Sejak merangkul kemenangan sebagai Bintang Paling Popular, nama penyanyi berwajah lembut bersuara gemersik Wany Hasrita tidak perlu diperkenalakn lagi. Malah, diari kehidupan ibu kepada seorang cahaya mata ini semakin sibuk.
Terdahulu, Wany berkesempatan bertemu dengan pakar motivasi, Prof Dr. Muhaya untuk menjalankan konsultasi mata dan membuat pembedahan lasik. Pertemuan itu juga sebenarnya lebih kepada perkongsian ilmu ibarat dari seorang guru kepada anak muridnya.
Meski apa sahaja aktiviti yang dilakukannya, menjadi sorotan follower dan juga warganet, Wany tetap menjadi dirinya sendiri. Wany yang dianggap sebagai ikon kepada para remaja telah mengambil kesempatan bertanya beberapa soalan kepada Prof Dr. Muhaya dan salah satunya adalah bagaimana untuk kekal istiqamah.
Menurut Wany sebagai public figure, memang dia sering sibuk dengan pelbagai urusan dari pagi hingga ke petang. Dan pada masa perlu bersolek dan juga menjaga solat.
Dalam bab ini, Prof Dr. Muhaya memberitahu Wany caranya dalam formula kehidupan adalah dengan berpandukan kepada Rukun Islam. Iaitu yang pertama syahadah, solat, berpuasa, zakat dan terakhir sekali menunaikan haji untuk melengkapi Rukun Islam berkenaan.
Jadi dalam hal ini bab solat jangan sesesekali ditinggalkan dan mesti diberi keutamaan. Dan menurut Prof Dr. Muhaya lagi jika seseorang itu niat menjaga solatnya, insya-Allah Allah akan pegang dan sentiasa menolong diri hamba-Nya.
“Jangan kita bergantung pada masa seseorang. Kalau sudah cantik, tambah solekan sedikit pun sudah terserlah kejelitaannya. Lagi satu kita perlu plan (jika ada apa-apa urusan) untuk solat di mana. Jadi tiada alasan untuk tidak kerjakan solat yang telah diwajibkan ini.”
Tambah Prof Dr. Muhaya lagi untuk menjaga solat walaupun ketika itu ada show, perlu mengambil wuduk siap-siap sebelum kita bersolek. Dan jika jurusolek tidak berkesempatan untuk menyolekan diri kita, cuba untuk melakukannya sendiri.
Beliau juga turut mengingatkan Wany agar sentiasa menjaga pergaulan. Menurut Prof Dr. Muhaya wanita ini adalah sesuatu yang sangat berharga dan jangan bagi orang lain tidak dikenali menyentuh kita sesuka hati. Kalau boleh sentiasa dekat dengan Allah dan Allah akan sentiasa berada dekat dengan kita.
Prof Dr. Muhaya juga turut memuji Wany yang menjaga auratnya dan itu adalah satu satu dari formula kejayaan. Selain itu, Prof Dr. Muhaya turut memberi tip dan nasihat kepada Wany untuk sentiasa menjadi insan yang sentiasa istiqomah kepada Allah.
Pertama cari ilmu dalam apa jua platform terkini, cari kawan dan guru yang bagus dan akhir sekali cari suasana tenang di persekitaran kita. Turut diselitkan agar sentiasa berbuat baik kepada ibu bapa terutamanya ibu.
Tidak lupa juga diakhir pertemuan itu Prof Dr. Muhaya mendoakan agar Wany menjadi anak yang baik kerana aura yang terdapat dalam diri penyanyi jelita ini sangat kuat.
Sekadar info, artikel ini merupakan artikel olahan semula dari HIJABISTA
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.