Baru sahaja melangsungkan perkahwinan, model dan pelakon Ahya Ulumuddin Rosli kini sedang menikmati dasa bulan madu bersama isteri, Shahirah.
Bagaimanapun, Ahya baru-baru ini menarik perhatian ramai apabila dia telah memuat naik sekeping foto ‘daring’ dengan posing sambil berendam dalam sebuah tab mandi dalam keadaan separa bogel.
“Isteri yang suruh belanja pic ni ? today is wednesdate ?? @slimbellyofficial love u. Banyak sgt surprise,” tulisnya.
Malah, kakaknya, Liana Rosli turut meninggalkan komen terhadap gambar tersebut.
“Wowwwwwwww!! Abangggggggg wangi sampai celah teloq,” balas Liana atau mesra disapa Kak KM.
Terdahulu, Ahya, 32 berkahwin dengan menyerahkan mas kahwin berupa seutas gelang emas, sebentuk cincin dan wang hantaran RM30,000 kepada Shahirah, 27.
Majlis pasangan sama cantik sama padan ini berlangsung di Bukit Kiara Equestrian pada Jumaat lalu.
Foto : Instagram Ahya Rosli
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Terma ‘Kawan-Kawan’ Sebenarnya Yang Membunuh Kita, Akhirnya Makan Diri Dan…,” – Ayda Jebat
Pernah menjalinkan hubungan kerjasama bersama beberapa jenama kecantikan tempatan sebelum ini, penyanyi Ayda Jebat bersyukur kerana setakat ini dia belum pernah terpalit dengan konflik atau isu besar hingga membawa hal ke tengah.
Katanya kepada MH, dia sebolehnya cuba berhati-hati dalam menjalankan apa sahaja bentuk urus niaga melibatkan pihak kedua atau ketiga.
Pada masa sama elakkan daripada menggunakan perkataan ‘kawan-kawan’ dalam perniagaan.
“Kalau boleh, saya jenis yang gemar untuk elak menggunakan terma ‘kawan-kawan’. Terma itulah yang boleh mendorong untuk ‘membunuh’ kita. Misalnya ‘boleh tak kau tolong aku buat ini, post ini di media sosial’ dan sebagainya.
“Hal tersebutlah yang akhirnya buat kita rasa tersepit dan serba salah. Fikir kawan dan pada masa sama bila rasa seolah-olah diperguna.
“Akhirnya akan makan diri kita semua, jalinan persabahatan pun dah jadi tak best,” katanya jujur.
View this post on InstagramA post shared by Ayda Jebat (@aydajebat) on
Pada masa sama, penyanyi yang hits menerusi lagu Temberang ini juga tidak menafikan apabila wujudnya situasi sedemikian, ia mendorong individu untuk berfikir hal tak baik.
“Misalnya kita mulai terfikir mengenai adakah mereka berkawan dengan kita sebab ada agenda tertentu. Jadi bila ada perasaan itu yang rasa tak seronok. Kalau boleh memang saya cuba elakkan perkara tersebut.
“Kena jalankan urus niaga dengan baik dan profesional. Kawan tetap kawan tetapi hal berkaitan hitam putih perlu dititik beratkan juga.
“Bimbang nanti akan berlaku sesuatu dikemudian hari,” kongsi Ayda yang baru sahaja dilantik sebagai duta Watsons.
“Saya menjadi duta Watsons untuk setahun dan saya mungkin terlibat di dalam beberapa projek khas bersama mereka dari semasa ke semasa. Syukur dan alhamdulillah atas kepercayaan mereka,” kongsi Ayda.
Terdahulu, bintang ini ditemui pada majlis kejutan hari jadinya yang ke-27 baru-baru ini di Bukit Jalil Selangor.
Dalam perkembangan lain, Ayda turut muncul dengan sebuah single balada istimewa berjudul Mana Ada Hati (Yang Ingin Trus Disakiti).
Single berkenaan merupakan nulikannya sendiri bersama komposer Indonesia, Irwan Simanjuntak, dan turut diangkat sebagai lagu tema drama bersiri lakonan Ayda, Asalkan Dia Bahagia.
Foto: Instagram Ayda Jebat
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Kapsyen “Thank You To My Life Partner” Jadi Perhatian Netizen, Azar Azmi & Fizo Omar Sama-Sama Terlibat Dalam Sukan Lasak
Mula menceburi dunia permotoran bagi mencabar dirinya, pelakon Azar Azmi berterima kasih pada rakan selebriti, Fizo Omar yang banyak memberi tunjuk ajar.
Mengelar Fizo sebagai ‘life partner’, bintang Nur 2 itu akui banyak belajar berkenaan aktiviti lasak itu bersama-sama dengan duda anak satu itu.
“Thank you to my life partner… dia cakap mek ja bsiap nak g pavi ye????
“Yang kuat bahan kuat sakat kuat menyakitkan hati kuat gelakkan mek ja kuat bagi semangat jugak and always make sure all the gears up in position @fizoomar,” tulisnya.
View this post on InstagramA post shared by ABOS (@azarazmi) on
Menerusi foto yang dikongsikan pelakon drama Nur 2 itu, dia bersama Fizo dan beberapa rakan lain melakukan aktiviti sukan permotoran.
View this post on InstagramA post shared by fizoomar (@fizoomar) on
View this post on InstagramA post shared by ABOS (@azarazmi) on
Sementara itu, diruangan komen, rata-rata selesa melihat hubungan persahabatan dua selebriti itu yang seakan ‘rapat’.
Terdahulu, Fizo pernah berkahwin dengan usahawan Mawar Karim pada November 2013.
Bagaimanpun,hubungan mereka tidak panjang apabila Fizo melafazkan cerai talak satu kepada Mawar pada Julai 2019.
Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang anak, Wan Maryam yang kini berusia tiga tahun.
Foto: Instagram Azar Azmi
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Dari Zaman Belum Kahwin, Nakal, Mengandung, Cerai & Kahwin Sekali Lagi,”- Nabila Huda Imbas Momen Saat Berada Di Red Carpet, Style Habis!
Pelakon, Nabila Huda mengimbau kenangan saat berada di karpet merah (red carpet) dalam mana-mana majlis keramaian yang diadakan setiap tahun.
Video tersebut melihatkan busana dan fesyen yang digayakannya mengikut peredaran masa ke masa.
“Here goes my RedCarpet moment.
“Dari belum kahwin,zaman nakal,mengandung,dah beranak, divorce,remarried again.
“Fuh,perjalanan Hidup macam naik rollercoaster siol..haha!1st photo tu rasanya 12 years ago kot !
“This is the life I live and that’s just a half of it,” tulisnya.
View this post on InstagramA post shared by Nabila Huda (@kupu_kupu) on
Malah, Pelakon Wanita Terbaik Anugerah Skrin 2019 itu turut menanda (tag) pereka fesyen dan jurusolek yang terlibat dalam acara tersebut.
Menerusi ruangan komen, rata-rata memuji personaliti tersendiri yang dimiliki anak kepada penyanyi Amy Search itu.
Video: Instagram Nabila Huda
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI