Seorang pengguna setia produk yang dihasilkan usahawan Rozita Ibrahim tidak dapat menahan sebak apabila ibu kepada pengasas kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri itu mempelawanya untuk sama-sama menunaikkan umrah.
Menitiskan air mata sejurus diberitahu Rozita mengenai perkara itu, mereka dilihat saling menghargai dan berpelukan bersama.
“Kebetulan dia beli produk di butik rumah hutan saya, saya tawarkan nak bawa dia umrah. Followers pertama saya offer umrah, ada lagi 13 orang.
“Orang sakit, orang baik selalu bersyukur pd Allah. Semua produk saya dia makan. Kemana event dia ada, ni lah yang saya namakan penguna tegar & followers yang ikhlas sayang saya. Bukan di kalangan orang kaya.
“Saya sedih kasih sayang mereka sangat mengunung pada saya. Beli produk saya. Saya pula rasa bersalah, kejam tak dapat tolong mereka.
“Saya harap bila selalu buat promotion, saya dapat bantu orang untuk beli dengan harga rendah,” tulis Rozita yang sinonim disapa sebagai Bonda Rozita menerusi ruangan kapsyen.
Menerusi posting sama, Rozita turut menyatakan keinginannya yang mahu khatam al-Quran.
“Keberkatan hidup dapat dirasakan bila cintakan quran, sejak muda saya nak sangat khatamkan, belajar quran, sampai saya mati.
“Dalam kesibukan saya macam mana pun, Allah bagi saya keberkatan masa, keberkatan usaha kerana AlQuran,” tulisnya lagi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI