Pelakon Lana Nodin ada memuat naik rakaman kandid yang merakamkan suaminya, David McKienzie yang sedang mendirikan solat.

Menerusi ruangan kapsyen video yang dimuat naik menerusi Instagram itu, bintang Aku Yang Kau Gelar Isteri ini bersyukur kerana suaminya turut tidak melakukan amal dan memohon doa bersempena dengan malam Nifsu Syaaban.

“Walau Tak Sempurna, Tapi Alhamdulillah Aku Bersyukur Suamiku Tak Ketinggalan…,” – Sempena Malam Nisfu Syaaban, Ramai Puji Usaha Suami Lana Nodin

“Malam nifsu syaaban, walaupun tidak sempurna tapi alhamdullilah aku bersyukur suamiku tak ketinggalan mengambil kesempatan utk beribadah dan berdoa.

“Semoga Allah memakbulkan doa kita agar wabak pandemik ini berakhir sebelum menjelangnya ramadhan dan syawal, amin.

IKLAN

“P/S: ramai tegur position dia solat, tak pe sy bagi dia pelan2 belajar supaya dia selesa dan tak rasa sy tekan dia untuk solat.

“Anyway yg penting di dlm hati dia niat utk solat, adakah anda semua cukup jaga 5 waktu solat?? Tepuk dada sendiri,” tulisnya bersama hashtag #proudwife  #suamikusyurgaku #suamimithali #alhamdulillah dan #nifsusyaaban.

“Walau Tak Sempurna, Tapi Alhamdulillah Aku Bersyukur Suamiku Tak Ketinggalan…,” – Sempena Malam Nisfu Syaaban, Ramai Puji Usaha Suami Lana Nodin

Perkongsian tersebut mendapat perhatian warganet dan rata-ratanya memberikan reaksi yang baik. Malah, tak kurang yang turut memuji usaha suaminya itu dalam menjadi saudara baru yang baik.

IKLAN

“Terbaik babe! Aku doa kalian berbahagia hingga syurga. Im so proud of u babe. Alhamdulillah,” reaksi rakan artis, Azza Elite.

“Alhamdulillah…Bertuahnya Lana, bimbinglah dia. Semoga Allah permudahkan segala usaha Lana. Aamiin,” puji warnaget.

“Alhamdulillah. Besar pahala Lana membimbing suami. Belajar dan terus belajar hingga mampu jdi imam dan khalifah utk fmily sndiri. Aamiin,’ tulis seorang pengguna Instagram lainnya.

IKLAN

“Walau Tak Sempurna, Tapi Alhamdulillah Aku Bersyukur Suamiku Tak Ketinggalan…,” – Sempena Malam Nisfu Syaaban, Ramai Puji Usaha Suami Lana Nodin

Sekadar mengimbas, Lana dan David McKienzie atau nama Islamnya, Mohd Daud Mckienzie mendirikan rumah tangga pada 15 Mei 2015.

Pasangan ini kini hidup bahagia harmoni bersama dua  cahaya mata, Gia Quinn McKienzie, 5, dan William Daud Mckienzie, 2.

Sehingga kini, hantaran tersebut sudah pun menerima lebih 160,000 tontonan daripada pengguna Instagram.

Foto: Instagram Lana Nodin

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI