Memiliki penyakit autoimun yang dikenali sebagai Vitilogo tidak menjadi penghalang bagi Logina Salah untuk bersaing merebut gelaran wanita tercantik di Mesir.
Ibu tunggal kepada seorang cahaya mata itu berjaya mengalahkan 13 peserta lain untuk merebut peluang mewakili negaranya ke pentas Miss Universe yang bakal diadakan di Mexico City pada November akan datang.
Merupakan seorang model dan content creator
, Logina yang memiliki lebih 1.8 juta pegikut di Instagram memulakan kerjayanya sebagai seorang jurusolek.“Menjadi tokoh awam di media sosial bukan dalam rancangan saya, tetapi apabila saya seorang jurusolek dan saya memutuskan untuk berkongsi gambar saya tanpa solekan dan menunjukkan muka kosong saya di media sosial, inilah masanya saya mula mendapat lebih ramai pengikut.
“Ia bertukar menjadi platform yang berkuasa untuk memberi inspirasi kepada kanak-kanak perempuan dan wanita untuk memecahkan stereotaip.
Hari ini kami mencipta sejarah untuk menjadi wanita pertama dengan penyakit kulit yang memenangi pertandingan ratu cantik Universe an menjadi seorang ibu membuktikan bahawa tiada apa yang boleh menghalang anda daripada mencapai impian.
“Saya berjanji kepada anda bahawa saya akan terus memecahkan acuan standard kecantikan yang sempit, dan saya akan meneruskan mesej saya sebagai pemimpin transformasi yang memberi inspirasi dan bersama-sama kita akan terus mengukir sejarah & mengatasi kesukaran,” kongsinya dalam satu hantaran di Instagram.
Mesir mula menghantar wakil ke Miss Universe pada 1987 dan sehingga kini tiada seorang pun peserta dari negara ini berjaya mara ke pusingan separuh akhir. Walaupun begitu pada 2017, perwakilanya menerusi Farah Sedky berjaya menang gelaran sampingan Miss Congeniality.
Untuk pengetahuan pembaca, Vitiligo adalah salah satu penyakit autoimun yang menyebabkan penghidapnya kehilangan pigmen dalam kulit yang menjadikan ia kelihatan bertompok putih.
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan