Berkongsi sekitar majlis kenduri tahlil pemergian arwah bonda tercinta iaitu pengasas Dnars Faziani Rohban Ahmad minggu lalu, Irdina Hakim Jasman ada mengimbau memori bersama arwah ibu.
Kongsi gadis berusia 16 tahun ini, arwah ibu tercinta disifatkan sebagai individu yang memberi dan menjamu tetamu.
Ulasnya lagi, Allahyarhamah sering mengingatkan walau musuh yang datang bertandang, namun layanlah tetamu bagaikan raja.
“Terima kasih, kepada smua yg hadir bgi majlis kenduri tahlil 40 hari arwah bonda tercinta sy Hajah Faziani Bt Rohban Ahmad pada 28 Jun bersamaan hari yg mulia hari Jumaat yg lalu.
“Sesungguhnya memberi itu adalah hobi arwah ,sy slalu igt pesan arwah “Lebih byk kita memberi lebih byk lgi Tuhan akn berikn kpd kita kakak” ..tenanglah disana bidadariku ,ku disini akn meneruskn stiap hobimu di rumah ini iaitu memberi dan menjamu tetamu bagaikn raja slalu ku igt pesananmu “Wlaupun tetamu itu adalah musuhmu , tpi jamulah ia bagaikn raja sesungguhnya kekayaan yg kita ada ini kerana tetamu , tetamu itu adalah pembawa rezeki dan rahmat”.
“Manakala yg lain sdg menaikkn legasi kita bonda, kakak disini akn sntiasa brusaha untk mnjdi yg trbaik bonda bgi mnjaga istanamu & 8 permata yg telah engkau tinggalkn.
“Al-Fatihah,” luahnya sayu di Instagram.
Menggambarkan Irdina sebagai anak solehah, netizen turut berbangga arwah Faziani punya penyambung legasi.
Genap 52 hari arwah pergi meninggalkan kita. Semoga beroleh ketenangan dan dipermudahkan urusan di alam sana.
Foto : Instagram Irdina Hakim