Sesi ‘IG Live’ yang berjalan di antara Nad Zainal dan Puteri Sarah Liyana yang membincangkan hal-hal berkaitan isu rumah tangga mencuri perhatian netizen.
Antara lain, Nad Zainal di dalam perbualan menyatakan perasaannya terhadap orang ketiga atau perosak rumah tangga orang.
“Saya nak cakap apa pun tak boleh sebab saya pun berlakon jadi watak penyondol (watak Kirana dalam Dosa Seorang Isteri). Apa pun kita doakan Sarah kuat sebab semua tahu semua di pihak kamu. Kamu sejenis wanita kental.
“Walaupun saya bawa watak penyondol, tetapi saya benci spesis macam ni sebab kita ni sebab kita perempuan, sepatutnya kita kena support perempuan.
“Apa pun terjadi, kalau si suami burukkan isteri, kita kena fikir balik, next time mungkin dia boleh burukkan kita in future. Fikirkan dua tiga kali kalau kita nak hak orang ya. Jangan jadi macam Kirana,” katanya.
Sementara itu, Sarah pada masa sama turut mendakwa ibu mentuanya, Datin Patimah Ismail pernah diganggu susulan isu terkait.
“Aku fikir selagi aku boleh bertahan, aku akan bertahan. Tetapi lama-lama bila aku asyik kena kacau dari segi mental, aku rasa dah tak boleh tahan. Cukup-cukuplah, aku dah penat.
“(Individu ketiga) Serang mak mentua aku dan lepas mak mertua aku blocked dia, dia kacau pula adik-adik Syamsul. Apa benda?”
“Sepatutnya aku yang pergi hentam dan ganyang dia sebab dia ambil suami aku. Tapi aku diam. Engkau yang hentam aku macam aku ambil suami kau. Aku macam eh ini dah terbalik ni,” luah Sarah.
Sarah turut berkongsi dia turut mempunyai rakan yang bergelar isteri kedua, namun kawannya itu disifatkan cukup menjaga batas serta tahu menghormati madunya.
“Aku tengok kawan aku tu, dia hormat bini pertama, dia tak kacau malah dia pernah kena ganyang dengan bini pertama… dia duduk diam sahaja. Bini pertama pernah santau dia.
“Itu yang sepatutnya berlaku, ini aku pula yang kena sedangkan aku isteri yang halal,” cerita Sarah lagi.
Dalam sesi live itu juga, Sarah mendedahkan ramai yang beranggapan dirinya menghalang poligami sedangkan perkara itu dibenarkan dalam Islam.
“Kena faham satu benda ya, Rasulullah s.a.w berkahwin lain selepas Saidatina Khadijah wafat bukan ketika masih hidup. Para lelaki dalam ni tolong dengar baik-baik.
“Rasulullah sendiri tidak suka anak Baginda iaitu Fatimah dimadukan. Jadi tolonglah fahami agama Islam betul-betul. Jangan main cakap tentang lelaki boleh kahwin empat.
“Lagi satu kalau lelaki nak berpoligami, carilah keturunan yang baik-baik. Carilah isteri yang baik-baik,” kata Sarah lagi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.