Meski nampak ayu dan pemalu, namun siapa sangka rupanya penyanyi, Wany Hasrita juga gemar sakat rakan selebriti lainnya.
Malah, sebelum ini ada rakan artis yang turut sama berkongsi sikap penyanyi Terlalu Memuja ini yang suka mengusik dengan riak wajah selambanya.
Terkini, bintang media sosial, Norreen ada berkongsi video pendek bersama penyanyi berkenaan menerusi Twitter miliknya.
“Wany Hasrita boleh tahan jugak ek dia kenakan aku,” tulis Norreen.
Wany Hasrita boleh tahan jugak eh dia kenakan aku 😭😭😂😂 pic.twitter.com/Jc2yGhUnpn
— NORREEN (@norreen143) August 4, 2019
Menerusi video yang dikongsikan beberapa hari lalu itu, Norren ada meminta Wany untuk menghadiahkannya dengan sebuah lagu.
Lalu apabila ditanya lagu apa, Wany dengan spontan menyanyikan bahagian chorus lagu berjudul Bila Izrail Datang Memanggil – Selimut Putih.
“Norreen rasa terus nak pakai tudunglah. Wany carut Norreen eh,” tanya Norreen sambil dinafikan Wany.
Rata-ratanya terhibur dengan gelagat spontan dua bintang berkenaan. Malah, lebih lucu apabila lampu dipadamkan apabila Norreen bertanya sama ada dia cantik atau sebaliknya.
Sehingga kini, video tersebut sudah pun ditonton lebih 200,000 kali bersama hampir 20,000 ulang kicau.
Foto: Twitter Norreen
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Orang Tua Tu Lah Yang Mainkan Drum Untuk Lagu Isbella Dan…,” – Mamat Luah Rasa Buat Yazit, Mohon Peminat Ringankan Beban
Pelawak Mamat Sepah awal semalam ada menitipkan dedikasi penghargaan dan rasa simpati buat pemain drum kumpulan rock legenda, Search iaitu Yazit yang kini sedang menderita dengan masalah kesihatan.
Malah, anaknya juga turut mempunyai masalah jantung sekali gus memerlukan kos rawatan yang tinggi.
Lalu kongsi Mamat, pertemuannya bersama bintang senior itu cukup menjentik emosi.
“Dlm keadaan hati yg sedih, tetiba terlihat gambar seseorg yg mcm pnah di kenali,mngkin pd zaman ini ramai yg xbrapa nk knal,tp pd aku dia tetap diknali sepanjang zaman..rsa nya rata2 tau melodi lagu isabella dri kumpulan search,tp kite akn lebih cenderung pd vokalisnya,x di nafikan mmg vokalisnya hebat.
“Tapi cuba kita dgr kan pula ketukan drum dri lagu isabella tu pulak?? Sape yg pukul drum tu??? Yeee org tua dlm gambar tu la yg memainkan drum utk lagu isabella dan lagu2 search di dlm album2 search..tatkala dimamah usia ni pelbagai dugaan melanda abg yazit ahmad,mnggu lpas sya jmpe beliau,beliau msih mampu tersenyum walaupun aku nmpak seribu satu cerita di sebalik senyuman itu,tp siapalah aku utk menyelongkar cerita beliau???,” tulisnya.
Bahkan, Mamat turut mendedahkan dia ada menerima kiriman WhatsApp daripada pemuzik berkenaan.
“Aku salam beliau dan trus berlalu pergi..esok pagi juga dia wasap aku dgn kata “Salam mamat? Terima kasih daun keladi ????”…aku x jwb ape2 pn sbb aku rsa dia lg byk berbudi pd aku,dri kecil smpi ke besar kamu telah hiburkan aku dgn lagu2 dri kumpulan kamu.
“Sepatutnya aku yg kna ucapkan trima ksih pd kamu..tapi aku rsa msih blm ckup utk ucapan tu jika aku tidak mngajak teman2 aku utk mmbantu beliau yg sedang dilanda seribu satu natijah di dlm hidup beliau.
“Beliau mnghidap pnyakit buah pinggang,manakala anak lelaki beliau mnghidap pnyakit jantung dan memerlukan kos sehingga rm40k..apakata kite hulurkan bantuan sorg rm10 kpd beliau utk meringankan beban abg yazit sekeluarga..smoga allah permudahkan urusan beliau dan kita sekeluarga…ameen..
YAZIT AHMAD. acc no mybank 014271219687,” tulis Mamat panjang lebar.
View this post on InstagramA post shared by Mamat sepah (@mamatsepah) on
Posting berkenaan turut direpost kembali pelakon dan penyampai radio, Sharifah Shahirah.
Foto: Instagram Mamat Sepah
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Tak Pernah Main Tinder, Hanya…,”- Kucaimars Nafi Pernah Gunakan Aplikasi Tinder
Penyanyi ramaja, Kucaimars menafikan dirinya pernah menggunakan aplikasi mencari teman, Tinder seperti yang digembar-gemburkan sesetengah pihak.
Katanya, dia sendiri tidak tahu tentang aplikasi tersebut dan hanya pernah mendengarnya daripada orang sekeliling.
“Saya tak pernah main Tinder dan saya tidak tahu pun apa benda semua tu.
“Saya hanya dengar-dengar sahaja sebelum ini,” katanya kepada MH.
