Rasanya ramai yang sudah sedia maklum bahawa pelakon popular, Fizo Omar baru sahaja bergelar bapa pada hujung tahun lalu.
Penantian Fizo dan isterinya, Mawar Abdul Karim untuk bergelar ibu dan bapa akhirnya tercapai setelah Mawar selamat melahirkan cahaya mata perempuan mereka.
Baru sebentar sahaja tadi, MH terlihat posting Fizo Instagram berkongsi wajah anak dan nama puterinya malah Fizo juga turut meluahkan rasa syukur atas penantiannya selama ini untuk mendapatkan zuriat.
“Assalamualaikum…
“Hye smua uncle n aunty kawan daddy n mummy dlm ig n fb ni.
“Nama saya Wan Maryam binti Wan Hafizol. Hari ni genap 2 minggu umur sya.terima kasih kpd yg mendoakan kami smua selama ini.
“Saya nak ucapkan terima kasih byk2 kpd mummy rose @mawar_karim
“yg 24 jam bersama saya selama 9bln ni.mummy bertarung nyawa nak lahirkan saya pada 29 dec 2017.saya pulak asyik tendang perut mummy je sebelum ni.sory yea mummy!
“4 tahun mummy n daddy tunggu saya.dan saya tahu yg paling happy adalah neny saya Pn Faridah dan tok bah saya En Aminuddin sbb saya ni cucu pertama.Tok ma pun happy sgt sbb dia selalu ckp 1 je permintaan dia yg belom capai adalah nak tgk anak Fizo.alhamdllh dengan kehadiran saya ni semoga membawa keberkatan dan menggembirakan semua orang.
“Doakan saya sentiasa sihat dan menjadi anak yg solehah.
#fizomawar #wanmaryam,” tulis Fizo.
Ruang komen Fizo dibanjiri dengan ucapan tahniah dan kata doa yang baik-baik buat puteri mereka.
nuriedah: Hidung mancung. MashaAllah comelnya. Semoga membesar dgn sihat Maryam ❤
p1y4: Comelnya wan maryam…cute jer..??? semoga membesar dgn sihat n jdi ank yg solehah untuk mummy and daddy..@fizoomar tahniah..
hidayah_said: Subhanallah! Comel ny Maryam.. smg mnjd ank solehah. Aamin @fizoomar @mawar_karim
Comel sangat MH tengok Maryam ni. Semoga membesar dengan sihat dan menjadi anak yang solehah buat ibu dan bapa.
Sumber: Instagram Fizo Omar
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI