“Walaupun Pernah Diduga Ribut Taufan Tsunami Dalam Rumah Tangga,” – Nadya Syahera Titip Harapan Buat Suami, ‘Penyondol Mohon Pencen’ Katanya!

Share

Pelakon Nadya Syahera semalam ada menitipkan kata buat suaminya, Fizul Nawi bersempena dengan ulang tahun perkahwinan mereka yang keempat.

Meski pernah dilanda dugaan sepanjang bergelar suami isteri, namun ibu kepada dua cahaya mata ini mengharapkan agar bahtera perkahwinan yang dibina akan berkekalan selamanya.

“Happy anniversary to my roommate @fizulnawi_ . 4tahun dah oiii.

“Walaupun pernah diduga dengan ribut taufan tsunami dalam rumahtangga kita. insyaAllah i akan terus fight demi kebahagiaan kita dan anak2. Dah dah la duga i.

“Thanks utk hari2 indah bersama
Thanks sbb sabar dan terima i dlm hidup u and thanks for everything. Thanks jugak utk BUNGA harini.

“Esok birthday hadiah apa plak. Doakan kitorg panjang jodoh and kekal hingga jannah,” tulisnya sambil disusuli dengan tanda palang #doaygbaikbaik, #cakapygbaikbaik, #tulisygbaikbaik dan
#penyondolmohonpencen.

Foto: Instagram Nadya Syahera

Published by
MH