru sekarang tidak tahu untuk menilai mana yang bagus dan tidak.
“Kenapa yang bagus tidak diberi perhatian tapi yang tidak bagus pula diberi perhatian lebih, jadi kalau boleh kita tidak mahu situasi ini berlaku pada masa akan datang,” luahnya lagi.
Ani telah berkata demikian ketika ditemui di majlis perlancaran sebuah jenama rangkaian produk kecantikan dan penjagaan wajah, AISEL, di Cornerstone IPC Glass House, Kuala Lumpur, pada Rabu.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Ani Maiyuni
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Personaliti media sosial, Maryam Younarae yang juga isteri kepada pempengaruh media sosial ‘Durian Kimchi’, Ryzal Ibrahim berniat untuk terus mempraktikkan pemakaian khimar di Malaysia seperti mana yang menjadi persalinan kebiasaan kebanyakan wanita di negara Timur Tengah.
Menurut Maryam, pemakaian khimar ini boleh memberikan keselesaan buat para wanita melakukan aktiviti harian dan pada masa sama memudahkan urusan ketika solat.
Katanya lagi, penggunaan kualiti kain daripada Korea Selatan juga nyata memberikan keselesaan buat si pemakai.
Khimar Lebih Selesa Dan Praktikal Berbanding Telekung
“Saya buat khimar ini untuk kegunaan seharian atau ketika berjalan-jalan. Boleh juga digunakan sewaktu solat.
“Memakai telekung untuk aktiviti harian mungkin agak tak sesuai kerana ia labuh dan kainnya tebal, tapi khimar ini sangat selesa.
“Bagi orang yang tak tahu mengenai khimar terutamanya ahli keluarga dan rakan-rakan saya, mereka tertanya-tanya saya tak panas ke? Selesa ke?
“Jadi, saya mahu mereka cuba sendiri. Oleh itu, saya sudah merancang untuk mewakafkan khimar ini di masjid-masjid di Malaysia dan Korea Selatan,” katanya kepada MH.
Maryam berkata sedemikian ketika ditemui di majlis pelancaran Khimar MaryamNarae by Maryam You Narae bertempat di Lola by SeraiGroup KLGCC.
Terkilan Khimar Masih Belum Terkenal Di Korea!
Bagaimanapun, pelakon filem Mat Tudung Begins ini akui agak terkilan apabila pemakaian khimar masih belum boleh diterima ramai lebih-lebih lagi di negara kelahirannya, Korea Selatan.
“Pada Oktober lalu, saya balik ke Korea. Saya ada berkongsi video memakai khimar ketika ke pasar. Video tersebut telah viral dan menerima 12 juta tontonan.
“Orang-orang di Korea melihat saya dalam keadan pelik. Sebagai manusia, saya juga ada perasaan takut dan tertanya-tanya apa yang mereka fikirkan.
“Buat pertama kalinya, saya mengeluh kepada Allah. Kalau nak saya memeluk Islam, kenapa lahirkan saya sebagai orang Korea dan bukannya orang Malaysia? Kenapa beri saya situasi susah?,” ujarnya lagi.
Bagaimanapun, hal tersebut tidak sesekali melunturkan semangatya untuk berkongsi tentang keindahan Islam.
“Kemudian saya dapat jawapan. Kerana saya orang Korea Selatan dan seorang muslim, jadi, lebih mudah untuk saya mendekati mereka dan berkongsi tentang Islam.
“Saya akan terus tunjukkan perkara yang baik-baik. Sama seperti suami saya, Ryzal. Ketika dia membawa saya memeluk Islam, dia tak pernah paksa saya buat itu ini tapi dia menunjukkan contoh.
“Bila sudah terbiasa, saya pula ada keinginan untuk belajar sendiri. Setiap perkara yang berlaku ada prosesnya. Kita tak boleh terus berubah 360 darjah,” ulasnya lagi.
Pada masa sama, Maryam turut memaklumkan dia memulakan bisnes pakaian muslimah ini sebagai tanda untuk menghargai nikmat rezeki yang telah dikurniakan Allah.
“Ramai tahu saya peroleh rezeki yang melimpah ruah daripada Allah SWT. Ada orang bila dapat rezeki, mereka hanya berterima kasih tapi tak buat apa-apa.
“Bila dapat rezeki, kita kena memanfaatkan pemberian itu. Allah nak kita memanjangkannya untuk perkara yang baik. Ini cara saya saya memanfaatkan rezeki,” akhirinya.
Untuk rekod, Maryam You Narae merupakan wanita asal Ansan, Gyeonggi-do, Korea Selatan sebelum berkahwin dengan pempengaruh media sosial asal Malaysia, Nik Muhammad Rizal dan popular dengan Youtube ‘Durian Kimchi’, Maryam hanyalah seorang wanita biasa yang mengusahakan kedai menjual kuih walnut bersama ibunya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Genap 40 tahun, isteri kepada penyanyi Tomok, Rahayu Abbas atau lebih sinonim dipanggil Ayu bersyukur kerana masih diberi kesempatan menjalani kehidupan olehNya.
Pada masa sama, dia dia turut menyatakan hajat agar dikurniakan cahaya mata perempuan andai diberikan rezeki, selepas ini.
“1 September.2019…..Syukur Alhamdulillah…genap 40tahun saya diberi peluang menjadi khalifah di bumi Allah….
“Terima kasih mak abah kerana melahirkan anak yang cute which is “me”. Terima kasih kepada suami yang sudi mengambil saya sebagai isteri.
“Terima kasih yaAllah kerana memberi peluang untuk saya merasai nikmat menjadi seorang ibu.
“Seperti biasa wish saya setiap tahun agar dimurahkan rezeki untuk menimang cahaya mata perempuan, diberi kesihatan yang baik untuk jalankan tanggungjawab sebagai anak, isteri dan ibu dan yang penting saya ingin terus istiqomah pada peluang kehidupan yang diberikan…Amin.
“Kepada yang wish saya di IG saya, saya ucapkan terima kasih in advance..ada ke yang wish dibu??? Hihihihi,” tulisnya.
Tomok mendirikan rumah tangga bersama pasangannya Ayu pada tahun 2011 dan dikurniakan dua orang cahaya mata, Arrianshah Akid,7, dan Andrashah Iman, 5 tahun.
Foto : Instagram Ayu
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Seorang bekas pelakon saluran YouTube popular Singapura Wah!Banana, Lev Panfilov, didapati bersalah atas empat pertuduhan termasuk rogol, serangan seksual dan cabul, dalam satu keputusan...