Wan Khaleeda Nama Anak Kedua Fizo Omar, Beri ‘Hint’ Nak Cahaya Mata Lagi!

Share

Genap dua minggu anak keduanya dilahirkan, pelakon Fizo Omar mendedahkan nama puterinya, Wan Khaleeda Wan Hafizol menerusi laman Instagramnya.

Menerusi perkongsian itu juga, Fizo atau nama sebenarnya, Wan Hafizol Wan Omar, 37, turut memuat naik momen ketika dia mendaftar nama anaknya itu di Jabatan Pendaftaran Negara di Putrajaya untuk mendapatkan sijil kelahiran.

“Wan Khaleeda Wan Hafizol. Dah nak setahun kahwin baru ambil sijil nikah. Ni pun sebab nak kena daftar kelahiran baby.

“Daddy baru nak up macam ni la. Dadddy-daddy kat luar sana kena ingat pendaftaran kelahiran ni dalam tempoh 60 hari je. So bertindak cepat okay,” tulis Fizo.

Isteri Fizo, Fazeera Nazri selamat melahirkan anak perempuan mereka pada 25 Jun lalu di sebuah pusat perubatan di Serdang, Selangor.

Menerusi kapsyen entri itu juga, Fizo sempat memberi hint kepada isterinya untuk menambah cahaya mata lagi tahun hadapan.

“Rasa-rasa tahun depan nak repeat datang JPN ni pula la, boleh tak @ffezyranesry,” tulis Fizo lagi.

Fizo mendirikan rumah tanga dengan Fazeera pada 21 Oktober tahun lalu di sebuah resort di Janda Baik, Pahang.

Ini merupakan perkahwinan kedua Fizo yang sebelum ini pernah berkahwin dengan usahawan tudung, Mawar Karim.

Hasil perkahwinan terdahulu, Fizo turut mempunyai seorang anak perempuan, Wan Maryam yang kini berusia lima tahun.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Foto:  Instagram Fizo Omar

Published by
Juliana Johar