Gadis remaja yang mulai dikecam netizen selepas foto selfienya bersama Aliff Aziz yang agak kurang sopan mulai tular sejak awal pagi semalam akhirnya membuat permohohan maaf secara terbuka, awal malam tadi.
Kenyataan tersebut dimaklumkan menerusi Instagram dan menerusi ruangan kapsyen, dia turut memaklumkan apa yang berlalu adalah berpunca dari rakan yang dengki.
“Saya minta maaf sangat2 semua tu bukan salah saya dn semua ni dri kawan yg dengki sampai post mcm2 hingga la jadi isu sampai mcm ni klau rasa tak tahu kebenaran boleh tanya alif sendiri,” tulisnya.
Turut dilampirkan di entri sama ialah penjelasannya terhadap insiden viral itu.
Katanya, dia mengenali Aliff di sebuah majlis tertutup dan tidak melakukan apa-apa kerana masih tahu batas.
“Saya mengaku walaupun merakam gambar bersama Alif, saya tak ada buat apapun. Saya kenal Alif ketika pesta tertutup. Saya masih tahu batas.
“Semua ini berpunca kerana dengki sehingga gambar itu menjadi pencetus gosip. Sampai saya buat live pun mereka rakam sebab iri hati saya bergambar dengan artis dan memburukkan saya,” antara kenyataan yang ditulis gadis yang dikenali sebagai Mel itu.
Selain foto berdua yang diperkatakan itu, turut tersebar ialah rakaman video live Instagram yang melibatkan mereka.
Foto: Instagram Nismell