Kucaimars berkata demikian ketika ditemui di majlis pelancaran single dan muzik video terbarunya bertajuk ‘Jawab’ di Dewan Platinum Kolej Melati, Universiti Teknologi Mara, Kampus Shah Alam pada Isnin.
Menurut bintang berkenaan, lagu tersebut adalah mengenai kisah lampaunya yang pernah ditinggalkan kekasih sebelum ini.
“Saya tidak megambil masa yang lama untuk memikirkan tentang idea lagu ini kerana ianya kisah saya sendiri.
“Ia mengisahkan tentang seorang wanita yang kantoi selingkuh dengan lelaki lain.
“Perkara tersebut menyebabkan saya belum bersedia untuk bercinta semula,” ujarnya.
Terdahulu, lagu Jawab ciptaan sepenuhnya Hang Nadim dan Loq telah meraih hampir 200,000 jumlah tontonan tidak sampai dua minggu ia ditayangkan di laman Youtube.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Jangan Lupa Asal Usul & Anggap Diri Kita Terbaik,” – Tak Bikin Filem Bersama Lagi, Ini Nasihat Yusof Haslam Buat Syamsul
Pengarah dan penerbit terkenal, Datuk Yusof Haslam sentiasa mendoakan yang terbaik buat anaknya yang juga merupakan pengarah sensasi, Syamsul Yusof meskipun mereka sudah tidak lagi berkerjasama di bawah satu bumbung.
Menurut Yusof, sebagai seorang bapa, dia akan sentiasa tumpang gembira dengan kejayaan anak-anaknya.
“Walaupun Syamsul kini tidak lagi mengarah filem untuk syarikat saya lagi dan sudah pergi ke arah yang lain, bagi saya tak mengapa. Sebagai seorang ayah, tiada siapa yang mahu melihat kejatuhan anak mereka sendiri.
“Saya sentiasa doakan filem-filemnya akan terus sukses. Dia akan senstiasa membawa nama saya dan keluarga dia sendiri,” katanya kepada MH.
Dalam pada itu, pemilik syarikat produksi Skop Production ini turut menitipkan kata-kata semangat buat Syamsul agar dia terus cekal untuk berhadapan dengan segala ujian didalam kerjaya dan kehidupan.
“Saya berharap agar dia terus kuatkan semangat dan jangan lupa asal usul. Malah, jangan juga menganggap diri kita yang terbaik. Kejatuhan hari ini tak menjanjikan kita akan selamanya jatuh.
“Ada orang yang hari ini gagal, esok dia boleh berjaya. Kejayaan hari ini pula tak menjanjikan kejayaan hari esok. Maksud saya di sini, saya mahu dia sedar.
“Ada orang yang terlalu yakin yang esok dia masih boleh buat duit dan kaya lagi. Jadi, dia hidup mewah dan berbelanja tidak tentu hala. Itu namanya kita tak mensyukuri nikmat.
“Jadi, berhati-hatilah dalam berbelanja agar kita ingat hari esok. Rezeki itu Allah yang tentukan,” ujarnya lagi.
Yusof berkata sedemikian ketika ditemui media di majlis pelancaran mural Polis Evo 3 yang berlangsung di Jalan Kamunting, Kuala Lumpur baru-baru ini.
Pada masa sama, Yusof turut berharap agar anak-anaknya itu tidak tenggelam dengan populariti selepas mereka berjaya menghasilkan filem-filem yang meraih jumlah kutipan puluhan jutaan ringgit
“Walaupun Syamsul punyai rekod filem yang sukses yang sama seperti saya dahulu di mana saya menguasai industri filem selama 10 tahun, tapi saya sentiasa berhati-hati.
“Jadi, kepada anak-anak saya baik Syamsul atau Syafiq, berhati-hatilah dalam kehidupan terutama bab berbelanja. Ada orang ingat saya ini mendoa kejatuhan Syamsul.
“Itu tidak benar. Mereka kena lihat maksud disebalik nasihat saya itu. Saya tak nak jadi riak, segala yang berlaku ini adalah dengan izin Allah. Saya pun tak pernah terfikir satu ketika dahulu saya buat 10 filem, semuanya sukses. Saya tak pernah anggap diri ini hebat,” kongsinya lagi.
Sementara itu, Yusof turut memaklumkan dirinya tidak pernah terfikir yang anak-anaknya itu akan mengikut jejak langkahnya untuk menjadi pengarah yang berjaya.
“Kejayaan saya ini disambung oleh anak-anak saya dan saya tak pernah bermimpi mengenai perkara itu. Tak sementinya saya pengarah, anak-anak kena ikut.
“Namun, ini semua izin Allah. Mereka dikurniakan bakat dan punyai ilmu di sekolah filem. Saya pula hanya belajar di jalanan.
“Ilmu ini juga mematangkan mereka untuk menjadi pengarah yang baik walaupun belum sempurna. Saya tak anggap mereka sempurna, ada yang lagi hebat dari anak-anak saya,” akhirinya.
Terdahulu, Yusof akui teruja apabila filem Polis Evo 3 berjaya mencapai jumlah kutipan lebih RM50 juta seterusnya mengalahkan filem-filem Hollywood yang lain.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Kredit Foto: Instagram Syamsul Yusof
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI