Datuk Aaron Aziz cukup bertuah dikelilingi insan berjiwa besar yang menjaga dirinya serta adik-beradik lain.
Jelas Aaron menerusi entri terbaru, wanita ini merupakan kakak kepada arwah bapa dan bertanggungjawab menjaganya serta dua lagi adik lain.
Namun cukup menyedihkan apabila bintang ini difahamkan tidak dapat bersama-sama di saat sebelum wanita ini menghembuskan nafas terakhir.
“Wanita hebat ini adalah makcik saya. Dia merupakan kakak kepada arwah bapa. Salah seorang daripada insan penting dalam hidup saya.
“Dia yang mengambil saya dan adik beradik yang lain selepas arwah bapa pergi.
Ads
“Dia mendidik, menyayangi dan melindungi kami. Ya Allah tolong tempatkan dia di kalangan hambaMu yang dikasihi.
Tempatkan dia, arwah Pakcik Noordin, arwah bapa dan semua yang kami kasih di syurgaMu yang tertinggi,” tulisnya.
Pelakon kelahiran Singapura itu turut menitipkan curahan hati atad kehilangan insan tersayang.
Ads
“Berikan lah mereka ketenangan di Alam Barzakh Dan ampunilah segala dosa dosa mereka. Saya bersedih bukan sahaja kerana berita ini namun hakikat bahawa saya tidak berada di sisinya di saat akhir disebabkan sesuatu yang tidak dapat dielakkan.
“Namun makcik akan tetap berada di hati dan doa saya selamanya.
Sebelum ini, Aaron pernah mendedahkan dia ditinggalkan bapa kandung ketika masih kecil namun dibesarkan dengan penuh kasih sayang oleh bapa tirinya, Abdullah Md Dawood.
Al-Fatihah.
Foto : Instagram Aaron Aziz
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon Nelydia Senrose mengakui akan mengenang momen indah saat menunaikan ibadah haji bersama suami, Mohd Hafez Halimi di Tanah Suci.
Nelydia berkongsi perasaan tersebut menerusi video pendek yang dimuat naik di Insta Stories, pada Sabtu.
“Akan merindui kehidupan di sini bumi barakah.”
“Akan rindu bersesak-sesak di masjid.”
Itu kapsyen ringkas yang ditulis adik kepada aktres, Uqasha Senrose ini.
Terdahulu pada awal Julai lalu, Nelydia bersama suami meluahkan rasa syukur apabila dipilih menjadi tetamu Allah untuk menunaikan Rukun Islam kelima itu.
Menerusi Instagram, pelakon drama Khilaf Asmara itu menitipan harapan yang baik-baik seterusnya memohon doa agar mereka selamat pergi dan balik.
“Saya Nik Zaris Nelydia dan suami tersayang Mohd Hafez Halimi dengan rasa penuh kesyukuran, gembira dan tawadhu’ di atas kebesaran Sang Pencipta yang Maha pengasih dan mengasihani yang mengizinkan kami untuk menjadi Duyufurrahman (tetamu Allah) bagi menunaikan ibadah Haji.
“Ini adalah anugerah Allah yang maha agung buat kami berdua. Saya dengan penuh rasa kerdil dan rendah diri ingin memohon seribu kemaafan kepada semua yang mengenali.
“Segala salah dan silap, terkasar bahasa yang saya sedari mahupun yang tanpa sengaja terlepas pandang selama ini. Halalkan makan minum kami.
“Saya mohon agar dapat dititipkan doa buat saya dan suami agar selamat pergi dan balik. Dipermudahkan segala urusan dan dengan izin-Nya mendapat haji mabrur,” tulisnya pada ruangan kapsyen.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat penularan wabak Covid-19 nyata memberi kesan kepada ramai pihak.
Antara yang turut tidak terkecuali menerima impaknya termasuklah pemain gitar lagenda tanah air, Man Kidal.
Menurut isteri yang juga merupakan pengurusnya, Norlaila Yusof, tiadanya tawaran persembahan sejak dua tahun yang lalu telah menyebabkan keadaan kewangan mereka berada ditahap yang sangat meruncingkan.
Memetik laporan Kosmo Online, Norlaila memaklumkan, mereka terpaksa menjual kereta serta beberapa barangan peribadi bagi meneruskan kelansungan hidup.
“Bukan tidak berusaha, apabila pandemik menyerang, projek lagu Abang Man (Man Kidal) bersama Hillary Ang turut tergendala tetapi kami usaha pula berniaga, jual kuih serta buka perniagaan percetakan. Terpaksa juga ditutup sebab impak semasa.
“Kami hilang punca pendapatan sejak fasa pertama Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan Mac tahun lalu dan hanya menggunakan wang simpanan yang ada untuk melunaskan bil serta keperluan lain.
“Bayangkan dua tahun begitu biarpun macam-macam usaha sudah kami lakukan. Setakat makan, anak-anak dan keluarga terdekat memang membantu, takkan nak bebankan mereka untuk lunaskan bil dan duit rumah, mereka pun ada tanggungan.
“Bukit ditarah pun lama-lama rata. Jadi kami usaha cara lain. Jalannya adalah jual kereta kami. Saya tahu dia sedih dan hilang punca sebab walaupun anak-anak sudah besar, dia risaukan dua cucu yang kami jaga dari kecil selepas ibu bapa mereka berpisah” katanya seperti yang dipetik.
Dalam pada itu, ibu kepada empat orang cahaya mata serta 11 cucu ini menyifatkan dirinya tidak malu mendedahkan keadaan yang dilalui kini sehingga sudah sampai ke tahap terpaksa mengangkat bendera putih.
Bagaimanapun, Norlaila berharap agar masyarakat di luar sana tidak membuat sebarang andaian lebih-lebih lagi melontarkan tomahan kepada anak-anaknya.
“Saya tahu ada yang menghubungi tiga anak kami bertanyakan kenapa biarkan ibu bapa mereka susah. Tolonglah, jangan salah faham. Macam yang saya cakap, anak-anak juga sudah banyak berkorban untuk kami.
“Mereka juga berdepan masalah sama tetapi tidak pernah biarkan kami tiada makanan. Mereka pun ada mulut untuk disuap… minta sangat jangan cepat jatuh hukum.
“Abang Man bertambah sedih mendengar desa- desus seperti itu. Mungkin sebab inilah awal dulu seboleh-bolehnya dia berdiam dan cuba bertahan,” luahnya lagi.
Tambah mendukacitakan apabila Norlaila dan Man Kidal kini dilaporkan positif Covid-19 sejak tiga hari lalu bersama empat lagi ahli keluarga mereka yang tinggal sebumbung dan kini menjalani kuarantin di rumah.
Menerusi perkongsian di laman Instagram, penyanyi, Naim Daniel turut menyeru kepada semua pihak untuk sama-sama membantu Man Kidal agar beban yang digalasnya dapat dikurangkan.
“Sama-sama kita doakan kesejahteraan Uncle @man.keedal sekeluarga yang sedang bertarung menentang Covid-19,” kongsinya.
Dalam perkembangan lain, Media Hiburan kini sedang menganjurkan pertandingan menarik bersempena dengan MCO 3.0 ini, siapa tahu rezeki akan jadi milik anda.
Pertandingan nyanyian ‘Karok Lockdown’ khas buat anda yang mahu ketengahkan bakat menyanyi, kalau bertuah ganjaran wang tunai menanti!
Apa yang anda perlu buat? Klik saja link DI SINI untuk mendaftar sekarang. Mana tau korang pemenang yang kami cari, all the best!
Sumber: Kosmo Online & Instagram Naim Danial
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Saban tahun penyanyi remaja, Zaki Yamani akan meraikan kedatangan 1 Syawal di kediaman datuknya di Shah Alam, Selangor.
Bercerita lanjut mengenai momen raya, Zaki, 16, berkata setiap kali raya ada satu juadah yang paling ditunggu-tunggu olehnya iaitu masakan rendang yang dimasak oleh jiran datuknya sendiri.
“Saya memang hantu rendang yang dimasak jiran datuk saya… setiap tahun memang saya tertunggu rendang makcik sebelah rumah atuk.
“Kalau dapat makan, memang lengkaplah raya saya,” katanya kepada Media Hiburan.
Bakal menggayakan sembilan pasang baju Melayu sepanjang Syawal, anak kepada Raja Pop, Datuk Jamal Abdillah ini berkata dia hanya sempat membeli sepasang baju Melayu.
Selebihnya, dia bersyukur kerana ditaja rakan selebriti, Wak Doyok serta jenama Bulan Bintang.
“Tahun ini hari raya saya paling meriah, sebab saya ada sembilan pasang baju raya! Memandangkan tahun ini baru kita dapat beraya semula, jadi mestilah sambut secara all out.
“Saya akan pakai hari-hari baju Melayu. Keluarga pun mungkin pakai baju raya sampai Syawal kedua atau ketiga sahaja. Saya suka pakai sebab baju Melayu memang selesa dan praktikal,” katanya lagi.