Susulan berita mengejutkan mengenai keputusan pengarah filem sensasi, Syamsul Yusof, 40, yang memfaikan perceraian terhadap isterinya, Ira Kazar pada Isnin, terdapat segelintir netizen ‘hadir’ ke akaun Instagram Ira.

Ramai yang menitip kata atas apa yang berlaku dan tak kurang yang terkejut kerana ada yang menyifatkan ia berlaku secara tiba-tiba.

Malah ada juga yang ambil pendekatan untuk ‘stalk’ Instagram Ira selepas membaca berita berkenaan di media sosial. Antaranya;

Warganet ‘Singgah’ Ke Instagram Ira Kazar, Ramai Titip Kata Positif – “Jangan Kecam Dia, Doa Yang Baik-Baik.”Warganet ‘Singgah’ Ke Instagram Ira Kazar, Ramai Titip Kata Positif – “Jangan Kecam Dia, Doa Yang Baik-Baik.”

 

View this post on Instagram

 

A post shared by IK (@irakaza)

“Keep strong Ira. Take care of yourself properly…”

“Baru perasan, tak ada dah cincin di jari. Semoga tabah ye.”

Ads

“Big hug sayang.”

“Jangan kecam dia, doakan yang baik-baik.”

Kesian Ira. Sabar ya awak.”

“Keep strong dear. Ignore the haters and do spread positive vibes. Remember you are not alone.”

Ads

Sementara itu, peguam Syarie yang mewakili Syamsul iaitu Azmi Rais mengesahkan anak guamnya itu memang benar sudah memfailkan cerai terhadap Ira di mahkamah syariah pada jam 2 petang Isnin.

Menurutnya, perceraian itu difailkan Syamsul atas alasan sudah tiada persefaham untuk terus hidup bersama dengan isterinya itu.

Sebelum ini, Syamsul dan Ira atau nama sebenarnya, Faghirah Fatini Kazaruddin yang juga anak kepada pelakon veteran, Kazar Saisi bernikah di Selatan Thailand pada 6 Januari tahun lalu.

Ads

Berita pernikahan mereka di negara jiran berkenaan disahkan Syamsul sendiri menerusi sebuah hantaran video yang dimuatnaik di akaun IG miliknya pada Januari tahun lalu.

Rentetan itu, pelakon Puteri Sarah, 39, yang juga isteri pertama Syamsul ketika itu nekad memfailkan perceraian dan mereka akhirnya sah berpisah talak satu pada 14 Jun tahun lalu. 

Hasil perkongsian hidup selama sembilan tahun Syamsul dan Puteri Sarah yang bernikah pada Mac ,2014, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 7, dan Sumayyah, 5.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

@mediahiburanofficial #MHnews Selepas lebih setahun tidak kemas kini hantaran terbaharu di paparan IG, isteri kepada pengarah & pelakon, Syamsul Yusof iaitu Ira Kazar ‘is back’. Ira berkongsi foto dan video pendek beriadah, isi masa dengan dua ekor kuda [IG: irakaza] #MHnews #MediaHiburan #FYP ♬ Semakin Rindu Semakin Asyik – Amelina

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI