Penyanyi, Nourul Depp meluahkan rasa gembira kerana dapat meluangkan masa berdua bersama suami menikmati makan malam romantis di sebuah hotel di ibu kota baru-baru ini.
Menurut Nourul, waktu berdua bersama suami amatlah penting terutamanya bagi menghilang stress di rumah mahupun di tempat kerja.
“The best hari Ahad, takdak orang! Nasib baik ahad ! So brasserie ni macam kami punya ja (bagi jami berangan sat!)
“Tak tau nak kta apa. Best gila @stregiskl mai tang ni kalau nak dating laki bini atau nak mai brainstorming macam kami.
“Masa berdua penting. Ni kami. Hangpa nak pi mana pun boleh. Asalkan spend masa berdua. Kena pulak masa la la ni yang banyak stress.
“Pi la sat mana mana. Kalu tak dapat stay overnight, pi la keluaq berdua dating dok sembang sat pun, dah dapat release stress,” tulisnya.
Kisah tersebut dikongsikan oleh penyanyi lagu Kerena Terluka itu menerusi akaun Instagram miliknya.
Dalam pada itu, Nourul turut mengakui tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ini sedikit sebanyak membuatkan dirinya berasa stress terutamanya ketika menguruskan aktiviti persekolahan anak-anak yang ketika ini berlansung secara atas talian.
“Kita mak pak ni masa #pkpb ni, kita ja tau macam mana stress handle sekolah anak anak secara online dan kita yang kena qeja #wfh
“Sabaq na. Sat ja. Esok lusa okay la ni. #igotyourback #wegotus #kitajagakita #jangankisahdepadepatu #depataktau
“Be happy (walaupun sakit nya tuh di sini). Dinner dekat #brasserie #stregis jenuh pilih small portion. Tapi okay selepas 3 shake hari ni!,” kongsinya lagi.
Sementara itu, Nourul turut mengingat ibu bapa di luar sana supaya terus bersabar dalam menguruskan rumah tangga dikala waktu sukar ini.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen bersetuju dengan pendapat yang dikongsikan oleh Nourul selain turut memuji mengenai hubungan mesra pasangan suami isteri ini.
Terdahulu, Nourul telah pun mendirikan rumah tangga bersama pilihan hati, Eric Daniel Depp pada tanggal 6 Jun 2012.
Hasil perkahwinan tersebut, pasangan ini telah dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Zachary Depp, Raphael Depp dan Isabella Depp.
Sementara itu, Nourul turut memiliki seorang lagi anak perempuan bernama Ayu Nazirah menerusi hasil perkahwinan pertamanya bersama komposer, Ajai pada tahun 1996 sebelum memutuskan untuk bercerai pada 2007.
Sumber: Instagram Nourul Depp
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI