Penyanyi dangdut yang cukup sinonim menerusi lagu Angkat Kaki, Sheeda mendedahkan dirinya sudah bercerai dengan bekas suami, Sukri Hashim sejak lapan bulan lalu.
Memetik Harian Metro, bintang berusia 56 tahun itu menjelaskan kes perpisahannya berlaku secara baik menerusi keputusan mahkamah.
“Di antara kami, tidak timbul masalah rumah tangga atau orang ketiga tetapi cukuplah saya katakan pengorbanan.
“Selama 12 tahun hidup bersama, bekas suami saya memang lelaki yang baik dan sangat penyayang.
“Cuma, sudah tiba masa untuk kami membawa haluan masing-masing ke arah kehidupan lebih baik,” katanya seperti yang dipetik.
Sheeda bagaimanapun turut menambah hubungannya masih lagi baik dengan bekas suami demi kebaikan anak-anak.
“Kami bersahabat baik kerana anak. Apatah lagi, saya dan Sukri ada zuriat hasil perkongsian hidup bersama iaitu Muhammad Aiman yang tahun ini berusia 12 tahun.
“Walaupun hubungan halal kami dah terputus, tetapi Sukri adalah bapa kepada anak saya,” jelas Sheeda.
Pada masa sama, ibu kepada penyanyi Bienda ini turut akui mahukan bekas suami jalani kehidupan yang lebih baik.
“Bukan mudah untuk saya buat keputusan untuk bercerai itu. Tetapi, saya fikir pengorbanan perlu dilakukan.
“Saya nak bekas suami menjalani kehidupan lebih baik pada masa akan datang.
“Apatah lagi, perbezaan jarak usia 17 tahun di antara kami,” terangnya yang turut menjelaskan, isu perpisahan bukanlah suatu perkara gembira yang boleh dikongsi serta-merta.
Sheeda dan Sukri berkahwin pada sekitar 2007 dan Sheeda pada ketika itu berstatus ibu tunggal kepada tiga anak.
Sementara itu, Bienda yang ketika ini berada di tanah suci pernah membuat kenyataan kepada MH, mahu melihat ibunya untuk jalani hidup dengan lebih gembira dan yakin ibunya kuat untuk berdepan dengan ujian hidup.
Sumber: Harian Metro
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI