Tahniah diucapkan kepada penyanyi Wany Hasrita, 30, selamat bernikah dengan lelaki pilihannya Mohd Al-Adib Fahmi Harun, 30, dengan dua kali lafaz, di Glam Hall, Damansara Perdana, kira-kira jam 9.11 malam, hari ini.
Pasangan dinikahkan bapa pengantin perempuan Hasbullah Hassan, 56, dengan disaksikan Penolong Pendaftar Perkahwinan Qariah Masjid Al Mukarramah, Daerah Petaling, Mat Syaharuddin Al Rasyid Mat Isa.
Pada majlis itu, Wany atau nama sebenarnya Nurshazwany Hasrita Hasbullah menerima mas kahwin sebentuk cincin berlian.
Manakala wang hantaran dirahsiakan serta tidak ada dulang hantaran daripada kedua-dua pihak.
Wany yang popular menerusi lagu Menahan Rindu itu bersyukur majlis yang dirancang berjalan lancar dan berterima kasih kepada keluarga, rakan dan peminat yang sentiasa mendoakan yang baik-baik buat dirinya.
“Alhamdulillah, saya bersyukur majlis pernikahan ini berjalan lancar dan dipermudahkan Allah SWT. Terima kasih kepada mak, ayah, keluarga, rakan-rakan, pihak media dan peminat yang tanpa jemu menitipkan doa yang baik-baik buat saya tidak kira untuk kerjaya mahu pun peribadi.
Ads
“Insya-Allah, ini adalah fasa baharu buat saya dan suami. Perjalanan kami masih panjang. Tanggungjawab menjadi isteri dan dalam masa sama bergelar anak seni akan saya cuba berikan yang terbaik. Cuma, selepas ini tentu saja keluarga menjadi keutamaan saya.
“Saya berdoa agar semoga segalanya dipermudahkan. Paling penting juga, saya mohon untuk semua mendoakan yang terbaik buat saya dan suami dalam melayari bahtera perkahwinan ini,” katanya.
Berkongsi mengenai lelaki yang berjaya menambat hatinya yang juga bekerja dalam bidang penerbangan di Kuching, Sarawak itu, Wany berkata hubungan mereka mula rapat sejak 2019.
“Kalau diikutkan saya sudah kenal Adib sejak 2010 lagi. Ketika itu saya mengenalinya melalui rakan baik saya yang juga sepupunya. Kenal macam tu saja.
“Waktu itu pun saya belum menjadi penyanyi lagi. Cuma, pada 2019 barulah kami mulai menjadi rapat. Jadi, kami mengikuti antara satu sama lain di Instagram (IG) dan banyak berhubung di situ.
Ads
“Tidak ada istilah ‘declare’ menjadi kekasih dalam perhubungan kami. Masing-masing saling memahami perasaan dan hati dan akhirnya memutuskan untuk membawa perhubungan ini ke fasa yang lebih serius,” katanya lagi.
Pasangan sama cantik sama padan itu turut memilih untuk bertunang pada 26 Februari lalu sebelum mengakhiri perhubungan mereka di jenjang pelamin pada hari ini.
“Kalau diikutkan perancangan nak berkahwin dibuat lebih awal, tapi disebabkan jarak kami yang mana dia bekerja di Kuching, Sarawak, masa dan komitmen kerjaya, kami ambil keputusan untuk cari waktu paling sesuai untuk kedua-dua pihak.
Ads
“Ditambah pula kita sudah masuk fasa endemik, jadi kami fikir ini waktu yang tepat,” katanya.
Terdahulu pada majlis pernikahan itu, kira-kira 300 tetamu terdiri daripada keluarga kedua belah pihak, rakan terdekat dan media telah diundang.
Busana kedua mempelai pula mendapat sentuhan pereka Altelia Amani.
Majlis kesyukuran bagi meraikan pasangan pengantin baharu ini akan diadakan pada 24 Julai depan bertempat di Cheras, Kuala Lumpur.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rsmi Media Hiburan, klik di sini.
Foto: WSVS.co
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Meski menerima kritikan selepas ‘terkucil’ waktu membuat persembahan secara ‘live’ di sebuah program hiburan baru-baru ini, Nabila Razali tetap positif dan terbuka.
Malah, dia turut dilihat kekal menitipkan kata-kata semangat di laman Instagramnya.
Jelas penyanyi Peluang Kedua itu, selalunya individu yang lantang mengkritik sebenarnya tidak menyokong naskhah seseorang selebriti.
Atas sebab itu, terus berjuang dan tetapkan matlamat untuk berjaya tanpa mempedulikan mereka yang mengutuk.
“Yang kutuk-kutuk orang ni, they don’t buy your music, they don’t buy ticket to watch your film, they don’t support your drama, they don’t buy ticket to watch your theatre.
“Why should you bother about them. Keep doing what you do best. Set your goals straight. Achieve your dreams,” katanya.
Pelakon Hafidz Roshdi selamat menamatkan zaman duda dengan wanita pilihan hatinya, Athira Yuhada dalam satu majlis pernikahan yang berlangsung di Shah Alam, malam tadi.
Menurut Hafidz, dia sah begelar suami kepada Athira kira-kira jam 8.15 malam dengan sekali lafaz dan dinikahkan oleh jurunikah yang berwakil walikan bapa Yuhada.
Pada majlis itu, Hafidz menyerahkan lima dulang hantaran berbalas tiga daripada pihak pengantin perempuan.
“Dia ‘first love’ saya. Kami berkawan sejak usia 15 tahun dan pernah bercinta sebelum ini.
“Alhamdulillah saya bersyukur apabila Allah beri peluang untuk saya menjadi suami sekali lagi. Insya-Allah saya akan jalankan tanggungjawab ini dengan baik.
“Moga pernikahan ini kekal hingga akhir hayat. Doakan yang terbaik untuk perkahwinan ini,”katanya.
Pada majlis pernikahan itu, pelakon drama Melastik Ke Hatimu 2 itu menyerahkan mas kahwin sebanyak RM300.
Ditanya mengenai keistimewaan yang dimiliki Athira, Hafidz berkata, isterinya itu menerima segala kekurangan yang ada pada dirinya.
“Dia terima segala kekurangan dan terima saya seadanya,” katanya.
Dalam pada itu, Hafidz tidak mahu mengambil pusing mengenai segala komen negatif mengenai pernikahannya dengan wanita yang wanita yang dilaporkan menjadi punca pergolakan rumah tangga bersama bekas isterinya, Nurul Shuhada.
“Saya tak nak ambil kisah. Biarlah apa mereka nak cakap,” katany lagi.
Terdahulu teka-teki mengenai majlis pernikahan pelakon, Hafidz dengan Athira khirnya terjawab apabila dia mengumumkan berita gembira itu di Instagram sebentar tadi.
Untuk rekod, Hafidz, 29, pernah mendirikan rumah tangga dengan Nurul Shuhada pada 30 April 2016, dan pasangan ini bercerai pada 27 Julai lalu.
Hasil perkongsian hidup, Hafidz dan Nurul Shuhada dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Humairah, 6, dan Umar, 3.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi dan pensyarah, Dr. Diddy Hirdi kurang bersetuju bila ada pihak yang melabelkan program pertandingan nyanyian yang diadakan khusus untuk artis-artis berpengalaman sebagai sesuatu yang memalukan.