Pelakon yang juga adik kepada Erma Fatima dan Datin Seri Umie Aida, Betty Rahmad telah selamat menganjurkan majlis akikah serta kesyukuran buat permata hatinya, Ardy Wira Ardy Shafiq, pada Ahad.

Sambil merakamkan ucapan terima kasih buat tetamu yang hadir serta semua pihak terlibat menjayakan majlis, Betty turut memaklumkan majlis akikah hanya sempat dilakukan ketika usia anaknya mencecah sembilan bulan.

“Alhamdulillah dah selamat majlis aqiqah & kesyukuran @ardywira_ walaupun dah umur 9 bulan baru sempat buat. Rasa macam pengantin pun ada harini duduk atas pelamin @weddingsbyemma dulu panggil buat pelamin malam berinai, harini pelamin aqiqah pulak. Cantik sangat, puas hati!

“Majlis Aqiqah & Kesyukuran @ardywira_ 10/11/2019. Nanti dah besar kamu boleh tengok balik perangai kamu menari-nari macam ulat masa orang tengah marhaban. Thank you semua yang datang & thank you semua yang buat majlis saya best!

IKLAN

“Sebelum korang tanya i tag siap-siap nanti siapa nak buat apa-apa majlis boleh cari dorang ok. Dijamin service terbaik & food sedap,” katanya pada salah satu entri sejurus disertakan dengan kredit.

IKLAN

View this post on Instagram

Majlis Aqiqah & Kesyukuran @ardywira_ 10/11/2019 Nanti dah besar kamu boleh tengok balik perangai kamu menari-nari macam ulat masa orang tengah marhaban🤣 Thank you semua yang datang & thank you semua yang buat majlis saya best! Sebelum korang tanya i tag siap-siap nanti siapa nak buat apa-apa majlis boleh cari dorang ok. Dijamin service terbaik & food sedap👍 . Pelamin @weddingsbyemma Outfit @mimpi_kita Make up @the.ddeanny Canopy – +60 14-908 7551 Catering – +60 17-354 9897 Doughnuts Nutella & Brownies – @nori_desserts Nutella Cream Puff – @bakeawish.my Sri Muka, Lapis Pelangi, Bingka Pandan – @_ninakitchen Tiramisu, Pandan Gula Melaka – @tastytreats_bakery Ice cream Malaysia – @aiskrimikat Apam Balik @kuhot_sgbuloh . Ha semua i dah share jangan tanya lagi 😂 Thank you again semua! Penat tapi puas hati bila semua cakap FOOD SEMUA SEDAP 😄 #ardywiraaqiqah #ardywira #9monthsold

A post shared by Betty Rahmad (@bettyrahmad) on

IKLAN

Betty dan suaminya, Ardy Shafiq mendirikan rumah tangga pada 4 Februari 2018 manakala Ardy Wira dilahirkan pada 19 Januari lalu.

Ardy Wira menjadi perhatian wargamaya apabila riak wajah comelnya yang tak pernah lekang dengan senyuman.

Malah akaun Instagramnya juga sudah pun mempunyai kira-kira 160,000 pengikut.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI