Sekiranya lagu Berakhirlah Pencarianku layak ke Anugerah Juara Lagu ke-37, penyanyi gantiannya, Wani Kayrie dan Ahmad Syafiq akan terus dikekalkan sebagai penyanyi yang akan menggalas tanggungjawab tersebut.
Menurut Wani, itu adalah perkara yang telah dimaklumkan oleh pihak pengurusan dan label mereka sebelum ini.
“Jika lagu ini ada rezeki melangkah ke peringkat Anugerah Juara Lagu, kami diberitahu oleh pihak pengurusan yang kami akan tetap menggalas tanggungjawab untuk menyanyikan lagu ini.
“Dalam SAMM37 (Separuh Akhir Muzik-Muzik 37), kami diminta untuk menyanyi seperti versi asal.
“Jadi, untuk peringkat akhir, kalau ada rezeki, kami akan lakukan cara kami sendiri daripada segi gubahan muzik dan corak persembahan,” kata Wani kepada MH.
Wani ditemui pada hari pertama Separuh Akhir Muzik-Muzik 37 yang berlangsung di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam pada Jumaat.
Ads
Berakhirlah Penantianku merupakan lagu nyanyian asal Ernie Zakri dan rakan duet, Hafiz Suip.
Sementara itu, Ahmad Syafiq mengakui dia ada merasa sedikit terganggu dengan komen-komen netizen namun dia melihat perkara itu daripada sudut positif agar ia tidak melunturkan semangatnya.
Ads
“Netizen mula memberi komen sejak seminggu lalu. Kami ada terbaca… Sepatutnya, kami tidak baca agar tidak rasa ‘down’.
“Namun, kami jadikan ia sebagai pembakar semangat dalam memberi komitmen terhadap persembahan kami,” katanya.
Selain Wani dan Syafiq, hari pertama SFMM37 turut menyaksikan 17 karya lain bertanding iaitu Cukup Derita Itu nyanyian Siti Nordiana; Hitam Saksi Putih (Haqiem Rusli); Perempuan (Jaclyn Victor) dan Kisah Hati Lara (Naqiu).
Ads
Turut bersaing Damba (Khai Bahar), Sempurna (Insomniacks), Takluk Cinta (Puteri Khareeza), Payung Pelangi (Noki & MK) dan Mainan (Naim Daniel).
Lagu lain Demi Kamu (Indah Ruhaila); Makuta (Hazama, Kmy Kmo & Luca); Berani (Dolla); Nang (Iman Troye); Kembali Terang (Marsha); Tak Sangka (Yonnyboii, Asyraf & Zynakal); Anugerah Terindah (Alif Satar & The Locos) dan Satu Malam Di Temasik (Joe Flizzow & Sonaone).
Esok, bakal berlangsung hari kedua SAMM37 menyaksikan 12 lagu bakal bertanding sekali gus pengumuman 12 lagu yang layak bertanding ke peringkat Anugerah Juara Lagu 37 yang dijadualkan berlangsung pada awal tahun hadapan.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Baru-baru ini, video nyanyian penyanyi, Aisyah Aziz tular diseluruh platform media sosial.
Rata-rata netizen terpegun saat memperdengarkan nyanyian Aisyah yang sangat lunak dan bersahaja sewaktu mendendangkan lagu Kali Terkahir Ku Lihat Wajahmu nyanyian asal penyanyi lagenda, Uji Rashid.
Malah, ada juga netizen yang meluahkan rasa kecewa kerana penyanyi berbakat seperti Aisyah kurang mendapat perhatian meskipun sudah lama berkecimpung di dalam dunia seni.
Dalam pada itu, seorang individu tampil memberikan pandangan dengan mengatakan segelintir netizen masa kini lebih gemar mengangkat penyanyi yang memiliki rupa paras cantik berbanding bakat.
Malah, individu tersebut juga secara terbuka memetik nama selebriti terkenal, Ayda Jebat sebagai contoh penyanyi yang dimaksudkannya itu.
“Sebab Malaysia suka naikkan bimbo tiada bakat tapi typical standard cantik (putih cerah) contohnya Ayda Jebat,” tulisnya menerusi satu hantaran di aplikasi X.
Hantaran tersebut kemudiannya sampai ke pengetahuan Ayda.
Tidak melatah, isteri kepada pengacara Nabil Mahir ini menasihati individu terbabit supaya menjaga percakapan dan tidak mempertikaikan rezeki yang telah diatur oleh Allah SWT.
“Bimbo? Tak baik cakap orang macam itu. Jaga diri dan keluarga. Esok lusa tak tahu apa jadi. Allah sudah tentukan rezeki masing-masing,” balas Ayda.
Terdahulu, Ayda kini difahamkan masih lagi dalam tempoh berpantang selepas melahirkan cahaya mata kedua pada 12 Disember lalu.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram & X Ayda Jebat
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Menzahirkan rasa syukur, penyanyi Misha Omar ada mengenang memori indah bersempena dengan ulang tahun perkahwinannya bersama suami, Firos Ezzwan Rossly yang ketujuh.
Jelas Misha, dia dan suami kini berkongsi suka-duka bersama apabila melihat kekurangan yang ada sebagai satu kelebihan.
“7 Tahun hari ini… Alhamdulillah, masih saling menerima..malah setiap kekurangan dijadikan kelebihan untuk saling membahan dan mentertawakan kesilapan masing-masing…Hahaha!!
“Bila dah 7 thn ni..rentan dah kurang…ketawa je yang banyakkk..mmg gitu eh?,” seloroh Misha menerusi pautan foto pernikahannya.
Dia pada masa sama turut mengucapkan terima kasih atas ucapan serta doa yang dititipkan semua.
“Terima kasih buat kalian yang mendoakan kami, merestui dan menyaksikan perjalanan kami hingga sampai ke mari…bertunang, bersanding, membesarkan keluarga tetap juga di mata kalian.
“Jasa kalian dalam mendoakan kami tak terbalaskan. Terima kasih tau,” tulisnya lagi beserta emoji kucupan.
Meninjau ke ruangan komen, para peminat turut sama memberikan ucapan istimewa termasuk rakan selebriti, seperti Aina Abdul, Elly Mazlein, Nourul Depp dan ramai lagi.
Imbas kembali, Misha dan suami mendirikan rumah tangga pada 2 Mei 2014 dan pasangan itu dikurniakan seorang anak Muhammad Idris Ezzwa.
Foto: Instagram Misha Omar
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi dan penulis lagu popular Indonesia, Ari Lasso mendedahkan dirinya kini telah pun selesai menjalani sesi rawatan kemoterapi kali yang ke tiga sebagai usaha untuk melawan penyakit kanser limfoma yang sedang dihadapinya ketika ini.
Menurut Ari, dia baru sahaja menemui kekuatan untuk berkongsi mengenai perjalanan rawatannya itu buat tatapan para peminat.
Katanya lagi, dia amat berterima kasih kepada semua pihak yang tidak putus-putus memberikannya semangat untuk terus kuat bagi menghadapi detik-detik yang mencabar ni.
“Memberanikan diri untuk memuat naik posting. Saya sudah pun menjalani sesei kemoterapi untuk kali yang ketiga.Sudah separuh jalan.
“Saya mampu menjalaninya sudah tentu kerana peyertaan tuhan dan doa serta sokongan daripada kalian,” tulisnya.
Kisah tersebut dikongsikan sendiri oleh penyanyi lagu, Rahasia Perempuan itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman Instagram.
Dalam pada itu, Ari turut memaklumkan dia telah pun membotakkan rambutnya yang sebelum ini dikatakan sudah sering kali gugur.
Malah, bekas vokalis, Dewa 19 ini turut dilihat sempat bergurau memberitahu, gaya rambutnya ketika ini sudah sama seperti rakan selebriti, Ahmad Dhani dan Deddy Corbuzier.
“Ya rambut saya dah gondol seperti Ahmad Dhani, Deddy Corbuzier dan Anji. Tetapi saya yakin masih boleh tumbuh (rambut) dan lebat semula.
“Terima kasih doanya teman-teman. Sayang anda semua hanya Tuhan akan membalas,” kongsinya lagi.
Menerusi ruangan komen, rata-rata peminat dan rakan artis menitipkan kata-kata semangat selain turut mendoakan semoga segala proses rawatan yang dijalani oleh Ari akan sentiasa dipermudahkan.
“Doa yang terbaik semoga supaya semuanya dilancarkan dan dimudahkan.
“Semangat terus bang. Semoga hal-hal yang baik selalu datang dekat.
“Praying for you mas Lasso! Come back stronger.
“Semangat bang. Semoga tuhan memberkati,” antara komen-komen netizen di laman Instagram.
Sekadar informasi, pada awal September lalu, Ari Lasso mengejutkan peminat apabila mendedahkan dirinya menghidap kanser limfoma tahap dua.
Sumber: Instagram Ari Lasso
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
“It wasnt me guys, jangan risau ok.”
Demikian reaksi penyanyi Misha Omar sebagai mengulas berita yang memaparkan penyanyi wanita terkenal Kelantan ditahan bersama lima yang...