Baru-baru ini, penjaga gol skuad futsal wanita negara yang juga merupakan isteri kepada Rody Kristal, Niena Azman telah menyertai Kejohanan Futsal Wanita yang dianjurkan Majlis Kebajikan Dan Sukan Anggota Kerajaan Malaysia (MAKSAK2019).
Lalu Rody Kristal atau nama sebenar Mohd Rodi Baharudin telah memuat naik beberapa keping gambar di akaun Instagram miliknya.
“Goodluck mommy!! Road to final! 10 pagi ni kat indahpura sport city kulai.. Perlawanan antara kuala lumpur vs selangor.. MAKSAK2019.. Alhamdulillah.. anda sudah kembali.. inilah dia org bersukan.. cara diorang recovery memang sgt displin..”
“sebagai suami tetap ade rasa risau.. tp bila tgk semangat dia sampai ke final.. go syg! I dan seluruh famili akan support u.. goodluck kapten kuala lumpur!!” tulisnya.
Menurut Rody, isterinya itu telah mewakili Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur untuk kejohanan tersebut.
“Walaupun naib johan,awak tetap johan di hati kite! Hehe.. tahniah syg.. good job.. kami semua menyokong anda!” tulis Rody.
Lantas, kapsyen yang ditulis oleh gitaris kumpulan Kristal itu telah menjadi perhatian netizen. Malah netizen turut memuji Rody yang sentiasa memberi sokongan kepada kerjaya isterinya.
Tahniah diucapkan kepada Niena kerana telah berjaya menjadi naib juara untuk kejohanan tersebut.
Terdahulu, Rody dan Niena telah mendirikan rumahtangga pada April tahun lalu dah telah dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Adithya Jabbar.
Foto : Instagram Rody Kristal