Pengacara dan doktor selebriti, Dr. Say Shazril akui terkejut selepas mendedahkan isterinya telah menarima satu bungkusan daripada individu tidak dikenali di atas namanya ketika di klinik.
Menurut Dr. Say, bungkus daripada seorang wanita bernama Ayu itu berisi barang-barang romantis seperti bunga ros, coklat dan kad ucapan.
“Kisahnya hari ini bini terima satu bungkusan dengan nama saya di klinik. Sebenarnya dah agak lama bungkusan tu sampai tapi hari ini baru tergerak hati bini nak buka bungkusan tu.
“Luaran bungkusan cukup special, ada belon ‘I Love You’. Bila bini buka bungkusan tu ada bunga ros yang separa layu, teddy bear dan coklat favourite saya Ferero Rocher,” tulisnya.
Kisah tersebut dikongsikan sendiri oleh bapa kepada dua orang cahaya mata itu menerusi sebuah hantaran di laman Instagram.
Tambah mengejutkan apabila wanita berkeaan turut mengakui dirinya sebagai isteri kepada Dr. Say.
“Di samping tu ada sekeping kad yang luarannya tulis February Bloom. Apabila kad February Bloom itu dibuka, saya kantoi teruk.
“Dalam kad tertulis ‘To Dr Say Shazril, love miss you hubby, selamat menyambut Rmadan Kareem, FROM YOUR WIFE AYU” disertakan sekali gambarnya di tepi. Cukup manis orangnya.
“Apa lagi, terus bini saya whatsapp bertanyakan ‘Siapa pulak ni?’. Terduduk saya dibuat belon, teddy bear, bunga, coklat, gambar Ayu beserta dengan ayat ‘From Your Wife Ayu’,” katanya lagi.
Sehingga kini, Dr. Say masih lagi tidak mengetahui motif sebenar bungkusan tersebut dihantar kepadanya.
Malah, dia juga merasakan ada individu yang menyamar sebagai dirinya lalu memainkan perasaan para wanita.
“Kesimpulan saya cuba sampaikan kepada Ayu kalau awak terbaca status ni, saya minta maaf tapi isteri sebenar saya Azu dah ambil kesemua empat slot poligami saya.
“Jadi, tiada ruang untuk saya izinkan Ayu ke dalam hidup saya. Kalau ada Dr Say Shazril yang memberi harapan dan janji-janji manis kepada Ayu di luar sana, kemungkinan besar itu Dr Say Shazril palsu.
“Semoga Ayu tak sayu dengan berita ini ye Ayu dan sorry bunga dah layu,” akhirinya.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen terhibur membaca perkongsikan tersebut malah ada juga yang menasihati Dr. Say lebih berhati-hati/
“Nasihat saya, janganlah makan coklat tu. Takut ada dibaca apa-apa. Bahaya kalau termakan makanan macam tu.
“Mungkin scammer yang gunakan nama Dr. Say. Cuba cari akaun media sosial yang menggunakan nama Dr. Say.
“Lebih baik hati-hati. Bahaya macam ni. Ada orang suka dalam diam. Macam-macam orang boleh buat. Lebih-lebih lagi bila ada gambar doktor dan keluarga.
“Ni mesti orang yang nak jatuhkan Dr. Say dan isteri. Tolong hati-hati. Tak payah layan.
“Kelakar tapi dalam masa yang sama seram,” antara komen-komen netizen.
Sekadar informasi, selepas hampir lapan tahun mendirikan rumah tangga, Dr. Say dan Dr. Azura Abas telah pun dikurnia dua orang cahaya mata lelaki yang diberi nama Aezril dan Sefreil.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Dr. Say Shazril