Meski dugaan yang dilaluinya berat apabila mengenang nasib anak, Sharifah Nur Ainul Mardhiah, Ali Puteh tetap memberikan komitmen seterusnya beri saingan menerusi persembahannya di pentas Maharaja Lawak Mega 2019.
Meski tiada jaminan Ainul akan pulih sepenuhnya setakat ini, Ali tetap berharap ada perubahan positif dan tidak putus berdoa untuk anak keduanya itu.
“Walaupon berat..walaupon perit…hanya allah yg maha mengetahui isi hati walid pada kamu ainul mardhiah…adik terus kuat…!!!
“Doakan walid dpt hiburkan org di maharaja lawak mega malam ni…walid ssh hati fikirkan kamu…doakan walid malam ni syggg…tggu walid!!!,” tulisnya.
Terdahulu, bayi berusia tiga bulan itu telah menjalani pembedahan berikutan masalah injap jantung terbalik.
Ainul yang dilahirkan pada 6 Ogos lalu disahkan menghidap jaundis dan dipindahkan ke Hospital Ampang selepas lima hari dilahirkan.
Ainul kini dirawat di Hospital Serdang dan sebelum ini disahkan alami masalah injap jantung terbalik dan jantung berlubang.
Selain Ainul, Ali turut mempunyai seorang lagi anak perempuan berusia dua tahun, Sharifah Nur Aaira Qaireen.
Kumpulan Puteh turut dianggotai oleh dua anggota lain iaitu Mamak dan Man.
Program realiti MLM itu bersiaran secara langsung setiap Jumaat di Astro Warna (132) dan Astro Warna HD (124) jam 9 malam.
Foto : Instagram Ali Puteh