Categories: Hiburan

Wanita ‘Dating’ Di Kubur Suami

Share

Macam-macam cara yang dilakukan oleh setiap insan yang kehilangan orang tersayang untuk terus mengingati cinta itu.

Bukannya tidak boleh ‘move on’ dengan kehilangan itu, tetapi salah satu cara meluah rindu.Kehilangan seseorang yang kita sayangi merupakan suatu perkara yang amat sukar untuk kita lalui. Apatah lagi banyak kenangan manis yang kita lalui bersama.

Perkongsian dari laman facebook wanita yang dikenali sebagai Ahteng Sepet dapat dilihat dia menjalani hari-harinya yang sarat dengan perasaan rindu terhadap arwah suaminya yang telah meninggal dunia.

Beliau yang baru sahaja kehilangan suami tercintanya kini sering memuat naik status luahannya di laman Facebook, itu mungkin caranya untuk menzahir serta meluahkan kerinduan terhadap suami yang sebelum ini sah menjadi khalifah baginya.

Terbaru, dia meluahkan rasa rindu terhadap arwah suaminya, Kapten Sazali Sakiran dengan melawat pusara untuk ’dating’ bersama dan meluahkan segala perasaannya.

“Nah, buat kawan-kawan yang rindu Kapten Sazali Sakiran. Aku dah sampaikan salam rindu korang kat abam misai aku. Harap-harap rindu tu sampai pada dia.

 

 

“Puas hati aku harini dua kali aku dating kat kubur. Punya panas cuaca hari ini, tapi aku tak peduli. Kalau boleh, aku bentang tikar pacak khemah tidur situ berhari-hari pun aku sanggup. Teringatkan bos aku punya petir, tak jadi aku nak ponteng kerja,” ujarnya diselangi dengan gelak ketawa.

Tambah Fatin, dulu dia punyai jasad yang boleh dia peluk dan cium serta tenung setiap hari. Kini, dia hanya cuma mampu melihat gambar dan tanah kubur arwah suaminya sahaja.

“Hah, aku pun nak berlagak juga. Siapa kata suami dah takde aku takleh ajak selfie?”

Menerusi video berdurasi 32 saat itu, Fatin menyampaikan mesej kepada teman-temannya dalam keadaan bergenang air mata.

Walaupun cuba mengukir senyuman dan berbicara dalam keadaan ceria, namun rasa kesedihan masih tidak dapat disembunyikan wanita ini.

Rata-rata netizen turut berkongsi rasa sayu di samping memberikan kata-kata semangat kepada wanita tersebut supaya terus tabah dan mendoakan arwah suaminya ditempatkan bersama orang-orang yang beriman.

Siapa kita sebagai manusia mahu melawan takdir, tetapi bukan bermakna sebagai isteri, Fatin perlu mematikan perasaannya selepas pemergian insan tercinta.

Published by
Wani Arifin