Hiburan

“Walau Terima Kecaman Tapi…,”- Wani Kayrie Teruja Lagu Baru Jadi Buah Mulut, Sudah Minta Izin Dengan Aiman Tino

Share

Wani Kayrie akui teruja dengan respon yang diberikan oleh orang ramai terhadap single terbaharunya yang berjudul Aiman Tino.

Menurut Wani atau nama sebenarnya, Syazwani Abdullah, dia menganggap karya terbaharunya itu berjaya mencipta impak meskipun ada pihak yang memberikan kritikan.

“Alhamdulillah lagu Aiman Tino baru sahaja dilancarkan. Walaupun menerima pelbagai kecaman tapi bagi saya ia adalah satu kejayaan bila ramai yang bercakap mengenai lagu itu.

“Meski ada yang tak suka, tetap ada yang sukakan juga lagu ini kerana muziknya yang menarik dah lagunya sangat mudah untuk dihafal.

“Jadi, saya sangat bersyukur,” katanya kepada MH.

Pada masa sama, Wani akui pendengar mempunyai citarasa mereka yang tersendiri namun, ini merupakan percubaanya untuk mencuba haluan muzik yang baharu.

“Biasalah, mungkin mereka tak biasa dengan genre baru saya ini. Kebanyakan mereka sudah terbiasa dengar lagu-lagu lama saya.

“Ada juga yang bertanya, kenapa keluarkan lagu Aiman Tino ni? Kenapa tak buat lagu yang lebih hebat? Pada saya, ini hanyalah muzik sahaja.

“Yang paling penting adalah kita sokong antara satu sama lain dan hargai setiap karya yang anak seni lakukan,” katanya lagi.

Ada Berhubung Dengan Aiman Tino

Pada masa sama, penyanyi lagu Jangan Jangan ini turut memaklumkan dia sudah pun berhubung dengan penyanyi, Aiman Tino untuk menggunakan namanya sebagai tajuk lagu.

“Semestinya pihak pengurusan saya sudah meminta izin dengan pihak Aiman Tino. Malah, mereka juga sudah bersetuju dan tiada sebarang masalah.

“Sebagai penyanyi sendiri, saya juga ada berhubung dengan Aiman secara peribadi. Selebihnya, terpulang kepada penerimaan masing-masing,” akhirnya.

Terdahulu, ‘Aiman Tino’ merupakan sebuah karya yang diciptakan sepenuhnya oleh Ezra Kong. Sehingga kini, lagu tersebut telah pun meraih lebih 150,000 tontonan di Youtube.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan di sini.

Kredit Foto: Instagram Wani Kayrie

Published by
Aizam Manaf