Kumpulan Wani Kayrie & Delitz hampir tersingkir di pentas suku akhir Dansa Dan Sing apabila menduduki tangga tiga tercorot.

Setelah berada enam minggu kekal dalam program tersebut, Wani mengakui minggu ini penuh dengan cabaran dan dugaan untuk menjayakan konsert mingguan yang bertema ‘No Limits’.

“Apa yang orang nampak atas pentas tu saya senyum yang dalam hati saya dah reda sebab sejujurnya apa akan terjadi pada minggu keenam saya terima,

“Saya akui banyak sangat salah faham dan cabaran yang berlaku.

“Cabarannya bila tambah penari, nak fikir konsep, nak cari pasangan duetyang sesuai. Pada awalnya, pasangan duet saya nak ambil Stacy, tapi Stacy terlibat dengan AJL34.

IKLAN

Dalam pada itu, penyanyi berusia 19 tahun ini memaklumkan mengalami masalah dalaman sehingga persembahannya di minggu keenam sedikit terjejas.

“Sejujurnya Wani merasakan persembahan minggu ini adalah yang paling teruk sebab saya rasa tertekan.

IKLAN

“Bukan apa, saya menghadapi masalah susunan lagu, baju, dan perselisihan faham antara ahli kumpulan.

“Tak nak membandingkan, tapi kalau tengok artis jemputan kumpulan lain banyak membantu sebenarnya sebab tu saya rasa agak tertekan sedikit,” katanya kepada media.

IKLAN

Dansa Dan Sing menggabungkan elemen tarian dan seni suara itu menampilkan barisan juri tetap yang terdiri daripada Linda Jasmine dan Datuk Rizalman Ibrahim, manakala penyanyi Dayang Nurfaizah sebagai juri jemputan.

Enam kumpulan yang berjaya mara ke pentas separuh akhir sekali Wani antaranya Sophia Liana, Chubb-E, Shiha Zikir, Waris dan Raja Syahiran pada minggu hadapan.

Pada minggu ini, program Dansa Dan Sin ini dihoskan oleh Hady Mirza bersama Datuk AC Mizal selaku hos jemputan dan disiarkan secara langsung menerusi Astro Ria (104) dan Ria HD (123), setiap Ahad, jam 9.00 malam bermula 5 Januari lalu.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI