Pelakon, Izara Aishah meluahkan rasa kecewa dengan sikap ‘asal boleh’ seorang pengarah tempatan yang tidak tahu bagaimana untuk menjelaskan peranan setiap pelakon di dalam drama arahannya itu.
Katanya, watak yang diberikan oleh pengarah sangat merepek sehingga dia sendiri tidak mengetahui watak apa yang sedang dia mainkan ketika ini.
Rasa kecewa itu diluahkan oleh Izara menerusi laman Twitter miliknya.
“Merepek repek style character saya dalam cerita ni. Baju tak kena tempat. Dah tak kuasa nak layan. Bila tegur kata diva. I don’t know what character I’m carrying now . Dah lost,” tulisnya.
Tambah Izara, jika dia bertindak menegur pengarah tersebut, dirinya akan dianggap sebagai ‘diva’ dan cerewet.
Dalam pada itu, Izara turut menjelaskan isu ini bukanlah sebuah gimik dan ianya benar-benar terjadi kepada dirinya ketika ini.
“This is not a marketing strategy. I’m not cheap like that. This is real. Ada lagi orang buat kerja Macam ni. Asal boleh. Bila marah kata kita artis yang cerewet Dan susah nak bekerjasama. God help me,” katanya lagi.
Di ruangan komen, rata-rata netizen tetap memuji kecantikan pelakon tersebut walaupun diberikan pakaian yang pelik oleh pengarah.
Alahai, kenapa boleh jadi sampai macam tu sekali! Apa-apa pun, MH harap isu ini dapat diselesaikan dengan cara yang baik oleh kedua-dua belah pihak.
Foto: Twitter Izara Aishah