Penyanyi senior, Datuk Hattan meluahkan rasa kecewa terhadap tindakan individu yang tidak bertanggungjawab yang telah menggodam telefon bimbitnya dengan niat untuk melakukan perbuatan jahat.
Berikutan insiden tersebut, Hattan memaklumkan dirinya telah pun membuat sebuah laporan polis sebagai langkah berjaga-jaga agar perkara seperti ini tidak berulang lagi pada masa hadapan.
Katanya lagi, individu berkenaan telah pun menggodam telefon bimbitnya lalu, meminta duit kepada beberapa kenalannya di aplikasi Whatsapp.
“Assalamualaikum. Apa khabar semua. Saya baru balik daripada balai polis untuk buat laporan mengenai scammers. Telefon saya kena hack.
“Petang tadi nombor telefon kawan saya yang ada gambar dia, kemudian, dia whatsapp saya konon-konon mintak tolong.
Ads
“Malam ni, gambar saya pula yang kena. Katanya saya pergi mintak tolong dekat orang kiri kanan depan belakang. Habis semua kawan-kawan saya terima Whatsapp katanya saya minta duit RM200 ke RM300. Itu scam semua tu,” tulisnya.
Perkhabaran tersebut dikongsikan oleh penganyi lagu Bisa Bonar itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman Instagram.
Dikesempatan itu juga, Hattan turut mengingatkan orang di luar sana supaya lebih berhati-hati dan tidak mudah terpedaya dengan taktik penipuan tersebut.
Ads
“Apapun, saya dah bagitahu dekat semua kenalan Whatsapp. Itu semua scammer dan perlu berjaga-jaga. Tolonglah hati-hati. Baru-baru ni, seorang isteri anggota polis kena scam sampai berpuluh-puluh ribu. Modus operandinya sama sahaja. Ayatnya juga saya.
“Jadi, kita kena hati-hati. Jangan kita layan perkara-perkara macam ni. Walaupun saya ni miskin, takdanya saya nak pergi merata minta duit orang macam tu,” kongsinya lagi.
Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen turut menzahirkan rasa risau selain turut menitipkan ucapan terima kasih buat Hattan diatas peringatan tersebut.
Ads
“Alahai tok. Thank you sebab share. Semoga dipermudahkan segala urusan.
“Marah benar tu Datuk. Hati-hati ya. Scammers memang berleluasa sekarang ni.
“Aduh, bahaya betul scammer ni. Senang-senang je diorang nak curi duit orang. Orang punyalah payah nak cari duit. Kerja siang malam mencari duit. Apa-apapun terima kasih tok sebab bagitabu. Boleh beringat lepas ni,” antara komen-komen netizen di laman Instagram.
Dalam perkembangan lain, Datuk Hattan bakal membuat persembahan di Konsert 25 Tahun Astro yang akan disiarkan disaluran Astro 25 (100) dan Astro Ria (104) pada jam 9 malam ini.
Sumber: Instagram Datuk Hattan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Selepas tiga dekad berada dalam industri seni suara negara, penyanyi Datuk Nora Ariffin menyatakan hasratnya yang mengidam untuk menjayakan satu konsert mega buat para peminatnya.
Berkongsikan impiannya itu menerusi sebuah posting di laman Instagram miliknya, Nora atau nama sebenar, Wan Norafizah Wan Ariffin, 50, berharap satu hari nanti impiannya itu akan tercapai.
“30 tahun dalam industri, masih belum ada rezeki dan diberi peluang untuk beraksi di konsert mega.
“Setiap tahun saya hanya mampu melihat rakan-rakan artis terutama sekali artis-artis luar mengadakan konsert.
“Setiap hari saya berdoa agar satu hari nanti, ada kuasa ‘magic’ datang untuk merealisasi satu-satunya impian saya yang belum tercapai dan penutup sebelum saya bersara.
“Moga peminat-peminat juga sudi doakan saya.Thank you everyone for supporting me,” tulis Nora di ruangan kapsyen.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata peminat penyanyi lagu Di Persimpangan Dilema itu turut sama menyimpan impian untuk melihat Nora beraksi dalam satu konsert berskala besar.
“InsyaAllah kak Nora, semoga tercapai impian kak Nora, nak duduk depan sekali tau.
“Kami sentiasa bersamamu Nora.Pasti Allah akan membukakan rezeki dan memberi kemudahan untuk Nora mencapai impian.
