Pelakon, Jasmin Hamid meluahkan rasa syukur atas kejayaan drama 7 Hari Mencintaiku 2 yang berjaya meraih kira-kira 12 juta penonton.
Di samping itu, Jasmin meluahkan rasa gembira apabila drama tempatan berjaya mendapat tempat di hati penonton.
“Syukur alhamdulillah..
12 Juta penonton sepanjang 33 Episode dan 5 Juta untuk Episode Akhir..
“Walaupun ada segelintir yang JIJIK bila sebut Drama Melayu namun drama #7HariMencintaiku2 buktikan bahawa
Ads
masih ramai lagi peminat Drama Melayu dan membuatkan kami bertambah bersemangat untuk berkarya..Terima kasih uols
“Terima kasih kepada @tv3malaysia dan @dramasangat kerana mengangkat hasil karya @sitirosmizahsemail dan memberi kami anak-anak seni, peluang untuk terus berjuang dalam industry Seni Tanahair Malaysia ..
Ads
“Congrats family #7HariMencintaiku2
Inilah hasil dari penat lelah kita semua,” tulisnya
Baru-baru ini hangat diperkatakan di media sosial mengenai pelakon, Julia Farhana Marin yang dikatakan bakal menamatkan bujangnya tidak lama lagi.
Desas-desus itu bermula apabila Julia dikatakan telah muat naik sebuah posting kerjasamanya bersama jenama barangan kemas tempatan, Habib Jewels yang memperlihatkan dirinya sedang mengenakan gaun berwarna putih.
Teka-teki tersebut akhirnya terjawab apabila Julia memaklumkan posting berkenaan adalah bertujuan untuk mempromosikan lagu terbarunya bersama komposer dan penulis lirik, Awi Rafael yang berjudul Jangan Lupakan Aku.
Lantaran itu, pelakon asal Singapura ini merasakan dirinya tidak perlu membuat sebarang permohonan maaf diatas segala kekeliruan yang berlaku itu.
“Saya rasa saya tidak perlu jelaskan mengenai apa yang saya post di Instagram. Jujur saya kata, ketika ini selalu saya nampak artis sikit-sikit dia nak minta maaf.
“Saya pun tak faham kenapa. Kalau anda yakin dengan apa yang anda katakan di media sosial, kenapa pula nak minta maaf.
“Walaupun ia agak susah, kita sekarang sudah kena mula untuk terima siapa diri kita sebenarnya terutamanya untuk apa yang kita percaya.
“Mengapa kita nak minta maaf untuk sesuatu perkara yang kita tak buat salah,” katanya kepada MH.
Kenyataan tersebut dikongsikan oleh Julia sewaktu ditemui di majlis sidang media pelancaran lagu Jangan Lupakan Aku hasil kerjasama diantara Newsantara Records bersama Habib Jewels yang berlangsung di Hotel Pullman, Bangsar pada Khamis.
Pelakon berusia 28 tahun ini turut menjelaskan gambar tersebut tidak mempunyi sebarang kesalahan dan ia jelas menggambarkan situasinya pada ketika itu.
“Maksud saya, apa salah gambar tu?Gambar itu cantik dan saya tag Habib. Memang benar saya nervous pada hari ini. Itu yang saya tulis di kapsyen.
“Walaupun nervous saya tetap bersedia. Bersedia untuk menyanyi secara langsung.
“Saya rasa salah faham ini berlaku disebabkan pemakaian saya. Tapi itulah yang saya pakai dalam muzik video. Itu adalah babaknya,” jelasnya lagi.
Julia turut menambah, dia bersama Awi tidak merancang untuk membuat sebarang gimik kerana mereka sendiri percaya lagu tersebut memiliki kekuatan yang tersendiri.
“Mungkin orang salah faham sebab ramai artis yang jadikan perkahwinan sebagai gimik tapi saya pula tak terdetik pun nak buat semua itu.
“Awi mahu lagu ini datang dari hati dan rasa yang jujur. Dia mahu saya percaya kepada muzik ini. Tak perlu apa-apa gimik pun.
“Jujur saya katakan, gambar di Instagram itu bukan gimik. Ia cuma gambar yang saya suka ketika memakai barangan kemas. Kalau nak buat gimik dah lama saya buat.
“Bila benda tu jadi salah faham, saya tak rasa saya kena minta maaf. Sebab itu adalah platform saya. Saya boleh post apa yang saya mahu,” katanya lagi.
Terdahulu, lagu beserta muzik video Jangan Lupakan Aku sudah mula boleh ditonton di saluran Youtube Habib Jewels dan dikesemua platform penstreman muzik.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon dan penyampai radio, Riena Diana menzahirkan rasa syukur kepada Allah SWT kerana telah memberikannya rezeki untuk memiliki sebuah kereta baru jenis Mazda CX-5 sebagai hadiah bersempena dengan ulang tahun kelahirannya yang ke-24 baru-baru ini.
Menurut Riena atau nama sebenarnya Nur Qamarina Diana Zureal, dia menyifatkan kejayaan tersebut sebagai satu ‘reward’ untuk dirinya sendiri diatas usaha dan kerja kerasnya selama ini.
“Belanja sikit hadiah birthday i haritu! Alhamdulillah at my age of 24, i dapat unlock 1 more achievement in my life.
“Different people,different journey kan? Bukan la mewah mana but I’m beyond happy!! More to come insyaallah!,” tulisnya.
Kisah tersebut dikongsikan oleh pelakon drama, Kampung People itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman Instagram.
Katanya lagi, meskipun pencapaian tersebut berjaya diraihnya pada usia yang muda, namun Riena tetap berpandangan setiap individu pasti mempunyai impian dan jalan hidup mereka yang tersendiri.
Dalam pada itu, Riena turut memaklumkan kejayaan tersebut juga kini telah menjadi pemangkin semangat buat dirinya untuk terus berusaha mengejar cita-cita dan impiannya pada masa akan datang.
Menerusi ruangan komen,rata-rata netizen dan rakan artis turut tumpang gembira selain turut menitipkan ucapan tahniah buat Riena.
“I am so proud of you Riena. I cry.
“Wah, congrats Riena! Semoga terus sukses.
“Tahniah Riena. Saya doakan Riena sentiasa dimurahkan rezeki dan diberikan kesihatan yang baik-baik selalu.
“Wow, Lailer, makin bertambah manis la lepas ni. Congrats ya.
Alhamdulillah, syukur. Always proud of you,” antara reaksi-reaksi netizen di laman Instagram.
Terdahulu, selain bergelar pelakon, Riena juga merupakan salah seorang penyampai yang bertugas di stesen radio, Hot FM yang mengendalikan segmen Sembang Squad bersama gandinganya Haziq Hussni.
Sumber: Instagram Riena Diana
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pengarah dan penerbit, Shahrulezad Mohameddin, mengesahkan drama rantaian popular, Nur, bakal diangkat ke layar perak, tahun hadapan.
Katanya seperti yang dilaporkan Berita Harian, filem yang diangkat dari drama rantaian popular itu akan diterbitkan oleh syarikat produksi miliknya, Radius One Sdn Bhd dengan kerjasama Primeworks Studios.
“Selepas sekian lama mengarahkan drama untuk siaran televisyen, saya kini bersedia menyahut cabaran menduduki kerusi sutradara filem pula.
“Saya berasakan, inilah masa yang tepat untuk saya berbuat demikian, apatah lagi minat orang ramai terhadap drama yang menemui penonton TV3 selama dua tahun berturut-turut itu masih kuat,” katanya seperti yang dipetik.
Filem tersebut dijangka bakal menjalani penggambaran Mac tahun depan memandangkan salah seorang pelakon utamanya, Amyra Rosli yang baru sahaja mengumumkan mengenai kehamilan anak kedua.
Berkongsi mengenai perjalanan cerita dalam versi filem pula, pengarah terbabit akan mengembangkan cerita daripada kesinambungan Nur musim kedua.
“Tentunya kami berdepan dilema, saat ini, memikirkan cara untuk menghidupkan semula watak Ustaz Hamadi yang mati dalam Nur 2.
“Selain Amyra dan Azhan Rani, kami juga akan mengekalkan barisan pelakon asal seperti Syafiq Kyle, Noorkhiriah dan Azar Azmi,” jelasnya lagi yang turut memberikan aspek skor muzik untuk filem teesebut kepada Amylea Azizan dan Farouk Roman.
Menerusi kerjasama sama sebelum ini, mereka pernah menghasilkan beberapa lagu popular seperti Tak Pernah Hilang, Pudar, Tetap Kamu dan Bimbang.
Penyanyi dan pelakon, Nabila Razali telah selamat melahirkan cahaya mata lelaki di sebuah pusat perubatan di ibu kota, pada Isnin tepat jam 10.01 malam.