“Walau Terpisah Dunia, Rohnya Sentiasa Di Sisi,”- Janji Jalankan Amanah, Syahdu Ucapan Hidayah Sempena Hari Lahir Arwah Abam

Share

Isteri kepada pelakon dan pelawak, Allahyarham Abam Bocey iaitu Nurul Hidayah ada menitipkan ucapan istimewa bersempena dengan hari lahir suaminya yang genap 33 tahun semalam.

Menurut Hidayah, meskipun sudah hampir setahun suaminya itu meninggal dunia, tetapi dia masih dapat merasakan arwah Abam sentiasa ada dekat bersamanya.

 “Walaupun terpisah dunia tetapi rohnya sentiasa disisiku. Ku percaya dia sentiasa menemaniku. Ini sedikit kenangan-kenangan ku bersama Allahyarham suamiku saat-saat ku mengandungkan anakku harta yang tak ternilai Syed Uthman Hamzah.

“Kekuatannya, keberanianya semangatnya ku pinjam. Berehatlah sayang. Damailah sayang Bersemadilah sayang,” katanya.

Ucapan tersebut dikongsikan oleh ibu kepada seorang anak itu menerusi akaun Instagram peninggalan arwah Abam.

Katanya lagi, dia tidak pernah jemu untuk menitipkan doa meskipun ketika ini dia jarang mempunyai kesempatan untuk menziarahi pusara arwah memandang negara ketika ini sedang berada di dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Akuuuu? Akan terus mendukung namamu hingga ke syurga kelak selagi hayat ku masih ada dan menjadi bidadarimu hingga ke akhirnya. Tak semestinya tak pergi tempatmu, ku lupakan mu TIDAK.

“Setiap masa, setiap saat, setiap detik tidak penah ku lupa akan ku selit namamu didalam doaku dan setiap sujudku, Al-fatihah untukmu imam ku Syed Umar Mokhtar,” tulisnya lagi.

Dalam pada itu, Hidayah turut berjanji akan menjaga anaknya itu dengan baik seperti yang telah diamanahkan oleh Arwah Abam.

Malah, Hidayah terut meluahkan rasa syukur kerana dikurniakan ahli keluarga yang sentiasa memberi sokongan terhadap dirinya.

“Syed Uthman Hamzah harta yang tak ternilai akan ku jaga dan akan ku bimbing anak kita menjadi anak yang soleh. Bila dia besar dia akan mendoakan ayah dia disyurga dan berbakti kepada ibu dan ayahmu.

“Alhamdulliah syukur pada Allah sekarang ku ada kedai sendiri berkat doa-doa anda semua saya berjaya smpai sekarang. Terima kasih mak, abah, keluarga, saudaraku, kawan-kawanku selalu support dan mendoakan ku berjaya sampai sekarang ini.

“Susah senangku keluarga ku sentiasa ada bersama ku dan anakku. Ku akan terus kuat dan teruskan perjuangan ku untuk membesarkan anakku, terus mencari pahala untukmu Dan Kita kongsi pahala bersama-sama,” akhirinya.

Terdahulu, Abam atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar telah menghembuskan nafasnya yang terakhir pada tanggal 10 Februari 2020 akibat demam panas.

Sumber: Instagram Abam Bocik

Published by
Aizam Manaf