“Walaupun Orang Cakap Kesian Rashid Dapat Bini Ting Tong, Tapi…,” – Feeya Iskandar

Share

Beberapa jam lalu, penyampai radio, Feeya Iskandar ada menitipkan ucapan teristimewa buat suaminya, Nurashid Abd Wahab bersempena dengan ulang tahun kelahiran yang ke-32 tahun.

Menerusi dedikasi yang dikongsi di Instagram itu, Feeya ada berdoa agar suaminya sentiasa dimurahkan rezeki.

“Selamat ulangtahun b.walaupun org ckp kesian rashid dpt bini ting tong tapi syg nak b tahu,org ting tong ni lah yg akan syg u hingga hujung nyawa i.

“Sentiasa ada dgn u waktu susah waktu senang.semoga b di panjangkan usia di murahkan rezeki.semoga allah terus rahmati dan berkati perkahwinan kita ini.i love u so much,” tulisnya.

Terdahulu, pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 6 Mei 2015 dan dikurniakan dua cahaya mata lelaki.

Foto: Instagram Feeya Iskandar

 

Published by
Rafiq Mazlan