
Seorang wanita bernama Sarah Yasmine tampil mendakwa dirinya ialah kekasih kepada pelakon dan penyanyi Aliff Aziz.
Mendedahkan hubungan mereka terjalin sejak Januari lalu, Sarah juga akui tidak berniat mahu mengeruhkan keadaan.
Mendedahkan perkara terbabit menerusi sebuah hantaran di Instagram, Sarah juga mendakwa Aliff dipergunakan oleh aktres Ruhainies.
Dakwanya, selepas Aliff ditangkap khalwat dengan Ruhainies, Sarah dan suami kepada Bella Astillah itu masih menjalin hubungan cinta.
Malah menerusi hantaran sama, Sarah ada berkongsi video mesra dengan Aliff dilihat telah mencium pipinya.
Dalam pada itu, Sarah juga mendedahkan perbualan WhatsApp antara Aliff dan Ruhainies.
Terdahulu, Ruhainies dan Aliff diserbu oleh pihak Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) dan Polis Diraja Malaysia di kediaman aktres itu di ibu negara pada 8 Mac lalu.
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Hubungan Kami Okey,” – Status IG Stories Tak Tuju Pada Intan Najuwa, Tunang Beri Penjelasan

Enggan disalah erti berkaitan muat naik luahan hati di Insta Story baru-baru ini, tunang kepada pelakon Intan Najuwa, Razrul Anwar Rusli menjelaskan status tersebut bukan ditujukan kepada aktres kecil molek itu.
Sebaliknya, ia hanya memberi motivasi dan sering berkongsi perkara positif di Instagram.
Memetik laporan Mstar, usahawan berusia 38 tahun itu turut mengulas dia jarang mengambil tahu perkembangan dunia hiburan kerana di luar bidang kemahirannya.
“Kenyataan itu dibuat secara general. Ia hanya peringatan untuk semua.
"Saya selalu sahaja update berkenaan motivasi dan berkongsi perkara-perkara positif di dalam Instagram. Tak pernah negatif.
“Lagi-lagi pula tengah isu mengenai gambar (dipegang Zul Ariffin) itu. Sejujurnya saya tak follow pun kerja-kerja artis sebab kami berlainan bidang,” ujarnya.
Dalam pada itu, usahawan ini turut mengakui sedang dalam proses membimbing bakal isteri demi masa depan selepas diijabkabul nanti.
“Saya selalu menasihati Intan untuk masa depan kami. Saya tidak suka memaksa, saya memahami dia sepenuhnya. Mak juga ada suruh memberi nasihat dan membimbing dia. Alhamdulillah mereka terima pilihan saya dengan baik sekali.
“Lagipun kerja itu bukan selamanya akan kena buat begitu. Watak pasti akan berbeza dan caranya juga akan berbeza. Saya tiada masalah, saya tahu Intan bagaimana.
“Hubungan kami okey sahaja, semalam kami dinner dan pagi tadi kami breakfast bersama.
“Kami juga berhubung dan berkomunikasi seperti biasa.
“Isu itu sengaja ditimbulkan media atau orang tertentu untuk kepentingan tertentu. Sama macam politik.
“Saya juga tidak menaruh perasaan marah kepada sesiapa. Ini adalah lumrah hidup untuk dikritik,” katanya seperti yang dipetik.
Tidak terus melatah, sebaliknya lelaki ini tetap memberi izin untuk tunang meneruskan kerjaya lakonan selepas bergelar isteri kelak.
“Ya, saya memberi keizinan kepada Intan untuk berlakon, malah saya turut berbangga jika Intan masih lagi menjadi heroin selepas kami berkahwin,” jelasnya lagi.
Terdahulu, pasangan ini bertunang pada 18 Ogos lalu di Thistle Hotel, Johor Bahru bersempena hari kelahiran Intan yang ke-22.
Foto : Mstar
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Majlis Serba Ringkas Tapi Bermakna,” -Anjur Majlis Aqiqah & Cukur Jambul, Tasha Manshahar Dedah Nama Anak

Selepas genap tujuh hari melahirkan cahaya mata kedua, penyanyi, Tasha Manshahar telah pun selamat mengadakan majlis aqiqah dan cukur jambul buat bayi lelakinya itu.
Menurut Tasha, meskipun majlis tersebut dibuat secara kecil-kecilan yang hanya dihadiri oleh keluarga terdekat, namun, dia tetap menganggapnya sebagai momen yang sangat bermakna.
“Alhamdulillah, di hari ke-7 kelahiran putera kedua kami, dapat kami adakan majlis aqiqah dan cukur jambul dihadiri hanya keluarga terdekat siang tadi.
“Majlis serba ringkas tapi sangat bermakna Alhamdulillah,” tulisnya.
Perkhabaran tersebut dikongsikan sendiri oleh isteri kepada penyanyi dan bekas penyampai radio, Raqib Majid itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman Instagram.
Menerusi entri yang sama, penyanyi lagu, Bukan Aku turut mengumumkan dia dan suami telah memutuskan untuk menamakan anaknya itu, Mateen Rizqi.
Bagaimanapun, Tasha difahamkan masih belum mahu mendedahkan wajah penuh anak keduanya itu.
“Introducing adik Muammar yang kami namakan Mateen Rizqi bin Fahrur Raqib.
“Semoga Muammar Rafiqi dan Mateen Rizqi membesar sihat, soleh, cintakan ilmu, baik budi pekerti, menjadi insan yang bermanfaat kepada ummah. Aamiin,” kongsinya lagi.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen turut tumpang gembira selain turut mendoakan semoga anak-anak Tasha membesar menjadi insan yang berguna buat masyarakat.
“Tengok mulut Mateen macam Muammar juga.
“MasyaAllah tahniah, berseri betul mommy tu.
“Welcome to the world Mateen Rizki dear, Semoga menjadi anak yang soleh kebanggaan keluarga.
“Alhamdulillah, tahniah. Semoga kedua-duanya diberi kesihatan yang baik, dipermudahkan segala urusan. Semoga menjadi anak yang soleh dan berjaya di dunia dan akhirat,” antara komen-komen netizen di laman Instagram.
Terdahulu, Tasha telah selamat melahirkan cahaya mata keduanya itu pada tanggal 15 November lalu di Andorra Women And Children Hospital, Seri Kembangan.
Raqib dan Tasha telah pun mendirikan rumah tangga mereka pada 8 September 2018.
Hasil perkongsian hidup tersebut, pasangan ini telah telah pun terlebih dahulu dikurniakan cahaya mata sulung, Muammar Rafiqi yang kini baru berusia tiga tahun.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber: Instagram Tasha Manshahar
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Bermula Dengan Exists, Berakhir Dengan Exists.” Ini 10 Trivia Terbaik Konsert Reunionnya Semalam!

Terpahat 1001 satu rasa yang menggamit memori menyaksikan Konsert Reunion Exists yang berlangsung di Stadium Malawati Shah Alam.
Buat pertama kalinya dalam sejarah, Konsert Exists Reunion anjuran Shiraz Projects ini menghimpunkan semua formasi asal Exists iaitu Musa (bass), Along (gitar), Ajai (keyboard), Shah (gitar), Ujang (dram) dan dua vokalis iaitu Mamat dan Ezad.
Ini 10 trivia menarik sepanjang konsert berlangsung.
1. Seawal jam 6.00 petang, peminat membanjiri perkarangan stadium, dan hujan lebat bukan alasan.
2. Persembahan dimulakan dengan lagu ikonik Oh Ibu dengan seorang kanak-kanak muncul menyanyikan secara miming di atas pentas.
3. Kehadiran Mamat mendapat tepukan gemuruh peminat yang rata-rata menyuarakan kesyukuran penyanyi kesayangan mereka dapat beraksi pada malam konsert.
4. Rangkaian 24 lagu popular sepanjang 28 tahun penglibatan Exists dalam industri muzik tanah air dan antaranya Langkah Seiringan, Mengintai Dari Tirai Kamar, Alasanmu dan Rahsia Pohon Cemara.
5. Cukup melucukan apabila ‘drama’ konsert tamat tidak menjadi walau dua kali dilakukan. Gurau Mamat, anggota Exists tidak pandai berdrama.
6. Lirik lagu juga dipaparkan di skrin pentas bagi memudahkan peminat untuk turut sama berkaraoke.
7. Kumpulan ini turut memperkenalkan single terbaru, Tak Berakhir dengan duet Mamat dan Ezad.
8. Alunan suara Ezad cukup hebat, bak kata peminat, ‘suara telan kaset’.
9. Ramai yang mengalirkan air mata tatkala Oh Ibu didendangkan kembali oleh Mamat.
10. Secara keseluruhannya, konsert ini cukup berjaya meninggalkan kesan yang mendalam buat peminat yang membesar dengan rangkaian lagu hits kumpulan lagenda ini.
Foto : Shiraz Project
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI