“Walaupun Satu Dah Gugur,” – Sah Tiada Rezeki Hamil Kembar, Datin Nur Shahida Kekal Positif

Share

Memanjatkan kesyukuran dengan perkongsian gambar imbasan kandungan, Datin Seri Shahida memaklumkan berita gembira apabila bayinya sihat dan sudah mempunyai denyutan jantung.

Ulasnya, walaupun seorang lagi kembar telah disahkan gugur, namun dia harus reda dan bersyukur kerana telah diberikan banyak kenikmatan dalam hidup.

Alhamdulillah walaupun satu dah gugur masih ada 1 lagi yg sangat2 sihat Dr kata…. dah ada denyut jantung pun…

“Terima kasih sahabat yg mendoakan…. doakan anak saya sihat dalam kandungan sehingga waktu melahirkan nanti…

“Saya redha je sebab saya percaya Allah bg saya byk nikmat…. anak saya ramai….. sedangkan byk. lagi mereka2 yg ikhtiar nak hamil belum merasakan lagi…… sepatutnya saya bersyukur Allah limpahkan banyak rezeki untuk saya…. apalah sangat diduga dgn sedikit ujian,

” luahnya.

Tulis Shahida membalas di ruangan komen, dia sendiri tidak tahu sedang hamil kembar sehinggalah pendarahan berlaku.

Malah, dia turut memberi tips dan maklumat apabila diminta mendoakan mereka yang masih belum punya rezeki menimang cahaya mata.

Apa-apa pun syukur semuanya selamat dan semoga Datin dapat menempuh fasa kehamilan dengan baik.

Foto : Instagram Shahida

Published by
Noraini Abd Wahab