Warisi Bakat Mengacara, Rakan Artis Puji Anak Sulung Sharifah Shahirah – “Cantik Dan Berbakat.”

Share

Ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi? Itu perumpamaan yang tepat bagi menggambarkan bakat pengacaraan yang dimiliki anak sulung Sharifah Shahirah, 48, iaitu Allisya Tahir.

Berkebolehan mengacara, video yang dimuat naik Sharifah Shahirah atau lebih mesra dipanggil Shira itu menunjukkan kebolehan Allisya, 24, mengendalikan sebuah program baru-baru ini.

Menariknya, Allisya turut menggayakan baju lama milik ibunya menerusi rancangan tersebut.

“Suka ek mengacara… Pakai baju mak dia je.

“Mak dia dah tak muat baju-baju ni.

“Dulu selalu jual… nasib kamu dah turun berat badan, kalau tak mak dia jual baju,” tulis Shira di ruangan kapsyen.

Posting yang dikongsikan Shira itu menerima pujian daripada netizen dan rakan artis yang menyifatkan Allisya mempunyai bakat bergelar seorang hos.

“Yeay go Allisya, “ tulis Sherry Alhadad.

“Cantik Shira Junior, pandai mengacara,” tulis pelakon Emylia Rosnaida.

“Cantik dan berbakat,” puji penerbit dan pelakon Sheila Rusly.

Allisya merupakan anak hasil perkongsian hidup Shira bersama bekas suami, vokalis kumpulan Black Dog Bone, Jatt Tahir.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Foro: Instagram Sharifah Shahirah, Allisya

Published by
Juliana Johar