Penyanyi, Usop menzahirkan rasa syukur selepas akhirnya dia dikurniakan rezeki untuk memiliki kereta idamannya jenis Mercedes AMG.
Menurut Usop atau nama sebenarnya, Muhammad Saiful Naim Muhammad Noor, dia sendiri tidak menyangka angan-angannya itu mampu menjadi kenyataan satu hari nanti.
“Alhamdulilah dapat juga pakai. Dulu dok tengok ja orang naik. Syukur Allah bagi merasa nikmat dunia.
“Walaupun tak semahal mana aku tetap bersyukur. Terima kasih baba, mama dan isteri saya sebab selalu mendoakan saya love u all so much,” tulisnya.
Luahan tersebut dikongsikan sendiri oleh penyanyi lagu Sejarah Cintaku itu menerusi sebuah hantaran di laman Instagram.
Dikesempatan itu juga, Usop turut merakamkan ucapan perhargaannya buat kedua ibu bapanya dan isteri kerana sentiasa menyokong perjalanan kerjayanya selama ini.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen turut tumpang gembira selain turut mendoakan semoga Usop akan terus sukses lagi selepas ini.
“Tahniah bersyukur atas nikmat Allah bero rezeki. Banyak-banyaklah berdoa dan bersyukur.
“Rezeki isteri dan anak-anak.
“Alhamdulillah syukur pada yang pemberi rezeki.
“Tahniah Usop. Rezeki Allah tu. Bersyukurlah,” antara komen-komen netizen di Instagram.
Terdahulu, nama Usop mula dikenali ramai setelah menenangi tempat kedua bagi program realiti nyanyian, Mentor Milenia 2017.
Usop telah mendirikan rumah tangga bersama pilihan hati yang juma merupakan model, Nur Fatihah Md Hashim pada tanggal 4 February lalu.
Pada Mac lalu, Usop mengumumkan isteri itu kini sedang hamil anak pertama.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
.Sumber & Kredit Foto: Instagram Usop