Pelakon, Yatt Hamzah menyifatkan seorang wanita yang hebat bukan hanya bersandarkan melalui penampilan luaran semata-mata tetapi pegangan agama juga harus diberikan keutamaan.
Jelas Yatt, wanita yang hebat hendaklah sentiasa menjaga maruah dan tinggi akhlaknya.
“WANITA HEBAT bukanlah yang berketrampilan hebat dengan pakaian, beg dan kasut berjenama mahal, bermekap tebal dan berkereta mewah.
“Tetapi WANITA HEBAT adalah yang kuat pegangan agamanya, pandai menjaga maruahnya, tinggi akhlak dan ilmunya. Taat pada suaminya, sabar dengan anak-anaknya dan kuat dengan ujian yang ditimpakan ke atasnya,” tulisnya.
Kenyataan tersebut dikongsikan oleh Yatt menerusi sebuah hantaran di laman Instagram bersempena dengan sambutan Hari Wanita Sedunia yang diraikan sejak semalam.
Katanya lagi, walaupun perjalanannya untuk menjadi wanita hebat masih lagi jauh, Yatt tetap berharap agar satu hari nanti dia dapat mencontohi sifat dan keperibadian tokoh wanita Islam terdahulu.
“MashaaAllah jauh lagi diri ini utk menjadi WANITA HEBAT. Ya Allah jadikan kami wanita-wanita hebat seperti hebatnya Siti Khadijah, Aisyah, Fatimah, Asiah, Maryam dan para Srikandi Islam PENGHUNI VVIP SYURGAMU.
“Aameen. Jom sama-sama aminkan doa ini. Taglah wanita-wanita hebat yang ada dalam hidup kalian.
“SELAMAT HARI WANITA wahai wanita-wanita hebat semua,” jelasnya lagi.
Dalam perkembangan lain, Yatt baru sahaja mengumumkan dirinya kini sedang hamil anak ke-6 dan kandungannya itu kini telah pun memasuki usia 20 minggu.
Foto : Instagram Yatt Hazmah