Pelakon, Zahirah Macwilson menempelak tindakan segelintir wanita yang sanggup menjadi perosak keharmonian sesebuah rumah tangga orang lain.
Ini kerana baginya, wanita harus menghormati di antara satu sama lain.
“Saya bersimpati dengan para isteri yang terpaksa melalui situasi keretakan rumah tangga.
“Wanita harus menghormati wanita lain dan harus berhenti melakukan tingkah laku yang tidak bermoral ini,” tulisnya.
Luahan itu dikongsikan sendiri oleh isteri kepada pelakon, Aiman Hakim Ridza itu menerusi sebuah hantaran di Instagram Stories.
Lebih-lebih lagi bagi Zahirah, apabila ia melibatkan permata hati.
“Terutama sekali bila hal ini turut melibatkan anak-anak.
“Menghancurkan sesebuah keluarga memang satu tindakan yang tidak bermoral,” tulisnya lagi.
Sekadar informasi, Zahirah dan Aiman mendirikan rumah tangga pada 20 Februari 2020 dan dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Isaac Raees yang kini berumur dua tahun.
Malah, Zahirah juga kini sedang menunggu hari untuk melahirkan cahaya mata kedua.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Nyanyi 20 Lagu Tanpa Medley, Ziana Zain Pukau 5000 Penonton & Selayaknya Diva Disegani!
Meskipun pada awalnya agak meragui kemampuan diri sendiri, penyanyi tersohor, Ziana Zain membuang jauh persepsi tersebut seterusnya tampil memukau 5000 penonton yang hadir menyaksikan konsert solo pertamanya ‘Ziana Zain Konsert 2024’ yang berlangsung di Megastar Arena, malam tadi.
Konsert yang berlangsung selama tiga jam itu memaparkan kisah suka duka kehidupan seorang Siti Roziana Zain dan trajektori kerjayanya sepanjang bergelar anak seni.
Tepat jam 9 malam, pentas mula dibuka namun, kemunculan Ziana yang menggamatkan seluruh pelusuk dewan sedikit terganggu dengan masalah ‘ear monitor’.
Bagaimanapun, pengalaman lebih dua dekad bergelar penghibur membuatkan Ziana kekal tenang meneruskan persembahan dan masalah tersebut berjaya diatasi di atas pentas.
Menurut penyanyi lagu Berpisah Jua ini, kejayaan konsert solo ini merupakan penyuntik semangat buat dirinya untuk meneruskan kerjaya nyanyian dan kini dia percaya usia bukanlah satu penghalang.
“Kini saya tidak sangsi lagi. Belum cuba, belum tahu. Awalnya saya sendiri kurang yakin. Boleh ke pada umur 56 saya menyanyi 20 buah lagu.
“Selepas konsert malam ini, ia menjadi booster dan memberikan semangat untuk terus buat persembahan selepas ini. Kalau ada rezeki yang Allah berikan, saya akan teruskan,” katanya kepada MH.
Dalam pada itu, kehadiran ramai peminat dari beberapa negara lain seperti Brunei dan Singapura membuatkan dirinya sangat dihargai.
“Saya sangat terharu dengan setiap sokongan daripada peminat lebih-lebih lagi ada yang ‘terbang’ dari pelbagai negara lain.
“Kehadiran mereka juga merupakan satu apresiasi paling besar buat saya sebagai seorang penyanyi,” ujarnya lagi.
Semalam, Ziana menghiburkan lebih 5000 penonton menerusi 20 buah lagu popular yang dinyanyikan secara penuh tanpa madley.
Antara lagu popular yang didendangkan ialah Madah Berhelah, Berpisah Jua, Kemelut Di Muara Kasih dan Anggapanmu.
Pada malam tersebut juga, Ziana menggayakan tiga pasang busana indah hasil rekaan pereka fesyen terkenal tempatan iaitu Rizman Ruzaini, Rizalman dan Ezuan Ismail.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Badan Mengigil, Lemah Dan Tak Boleh Tidur Hingga Berat Badan Turun…,” – Baby Shima Hadiri Sesi Kaunseling
Penyanyi Baby Shima mendedahkan dia kini kian lega selepas menjalani sesi kaunseling bersama kaunselor sukarelawan, Muhamad Nabil Che Musa di Klinik Mental Prihatin di Rumah Prihatin @ Grand Seasons, Kuala Lumpur, semalam.
Menurut Shima atau Shima atau nama sebenarnya Nor Ashima Ramli, 26, dia sebelum ini hanya memendam perasaan sendiri selain kurang pendedahan mengenai rawatan hal berkaitan.
“Kalau ikutkan hati saya, awalnya saya tak mahu dapatkan khidmat ini. Tambahan pula saya kurang pendedahan mengenai rawatan ah mental sebelum ini.