“InsyaAllah pasti akan jadi kenyataan satu hari nanti.
“InsyaAllah sister, one day… suara emas,” komen peminat Nora.
Sekadar info, Nora memulakan kerjayanya dalam bidang seni sejak 1991 selepas memenangi gelaran juara program Bintang HMI pada tahun sama.
Selain Di Persimpangan Dilema, antara lagu hit Nora yang lain seperti Hanyalah Satu, Hadirlah Kekasih dan Menyemai Cinta Bersamamu.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Selebriti versatil, Elly Mazlein memilih untuk bersikap terbuka sekiranya program masakan pertama yang dikendalikannya, Senduk Kuali Bersama Kak Lina Pom Pom dibandingkan dengan program masakan sedia ada.
Bakal ditayangkan di RTM sebanyak 29 episod menjelang Ramadan tahun hadapan, Elly yang mesra disapa Kak Lina bagaimanapun menyifatkan program berkenaan mempunyai kelainan dari segi isi kandungan.
“Saya sedar apabila program ini disiarkan kelak, ia pasti akan dibanding-bandingkan dengan program masakan sebelum ini.
“Senduk Kuali Bersama Kak Lina Pom Pom ini pula baru setahun jagung dan sudah pastilah akan ada perbandingannya di situ.
“Apa pun, saya mengharapkan penonton beri kami peluang. Tontonnya hingga episod terakhir dan bolehlah buat perbandingan selepas itu.
“Sejujurnya saya tidak kisah sebab sekurang-kurangnya, kita boleh perbaiki apa yang terkurang. Tak boleh ada sikap sombong sebab saya sendiri masih lagi dalam proses belajar.
Kena juga dengar kritikan daripada orang luar demi memastikan program ini berjalan dengan cantik,” jelasnya.
Senduk Kuali Bersama Kak Lina Pom Pom yang berdurasi selama 30 minit setiap episod dan mempunyai tiga segmen, termasuk Cabaran Musang Berjanggut.
“Segmen tersebut cukup menarik dan berbeza kerana selebriti undangan wajib masak menggunakan ramuan yang diberikan.
“Malah ikutkan perancangan kita juga akan mempunyai satu episod istimewa untuk tayangan pada Syawal pertama,” katanya.
Menyifatkan rancangan tersebut sebagai satu program yang diimpikan, penyanyi Bungaku Bawakali ini juga tidak mampu untuk menyembunyikan perasaan teruja.
“Ini kali pertama saya kendalikan rancangan masakan dan rasa teruja memandangkan saya sendiri seorang yang gemar masuk dapur.
“Sejujurnya, tak pernah sangka akhirnya saya ada program sendiri selepas 20 tahun dalam industri.
“Terima kasih atas kepercayaan produksi. Insya-Allah saya akan buat sebaik mungkin sebab saya sendiri perlu bawa rancangan ini dengan jayanya,” katanya.
Elly terdahulu ditemui pada majlis Sidang Media dan Tandatangan Senduk Kuali Kak Lina Pom Pom di antara Mache All Star United Sdn Bhd dan Minyak Masak Kijang Gold di Bandar Baru Bangi, pada Jumaat.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Polis Kota Bharu mengesahkan menerima laporan mengenai seorang pengasas kosmetik yang didakwa mempersenda dan mempermainkan agama Islam.
Usahawan itu dikatakan mengeluarkan kenyataan ‘tidak suka sembahyang dan semua orang tidak sembahyang pada tahun 2021’ menerusi satu rakaman video yang tular.
Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Daud berkata, menerusi Sinar Harian memberitahu, laporan polis dibuat oleh seorang lelaki berusia 52 tahun dari Jalan Salor, di sini pada jam 10.25 pagi Ahad.
“Lelaki berkenaan melihat rakaman itu selepas dikongsi di aplikasi kumpulan WhatsApp pada jam 8 malam.
“Tindakan suspek dianggap mempersendakan dan mempermainkan agama Islam yang boleh menimbulkan kemarahan dalam kalangan masyarakat,” katanya ketika dihubungi pada Ahad.
Selain itu katanya, berdasarkan semakan terhadap rakaman video berdurasi 33 saat memaparkan percakapan suspek seolah-olah mempersendakan solat dan bacaan surah Yasin.
“Kes disiasat mengikut seksyen 505(b) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya.
Video berkenaan turut dikongsikan pengguna media sosial lain dan menimbulkan pelbagai reaksi.
Sumber: Sinar Harian
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!