Aktres Mimi Lana mendedahkan suaminya yang juga aktor, Syafiq Kyle tidak pernah menetapkan sebarang syarat berkaitan kerjayanya sebagai pelakon walaupun selepas mereka mendirikan rumah tangga.

Namun begitu, jelas Mimi, setiap individu harus tahu menilai sendiri batas yang wajar dijaga demi menghormati pasangan.

Walau Tiada Syarat Dalam Lakonan, Mimi Lana Tetap Hormati Syafiq Kyle – “Kita Boleh Fikir Sendiri Apa Yang Boleh Dan Tidak.”

“Kami tiada meletakkan sebarang syarat kerana kami sudah berkenalan agak lama. Namun, kita perlu ada common sense.

“Sebagai manusia, kita saling boleh fikir sendiri apa yang boleh dan tak boleh dibuat. Kita sendiri tahu baik buruk sesuatu perkara.

“Kita sudah ada perbincangan ini sejak sebelum berkahwin lagi. Jadi, tiada sebarang masalah,” katanya kepada MH.

Mimi berkongsi perkara itu ketika ditemui di majlis tayangan perdana drama First Wives di TGV KLCC, Kuala Lumpur pada Rabu.

Tanggungjawab Isteri, Sokongan Suami

Mengulas tentang perubahan yang berlaku dalam rutin harian selepas bergelar isteri, Mimi tidak menafikan kehidupannya kini lebih berbeza dan dia masih dalam proses menyesuaikan diri.

Ads

Walau Tiada Syarat Dalam Lakonan, Mimi Lana Tetap Hormati Syafiq Kyle – “Kita Boleh Fikir Sendiri Apa Yang Boleh Dan Tidak.”

“Banyak perbezaan yang saya alami selepas mendirikan rumah tangga. Yang paling utama, bila bangun pagi, ada suami di sebelah. Kini, baru saya faham tanggungjawab seorang isteri.

“Walaupun, pada mulanya saya nampak perkara itu seakan mudah, tapi tanggungjawab seorang isteri ini sangat besar. Begitu juga dengan suami.

“Alhamdulillah, saya dikurniakan suami seperti Syafiq yang sentiasa menyokong saya,” ujarnya lagi.

Wanita Perlu Bangkit & Bersatu

Berkongsi mengenai perkembangan terkini, Mimi teruja apabila berpeluang membintangi drama bersiri terbaharu, First Wives.

Karya arahan Imri Nasution itu disifatkan sebagai istimewa kerana ia memberi sokongan kepada wanita, khususnya yang berdepan dengan konflik rumah tangga.

Ads

Walau Tiada Syarat Dalam Lakonan, Mimi Lana Tetap Hormati Syafiq Kyle – “Kita Boleh Fikir Sendiri Apa Yang Boleh Dan Tidak.” Walau Tiada Syarat Dalam Lakonan, Mimi Lana Tetap Hormati Syafiq Kyle – “Kita Boleh Fikir Sendiri Apa Yang Boleh Dan Tidak.”

“Kita sering disajikan dengan drama wanita menindas wanita lain kebelakangan ini. Namun, saya suka drama ini kerana mengetengahkan wanita yang memerlukan sokongan sesama wanita.

“Wanita ini jika mereka bergabung, kita akan jadi lebih kuat. Bila saya membawakan watak ini, saya harap para wanita yang mengalami nasib sama, mereka akan rasa dilihat dan didengari.

“Walaupun ini drama komedi, tapi saya rasa agak sedih. Wanita ini hatinya lembut dan sanggup berikan segalanya kepada pasangan. Bila suami pula buat hal, saya jadi sedih,” katanya lagi.

Mengulas lanjut soal kepercayaan dalam hubungan, Mimi kekal positif meski sering membaca mengenai kisah pasangan yang tidak jujur di media massa.

Ads

Walau Tiada Syarat Dalam Lakonan, Mimi Lana Tetap Hormati Syafiq Kyle – “Kita Boleh Fikir Sendiri Apa Yang Boleh Dan Tidak.”

“Sebagai manusia, kita perlu sentiasa bersangka baik.

“Kalau ada perkara yang tidak jujur atau berniat tidak baik, saya percaya cepat atau lambat, kita akan tahu juga,” katanya.

Selain Mimi, First Wives turut dibintangi oleh Malek Mccrone, Melissa Campbell, Charles Roberts, Zeera Azizi dan Andy Teh.

Walau Tiada Syarat Dalam Lakonan, Mimi Lana Tetap Hormati Syafiq Kyle – “Kita Boleh Fikir Sendiri Apa Yang Boleh Dan Tidak.” Walau Tiada Syarat Dalam Lakonan, Mimi Lana Tetap Hormati Syafiq Kyle – “Kita Boleh Fikir Sendiri Apa Yang Boleh Dan Tidak.”

Ia bakal ditayangkan bermula 11 April ini secara On Demand dan penstriman melalui platform Astro Go dan sooka.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini

Kredit Foto: Instagram Mimi Lana

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI