Pelakon Bella Atillah terkejut dengan keputusan suaminya Aliff Aziz yang mengambil pendirian untuk tidak menceraikannya kerana mendakwa masih sayangkan keluarga.

Menurut Bella, selepas kemelut yang berpanjangan, dia menjangkakan prosing cerainya itu akan dapat diselesaikan hari iniz

Tetapi tidak menyangka Aliff memilih untuk mempertahankan rumah tangga yang dibina pada 9 September 2016 itu.

“Saya dah penat dan memang tak sangka dengan keputusan dibuat. Saya sangkakan hari ini akan selesai semuanya.

“Siapa yang tak sayangkan rumah tangga, saya percaya siapa yang berkahwin nakkan perceraian?

Ads

“Ingat saya suka turun naik mahkamah? Sebab itu selama ini saya cuba pertahankan rumah tangga ini selama bertahun-tahun,” katanya.

Bella berkata sedemikian ketika ditemui selepas prosiding kedua kes perceraian di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Jalan Duta, Kuala Lumpur pada Khamis.

Ditanya kenapa dia begitu tegar mempertahankan rumah tangga biarpun setelah dicurangi sebanyak 11 kali termasuk dengan adik sendiri, Eriqa Astillah, Bella berkata setiap individu mempunyai limitasi dalam hidup.

Ads

“Setiap individu ada had masing-masing, selagi mana saya rasa mampu pertahankan, saya akan pertahankan walaupun ada yang cakap saya bodoh.

“Kalau betul dia masih sayangkan rumah tangga dan anak-anak, kenapa dia buka aib saya,” katanya yang tidak pasti motif penyebaran fotonya bersama aktor muda Muaz Zabir yang dikatakan ada kaitan dengan dendam.

Ads

Sementa itu, ditanya berapa lama dia tidak bersua muka dengan Aliff, Bella berkata kurang pasti kerana sibuk menguruskan anak-anak.

Bella dan Aliff mendirikan rumah tangga pada 9 September 2016 tetapi pernah bercerai pada 16 Mei 2019.

Mereka kemudian kembali rujuk ketika masih dalam tempoh edah, hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Mohamad Ayden Adrean, 7, dan Ara Adreanna, 4.

Mahkamah menetapkan sebutan untuk keputusan laporan proses Jawatan Kuasa Pendamai (JKP) pada 4 Jun.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI