Meski kini bergelar ibu tunggal, pelakon Bella Astillah tetap meneruskan kehidupan seperti biasa.
Bekas isteri kepada penyanyi Aliff Aziz iaitu Bella Astillah ada berkongsi momen di akaun Instagram miliknya ketika dia melakukan aktiviti berbasikal.
“Thank you @cikpetir Nanti cycling sama2 lagi, see you soon!
“P/s: kita kayuh 100km tau jangan main2,” tulisnya.
Dalam pada itu, peminat juga turut berasa kagum melihat kecekalan Bella melakukan aktiviti berbasikal.
Terdahulu, Bella mendirikan rumah tangga bersama penyanyi kelahiran Singapura, Aliff Aziz dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Mohamad Ayden Adrean, 2.
Bagaimanapun, mereka telah disahkan bercerai pada 16 Mei yang lalu di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur.
Foto: Instagram Bella Astillah