“Bagaimanapun setelah dinasihati oleh seorang kawan rapat, akhirnya saya bersetuju untuk mendapatkan khidmat kaunseling di Rumah Prihatin. Rasa lega sikit selepas sesi tersebut.
“Selama ini saya cuma pendam seorang diri. Bila dah luahkan semuanya baru rasa lebih baik. Alhamdulillah, amat lega berdepan situasi sekarang. Cuma saya kena ulangi lagi sesi ini untuk kali kedua pada masa yang sesuai,” katanya.
Shima yang kini muncul menerusi single Lalai ini menjelaskan dia sudah tidak tahan dengan masalah tekanan perasaan yang dihadapinya akhir-akhir ini, susulan kecaman melampau yang diterima.
Meski dahulunya dia cuba bersabar berdepan kecaman begini, namun situasinya berbeza kini.
“Sampai ke tahap ini saya dah betul-betul lemah. Kadang-kadang rasa nak terima tapi sampai satu tahap rasa ‘down’.
“Saya bukan tak boleh nak ditegur. Saya boleh terima dan tak kisah tapi anda nak tegur kena tahu adabnya bagaimana. Jangan sampai memaki hamun. Banyak yang menegur tapi cara mereka amat keterlaluan sehingga tahap menghina saya,” luahnya lagi.
Jelasnya lagi, atas situasi yang berlaku doa pernah berdepan masalah sukar tidur dan konsentrasinya turut terganggu.
“Di rumah saya amat tertekan sampai kepala saya betul-betul rasa berat. Kadang-kadang rasa badan mengigil, lemah dan tak boleh tidur sehingga kesihatan terjejas.
“Berat badan turun mendadak. Dulu berat saya 45 kilogram ke atas, sekarang tak sampai 40 kilogram. Selera makan saya okay, tapi entah lah.
“Nak buat kerja pun tak boleh fokus. Nak hafal skrip yang senang pun tak boleh. Ia sangat mengganggu. Saya pun pelik. Apa yang saya buat sehingga orang terlalu mengecam sehingga melampau-lampau. Saya tak pernah kacau orang lain,” katanya.
Namun, Shima akui ada juga peminat yang menitipkan kata semangat selain mendoakan moga dirinya terus kuat.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Bela Anjing Jadi Pertikaian, Fezrul Khan Jawab; “Kita Ada Banyak Mazhab, Saya Senang Berpandukan Ajaran Al-Quran.”
Nama pelakon Fezrul Khan kembali hangat diperkatakan selepas netizen mempertikaikan tindakannya membela anjing seperti yang dikongsikan di laman sosial miliknya.
Menurut Fezrul atau nama sebenar, Fezrul Khan Junaidi Khan, 40, segala apa yang dilakukannya adalah berpandukan kepada Al-Quran dan tidak kisah sekiranya tindakannya membela enam ekor anjing bagi menjaga kebunnya yang terletak di Kuala Pilah, Negeri Sembilan menjadi perdebatan ramai.
“Susah sebenarnya hendak bercakap kerana kita ada banyak mazhab, jadi lebih senang jika saya berpandukan kepada ajaran Al-Quran sahaja.
“Jika ada sebarang kemusykilan, biasanya saya akan merujuk kitab suci itu saja kerana Allah yang menurunkan Al-Quran, bukannya mazhab.
“Sekiranya masih sukar mendapatkan kefahaman, barulah saya akan merujuk atau berjumpa dengan ustaz,” katanya kepada MH ketika ditemui pada majlis sidang media secara maya drama Aku Seorang Perempuan yang menemui penonton di TV9, setiap Sabtu dan Ahad, jam 7.30 malam.
Menurut Fezrul, ramai orang yang tidak gemar merujuk kepada Al-Quran, sebaliknya lebih mempercayai ceramah daripada pendakwah bebas.
“Mereka tidak mahu membaca atau merujuk pada Al-Quran tetapi lebih percaya kepada apa yang dikatakan oleh penceramah sahaja.
“Sedangkan kita ada pelbagai mazhab, contohnya seperti di Mekah, mazhab mereka berbeza engan kita,” katanya.
Terdahulu menerusi laporan sebuah portal, Fezrul mendedahkan dia membela enam ekor anjing bagi menjaga keselamatannya ketika berada di kebun.
“Saya ada enam ekor anjing. Saya latih anjing saya supaya diri saya selamat ketika berada di kebun. Saya jaga pokok dan ada jadual yang perlu diikuti.
“Kadang-kadang itu ada terskip jadual baja. Jadi saya kena baja pada waktu tengah malam.. di situlah fungsi anjing-anjing saya,” katanya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI