Pelakon dan usahawan, Wawa Zainal kini sedang menantikan detik untuk bersalin cahaya mata ketiganya dan sedang berdebar untuk menantikan momen melahirkan zuriat.
Itulah situasi yang digambarkan Wawa sambil berkongsi aksinya yang menari mengikut irama Bollywood.
Potongan video pendek itu dikongsinya menerusi Instagram beserta kapsyen yang turut memaklumkan dirinya ada mengalami kontraksi hingga terpaksa ke klinik.
“9 months pregnant .. less than a month lagi nak due. neves nya mak buyong.. kita hibur kan hati la dlu.
“Wlupun tadi bekejar pegi klinik perut sakit sbb contraction. dok dlu baby pls kat dlm tu. Byk lagi keje pending,” tulisnya.
Serentak dengan perkongsian berkenaan, para peminat mendoakan agar proses bersalin pelakon itu dipermudahkan.
Sebelum ini, Wawa dan Aeril sudah dikurniakan dua anak iaitu Ahmad Fakhruddin Attar, 6, dan Hayla Maghfiratul Adzkiyaa, 4.
Keduanya mendirikan rumah tangga sekitar tahun 2012 lalu.
Foto: Instagram Wawa Zainal
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Tidak Ada Yang Ekstravaganza,” – Aina Abdul Pilih Persalinan Melayu tradisional Untuk Baju Raya
Sama seperti tahun-tahun sebelumnya, penyanyi Aina Abdul mengakui dia lebih gemar mengenakan pakaian yang ringkas dan selesa setiap kali menyambut Aidilfitri.
Aina atau nama sebenarnya Nurul Aina Abdul Ghani berkata, dia senang untuk memilih persalinan Melayu tradisional sesuai dengan suasana hari raya.
“Setiap tahun pilihan baju raya saya ringkas saja. Begitu juga dengan tahun ini, tidak ada yang ekstravaganza.
“Sejujurnya mata saya lebih tertarik kepada baju kurung Kedah dan baju kurung kain kapas (cotton).
“Sebab bagi saya ia lebih estetik dan sesuai untuk digayakan kepada insan bernama Nurul Aina,” katanya yang sinonim dengan imej unik setiap kali muncul membuat persembahan.
Aina pada masa sama menambah, sejak bergelar penyanyi dia gemar mengeluarkan sampul raya sendiri untuk diberikan kepada peminat dan kanak-kanak.
“Sekarang ini saya suka nak keluarkan sampul raya sendiri. Ini adalah tahun kedua saya tampil dengan sampul raya yang menampilkan wajah saya.
“Sekurang-kurangnya sampul raya itu menjadi satu tanda ingatan kepada si penerima itu,” katanya yang turut muncul dengan lagu raya terbaharu, Jalan-Jalan Hari Raya.
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Virus Takde Kaitan Dengan Gas, Tapi Allah Nak Tunjuk Kuasa Dia,” – Suhaimi Saad
Suhaimi Saad menerusi entri terkininya di Facebook memohon agar semua bermuhasabah dan berdoa agar musibah yang menimpa dapat dipulihkan.
Pada masa sama, Suhaimi juga berharap agar semuanya dapat diselamatkan.
“Pada malam yang penuh keberkatan ini,
Marilah kita sama sama bermuhasabah dan berdoa agar Allah dengan rahmatNya mengangkat musibah yang berlaku terhadap saudara saudara kita di Pasir Gudang.
Mudah mudahan semuanya dipulihkan dan diselamatkan.
Allahumma amiiin.
Wa sollAllahu ‘ala Muhammadin wa ‘ala alihi wasohbihi waba roka wasallam.
#prayforpasirgudang.”
Terdahulu, kenyataannya bahawa “Gas Metana? Vaksin bukanlah segala galanya. Allah Maha Kuasa. Makhluk tak ada kuasa” menyebabkan netizen menyifatkan penyanyi tersebut seakan tidak sensitif terhadap kejadian yang menimpa.
Dia bagaimanapun mengakui virus tiada kena mengena dengan gas, namun menegaskan semua yang berlaku adalah kuasa Allah.
“Betul virus takde kaitan dengan gas.
Tapi Allah nak tunjuk kuasa Dia.
Jangan “bertuhankan” apa pun selain Dia.”
Foto – Facebook Mosus
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Ini Impian Dan Cita-Cita Yang Dah Lama Tersimpan” – Mira Filzah Zahir Rasa Syukur!
Isi Kandungan
ToggleWajahnya sering dilihat menghiasi layar TV dan papan iklan sebagai duta jenama tudung terkenal, berikutan itu Mira Filzah Bintang Popular ABPBH 32 mengambil keputusan menceburi dunia perniagaan menghasilkan jenama tudungnya sendiri
Mira atau nama sebenarnya, Nur Amirah Filzah Badioezaman seorang ibu dan isteri, giat membina empayar perniagaan dan pada masa sama, dia masih mahu meneruskan karier dalam bidang lakonan.
Kongsinya lagi bidang ini bukanlah usaha untuk memperlahankan karier seni, memandangkan umurnya baru menganjak 30.
Jual Tudung Bukan ‘Back Up’ Karier Seni – Mira Filzah
“Saya tidak anggap perniagaan ini sebagai ‘back up’. Saya fikir, Insya-Allah panjang lagi perjalanan dalam dunia seni. Masih banyak yang saya mahu buat dan teroka.
“Pada usia sekarang serta status sebagai ibu dan isteri, ia tidak menghalang saya bergerak lebih jauh dalam industri seni. Saya baru 31 tahun, jauh lagi perjalanan saya.
“Saya tengok selebriti lain pada usia 40 tahun pun masih berlakon dan boleh melakukan yang terbaik. Jadi, saya anggap perkara ini sebagai impian dan cita-cita yang sudah lama tersimpan,” katanya.
Pernah menceburi bidang pengacaraan, namun Mira lebih selesa menumpukan karier seni dalam lakonan. Tambahnya lagi drama komedi bersiri yang terbaharu mendapat sambutan memberangsangkan iaitu Imam Instant Ustazah Scammer adalah satu ‘exercise’ selepas hampir setahun tidak berehat melahirkan anaknya, Wan Khair Amir pada 10 Mei tahun lalu.
“Saya kembali berlakon ketika Amir berusia lapan bulan. Alhamdulillah, dia sudah berusia hampir setahun sekarang. Jadi, niat saya untuk terus aktif berlakon,” katanya
Mula Sebagai Hobi, Suka-Suka Je
Bertemu pada majlis pelancaran jenama tudung sendiri, Mira Filzah mengulas mengenai perniagaan hijab, Mira yang sudah lama menyimpan impian membangunkan jenama hijabnya sendiri.
“Sebenarnya, saya sudah lama berminat dalam bidang perniagaan, iaitu sejak saya belajar di Universiti Teknologi MARA (UiTM), pada usia 18 tahun.
“Ketika itu, saya menjual secara suka-suka sahaja. Pada 2016, saya lancarkan tudung sendiri dan saya guna jenama MF Shawls dalam drama Cinta Si Wedding Planner.
“Alhamdulillah, perniagaan itu baik. Namun, saya terpaksa tutup tidak lama kemudian kerana tidak menang tangan.
“Akhirnya, selepas beberapa tahun berehat, saya fikir ini tahun terbaik untuk memulakan semula apa yang sudah lama saya tinggal dan impikan,” katanya yang cukup gementar dalam melancarkan jenamanya sendiri.
Mira mengaku berhadapan banyak cabaran merealisasikan pelancaran produk sendiri seperti jadual yang padat dengan komitmen penggambaran.
Dunia perniagaan punyai pelbagai cabaran, berbekal ilmu yang sedikit, Mira akui dia perlu belajar dari ‘scratch’ tentang produksi, material dan selok-belok pemasaran.
“Kecintaan saya terhadap keusahawanan dan fesyen bermula semasa zaman universiti, sekitar tahun 2011, yang juga merupakan kemuncak era blog saya.
“Saya sentiasa mempunyai bakat untuk terjun ke dalam bidang keusahawanan sambil meneruskan kerjaya saya sebagai model bebas, yang membawa saya untuk mula melakukan penggambaran katalog saya sendiri dalam Myvi lama yang pernah saya pandu semasa pelajar.
“Kasih sayang dan sokongan berterusan daripada orang yang saya sayangi memberi inspirasi kepada saya untuk meneruskan minat saya dan memulakan jenama saya sendiri,” kata Mira Filzah, Pengasas & Pengarah Kreatif jenama MIRA FILZAH.
Sudah menjadi kebiasaan sekiranya jenama hijab milik selebriti dijual pasti ianya laku dalam beberapa jam kemudian. Bagi Mira ini bukan satu tekanan tetapi, si cantik manis ini menjadikan mereka sebagai rujukan.
“Kalau mereka boleh buat , Mira pun boleh dan mereka ini sebagai panduan. Untuk keluaran awal tudung Mira tidak mensasarkan ‘sold out’ dalam masa terdekat dan lebih menumpukan penjualan fasa demi fasa,” ujarnya.
Perancangan menjual hijab yang dirangka selama setahun lepas, Mira tidak mahu memberi tekanan pada pembeli mahupun diri sendiri, pelancaran hari ini untuk pengenalan jenama tudung Mira Filzah.
MF Garap Konsep , ‘Stail’ Selesa Tanpa Jejas Gaya
Berikutan kejayaan MF Shawls, jenama tudung yang juga diasaskan oleh Mira pada zaman awal keusahawanannya, ia menyingkap semangatnya untuk mencipta karya yang melengkapi wanita fesyen sederhana pada skala nasional dan global.
Debut pertama jenama itu mempamerkan 3 koleksi elegan, iaitu Rise Collection, Sweet Dreams Collection, dan Go-To Scarf, dalam pelbagai warna lembut dan berani yang paling mewakili personaliti dan imej Mira yang memikat.
“Era MIRA FILZAH ini adalah kelahiran semula, penjenamaan semula, dan permulaan yang baru. Impian saya untuk MIRA FILZAH adalah untuk menjadi jenama pilihan di Malaysia dan berkembang secara global, In Shaa Allah.
“Saya berharap dapat mewujudkan komuniti yang memberi inspirasi dan wanita yakin yang akan bersatu untuk menyokong dan memberi inspirasi antara satu sama lain.”
“Sebagai seorang wanita, saya percaya bahawa setiap wanita berhak berasa selesa tanpa menjejaskan gaya, dan jenama kami komited untuk merealisasikannya. Saya teruja untuk membuat keputusan yang positif perbezaan dalam kehidupan wanita melalui jenama ini dan melihatnya berkembang seindah perjalanan MIRA FILZAH,” ujarnya.
Mira memastikan untuk terlibat dalam setiap langkah, dari proses reka bentuk sehinggalah estetika disampaikan kepada peminatnya mempunyai sentuhan peribadinya sendiri dan strategi kehadiran media sosial jenama itu.
Walaupun jadual sibuknya sebagai duta jenama kepada jenama terkenal seperti Coway, Uniqlo, Secret Recipe, Downy, Febreze, Mamypoko dan Friso Gold.
Sekadar info, artikel ini merupakan artikel olahan semula dari HIJABISTA
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Sumber Foto: Instagram Mira Filzah
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI