Meski Malaysia dan Indonesia sama-sama mengambil langkah pro-aktif dalam memutuskan rantaian wabak COVID-19 di negara masing-masing, ruang yang ada digunakan sebaiknya dua gitaris terkenal, Harry Khalifah dan Oncy (kumpulan Ungu).

Menerusi kecanggihan medium komunikasi kini, mereka optimis untuk menghiburkan peminat dengan menghasilkan sebuah video ‘jamming’ yang dilakukan secara duet untuk lagu popular kanak-kanak, Bangau oh Bangau.

Sambil masing-masing berkongsi mengenai keadaan terkini di kedua-dua buah negara, dua bintang muzik berkenaan turut berharap dan berdoa agar penularan wabak tersebut dapat dikekang secara total.

IKLAN

Apa yang pasti, video berdurasi kurang enam minit itu nyata unik dan menghiburkan.

Sehingga kini, video tersebut sudah pun ditonton hampir 70 ribu kali di YouTube sambil disusuli dengan pelbagai reaksi di kalangan pencinta muzik dia negara.

IKLAN

“Walaupun Jauh Beribu Batu,” – Padu Habis! Harry Khalifah & Oncy Ungu Buat Video, Jamming Lagu Bangau Oh Bangau “Walaupun Jauh Beribu Batu,” – Padu Habis! Harry Khalifah & Oncy Ungu Buat Video, Jamming Lagu Bangau Oh Bangau “Walaupun Jauh Beribu Batu,” – Padu Habis! Harry Khalifah & Oncy Ungu Buat Video, Jamming Lagu Bangau Oh Bangau

IKLAN

Foto: YouTube Apak Channel

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI