Pelakon dan usahawan, Rozita Che Wan, 49, atau mesra disapa Che Ta berpendapat golongan wanita hari ini perlu tahu dan boleh menguruskan semua perkara demi meneruskan kelangsungan hidup.
Bersempena dengan sambutan Hari Wanita Sedunia 2022, ibu kepada tiga cahaya mata ini ditanya apa yang ingin diperkatakan mengenai golongan wanita hari ini dan Che Ta menyifatkan wanita tidak boleh lemah selain perlu kuat bekerja.
“Kalau dahulu ada yang mengatakan wanita atau isteri perlu berada di belakang suami, tetapi sekarangkita mahu tukar persepsi itu. Kalau boleh wanita ini biar berdiri sama tinggi dengan golongan lelaki.
“Saya rasa sekarang apa yang lelaki buat, wanita pun boleh buat. Tapi ada perkara yang wanita boleh buat, lelaki tidak boleh. Wanita ni saya kira ‘multitasking’ dan kita perlu menjadi begitu.
“Saya sendiri pun ada pengalaman. Dulu suami kerja dan kita tidak. Jadi bila kita sendiri pun sudah bekerja, saya kira suami ini akan lebih mendengar cakap isteri. Bila wanita atau isteri ada kerjaya, suami akan lebih hormat. Lebih ke arah bangga dengan diri kita sebenarnya.
Ads
“Saya mahu wanita di luar sana agar jangan terlalu mengharap pada suami. Kita kena ada jati diri, berdikari. Kita tak mahu kalau kehilangan suami, sedihnya lama dan tak tahu nak buat apa. Jangan terlalu sedih kalau suami diambil orang. Biarlah, cari lain.
“Bagi saya orang lelaki ni, sama ada perempuan lain ambil atau meninggal dunia. Betul tak? Jadi jangan sedih. Kena bangkit, perlu ada semangat. Wanita tak boleh lemah, perlu kuat dan rajin. Penat-penat macam mana pun, bila keluar rumah kena nampak ‘wow’. Itu pendapat sayalah,” katanya lagi.
Pelakon drama bersiri Kak Marr ditemui pada majlis Sambutan International Woman’s Day With Rozita Che Wan by Jols Luxe Fabrics, di DoubleThree by Hilton, Kuala Lumpur, pada Selasa.
Che Ta turut berkongsi pengalaman melihat usaha keras ibunya yang bekerja membesarkan mereka tujuh beradik selepas kematian bapa.
“Ayah saya meninggal dunia ketika ibu berusia 35 tahun. Dia tidak pernah kerja seumur hidup dan tidak pernah mengharap orang lain. Tapi dia bekerja sana-sini besarkan kami tujuh beradik. Adik bongsu saya kecil lagi waktu itu, ibu baru lepas pantang.
“Setakat kita, macam saya sendiri yang baru perpisah (sebelum ini) dan mempunyai anak dua orang, tak kan tak boleh untuk bangkit seterusnya bina hidup baru. Kena tepuk dada, tanya selera. Apa yang kita mahukan di dalam hidup,” katanya.
Ads
Pada majlis itu, Che Ta turut diumumkan sebagai sebagai duta sempena kempen Hari Wanita Sedunia Jols for Rozita Che Wan.
Menerusi kerjaya sama itu, Jols Luxe Fabrics mengakui sikap rajin dan semangat sebagai usahawanita yang dimiliki Che Ta menjadi ciri utama dia dipilih sebagai wajah wakilan untuk projek berkenaan.
Pelakon popular era 90-an, Azah Aziz awal hari ini ada memuat naik posting berkenaan dengan penyertaannya di dalam Pencarian Dewi Remaja edisi 87/88 lalu.
Meski sudah 30 tahun berlalu, namun pelakon yang kini menetap di Montreal, Kanada itu masih sempat merakam kembali memorinya saat menyertai pertandingan pencarian bakat baru di kalangan gadis itu.
“Sempena musim Dewi remaja now, akak nak ucapkan good luck to all new comers for Dewi Remaja 18/19 , akak dulu pun finalists gak, Yg menang time tu Aleeza Kasim @aleeza_kasim yg masih vass n aktif berlakon , yg fufuler batch ni , Mimi wahedah, @mimiwahedahn now her daughter masuk Dewi remaja gak , good luck to her.
“Sharifah Shawati, lily patra , dulu dia ada berlakon gak, now tak tahu , n me… Soo good luck to all Dewi Remaja 18/19 ?? supporting all the way from ?? @majalahremaja #dewi1819 #throwback#dewiremaja87/88,” tulisnya.
Bagi korang yang sentiasa mengikuti program ini, jangan lupa untuk menonton siti terkininya, Pertandingan Dewi Remaja 2018/19 yang bersiaran setiap Ahad, pukul 10.30 malam di saluran Astro Ria (104) & Ria HD (123).
Program berkenaan sudah pun ke udara sejak 25 November lalu.
Foto: Instagram Azah Aziz
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon Zahirah MacWilson terdahulu terkenal menerusi drama rantaian Jangan Benci Cintaku dan sekali gus memberi sinaran dalam kerjaya seni lakonannya sehingga kini.
Malah, namanya sekali lagi menjadi perhatian peminat apabila membintangi siri drama rantaian, Curi-Curi Cinta yang bersiaran di Astro RIA mendukung watak Intan Raihana yang sukses.
Turut sama terlibat di dalam drama berkenaan ialah kekasih hati yang juga bakal suaminya, Aiman Hakim Ridza.
Jadi, jom kita lihat lapan fakta menarik mengenai pelakon jelita ini.
1. Zahirah MacWilson atau nama sebenarnya Nur Zahirah MacWilson Zainol telah dilahirkan pada 1 Februari 1995 di Kuala Lumpur namun dibesarkan di Sheffield, London dan Perth, Australia.
2.Zahirah merupakan anak sulung daripada empat adik beradik. Bapa kepada Zahirah, iaitu Zainol Johari MacWilson merupakan bekas penyampai berita dan sehingga kini masih aktif dalam lakonan.
6.Sekitar 2015, nama Zahirah menjadi perbualan apabila menjalinkan hubungan percintaan dengan pelakon kacak Zul Ariffin namun mereka telah berpisah pada awal tahun 2018.
7.Semakin menjadi perhatian apabila lakonan Zahirah menerusi drama rantaian Jangan Benci Cintaku apabila telah meraih lebih 12 juta penonton untuk kesemua episod yang ditayangkan di TV3.
8.Kemudian, Zahirah menjalinkan hubungan percintaan dengan pelakon Aiman Hakim Ridza. Malah difahamkan, pasangan ini sudah pun menjalin hubungan cinta sebelum terlibat sama menerusi drama Curi-Curi Cinta.
9. Pasangan ini telah memaklumkan hubungan percintaan mereka sekitar hujung tahun lalu dan bertunang beberapa bulan lalu, keduanya turut berkongsi foto indah sekitar majlis menerusi media sosial masing-masing.
10. Minggu lalu pasangan sama cantik sama padan ini telah pun mengadakan sidang media khas bagi berkongsi berita gembira, merancang untuk disatukan sebagai suami isteri menjelang Ferbruari 2020. Bagaimanapun, tarikh penuhnya belum lagi dimuktamadkan.
Pelakon, Datin Niena Baharun mendedahkan perkembangan anak sulungnya, Adiel Mikael yang kini sudah mencecah usia 3 tahun.
Kongsinya menerusi satu hantaran di akaun Instagram, Niena memberitahu anak lelakinya itu sangat gemar membaca ayat suci Al-Quran setiap pagi.
“Bangun pagi mesti cari Al-Quran @ buku Yasin. Dah jadi macam fav mainan dia, kemana-mana mesti kena bawak,” tulisnya ringkas.
Dalam pada itu, pelakon drama bersiri Jangan Benci Cintaku ini meluahkan rasa syukur kerana Adiel kini juga dilihat kian lancar membaca surah meski masih belum fasih bertutur dengan baik.
“Walaupun Adiel baru masuk 3 tahun dan masih belum lancar untuk bercakap, tapi kami perasan bab mengaji laju je dia boleh pickup. Kadang setiap kekurangan, pasti ada kelebihan. Anugerah Allah,” kongsi Niena lagi.
Sekadar informasi, Niena atau nama sebenarnya Amaniena Kamarul Baharun telah pun mendirikan rumah tangga bersama Datuk Aliff Firdaus Abdul Hadim pada tanggal 1 Februari 2018.
Hasil perkongsian hidup tersebut, pasangan ini telah dikurniakan dua orang cahaya mata yang diberi nama Adiel Mikail,3 dan Alyssa Marissa, setahun.
Foto: Instagram Niena Baharun
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi Misha Omar, meluahkan rasa bangganya terhadap pencapaian rakan artis, Dayang Nurfaizah yang baru sahaja mengeluarkan single terbaru, Lemah.Karya hasil ciptaan Hael Husaini dan...