“Walaupun Dia Bukan Islam, Tapi Dia Tetap Bantu…,” – Yatt Hamzah Puji Sifat Kemanusiaan Rihanna

Share

Pelakon Yatt Hamzah ada berkongsi cerita mengenai penyanyi antarabangsa, Rihanna yang ingin menyalur bantuan kepada masyarakat Lebanon yang menghadapi letupan gergasi pada awal bulan lalu.

Yatt atau nama sebenarnya Haryati Hamzah memuji sikap prihatin yang ditonjolkan superstar itu kepada masyarakat seluruh dunia meski dirinya bukan beragama Islam.

“Rihanna Just Asked Her 100 Million Followers To Donate To Help Lebanon. Rihanna telah meminta 100 juta pengikutnya di Instagram utk menderma bg membantu Beirut.

“Walaupun dia Not Yet Muslim, tapi dia tetap bantu dan ajak semua orang bantu atas dasar KEMANUSIAAN. SUBHANALLAH,” tulisnya.

Yatt turut menyarankan agar pengikutnya juga menghulurkan sumbangan kepada masyakarat di Beirut, Lebanon demi kesejahteraan bersama.

“Dan walaupun pengikut sy tak sampai pun 1 juta, saya tetap mohon semua followers utk menderma sejak awal peristiwa dasyhat itu berlaku.

“Dan saya mohon setiap hari agar kita semua terus membantu semampunya. Paling penting sebarkan mesej ini agar lbh ramai yg tahu dan bantu.

“Mungkin telah berjuta dana dr pengikut Rihanna dikumpulkan. Saya hanya mohon utk kumpulkan sekurang2nya RM30k-RM50k dari rakyat Malaysia jika dapat, utk bantu Beirut, Lebanon dan Alhamdulillah hampir RM25k telah berjaya dikumpul.

“Sy harap dpt capai target RM50k. AYUH BANTU BEIRUT. SEBARKAN POST INI.. SAYA MOHON.. DEMI MANUSIA, DEMI AGAMA..,” tulisnya.

Foto: Instagram Yatt Hamzah

Published by
Nazar Rafiqhi