Pelakon, Zahirah Macwilson menempelak tindakan segelintir wanita yang sanggup menjadi perosak keharmonian sesebuah rumah tangga orang lain.
Ini kerana baginya, wanita harus menghormati di antara satu sama lain.
“Saya bersimpati dengan para isteri yang terpaksa melalui situasi keretakan rumah tangga.
“Wanita harus menghormati wanita lain dan harus berhenti melakukan tingkah laku yang tidak bermoral ini,” tulisnya.
Luahan itu dikongsikan sendiri oleh isteri kepada pelakon, Aiman Hakim Ridza itu menerusi sebuah hantaran di Instagram Stories.
Lebih-lebih lagi bagi Zahirah, apabila ia melibatkan permata hati.
“Terutama sekali bila hal ini turut melibatkan anak-anak.
“Menghancurkan sesebuah keluarga memang satu tindakan yang tidak bermoral,” tulisnya lagi.
Sekadar informasi, Zahirah dan Aiman mendirikan rumah tangga pada 20 Februari 2020 dan dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Isaac Raees yang kini berumur dua tahun.
Malah, Zahirah juga kini sedang menunggu hari untuk melahirkan cahaya mata kedua.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.