Tidak dinafikan, nama bintang kacak, Lawrence Wong, kian menyinar di Asia Tenggara selepas drama terbitan asal iQIYI yang bertajuk Story of Yanxi Palace mulai di tayangkan, termasuk di negara ini.

Malah, drama berkenaan turut mencipta sukses yang tersendiri apabila menjadi antara drama paling popular di Asia dan ditonton lebih dari 15 juta kali di platform tontonan digital iQIYI.

Kemudian pelakon berusia 32 tahun ini meneruskan kerjayanya dengan menjalani penggambaran filem berjudul The Ferryman: Legends of Nanyang, terbitan asal iQIYI pertama yang difilemkan untuk pasaran Asia Tenggara.

Watak Pengawal Bawa Tuah Pada Lawrence Wong, Ini Dia Fakta Menarik Yang Boleh Buat Anda Jatuh Cinta Padanya!Serentak dengan populariti yang diterimanya juga, jumlah pengikut akaun media sosial Weibo Lawrence turut melonjak dari 600,000 kepada 3 juta.

Difahamkan, dia juga menerima lebih 5000 mesej daripada peminat setiap hari di akaun media sosial.

Tampan dan popular, jadi tidak hairanlah mengapa pelakon tinggi lampai ini kian disukai ramai.

Jom! MH senaraikan beberapa fakta yang mungkin ramai belum tahu mengenainya!

Bijak dan tampan!

Lawrence merupakan graduan dari Royal Melbourne Institute of Technology (RMIT), Australia dan berjaya menerima ijazah dalam Komunikasi Massa.

Sewaktu belajar juga, Lawrence membuat keputusan untuk menjadi model dan terlibat dalam beberapa projek komersial.

IKLAN

Seorang yang kelakar

Kalau nak tahu lebih mengenai personalitinya yang lucu, kalian boleh ‘stalk’ bintang ini di laman sosial Instagramnya, @ohohlawrence yang kini sudah mempunyai lebih memiliki lebih 350,000 pengikut.

Bahkan, aksi humor Lawrence juga boleh disaksikan menerusi watak Hai Lancha yang dibawanya melalui siri Story of Yanxi Palace.

Hasil tinjauan, rata-rata peminat drama tersebut memuji karakter santai serta lucu yang dibawakannya.

Peranan sebagai pengawal istana itu dianggap sebagai ‘pemberi nafas lega’ dalam drama yang banyak memaparkan konflik dalam kehidupan era Dinasti Qing tersebut.

Watak Pengawal Bawa Tuah Pada Lawrence Wong, Ini Dia Fakta Menarik Yang Boleh Buat Anda Jatuh Cinta Padanya!

IKLAN

Berbakat dalam nyanyian

Selain berlakon dan pernah bergelar model, Lawrence juga pernah merakam sebuah single. Dia sebelum ini ada menjelaskan, keutamaannya dalam terhadap lakonan.

Bagaimanapun nyayian pula memberi ruang untuknya berekspresi tentang apa sahaja perkara.

Cintakan haiwan

Artis yang dilahirkan pada 5 Ogos ini juga sedia dikenali sebagai seorang pencinta kucing dan kerap mempamerkan kemesraannya bersama kucing peliharaan yang diberi bama Coconut.

Lebih menarik, ketika ke Beijing demi komitmen lakonan, Lawrence dikatakan turut menerbangkan Coconut untuk menemani dirinya di sana.

IKLAN

Watak Pengawal Bawa Tuah Pada Lawrence Wong, Ini Dia Fakta Menarik Yang Boleh Buat Anda Jatuh Cinta Padanya!

Yakin diri!

Pada tahun 2016, Lawrence nekad untuk meneruskan kerjayanya di China. Dia pernah mendedahkan tentang persediaan untuk dirinya berlapar, menggunakan semua wang simpanannya dan sanggup bersusah-payah demi mendapat tempat dan watak di negara berkenaan.

Lalu, tuah menyebelahi Lawrence apabila dia dilamar untuk menjayakan watak pengawal bernama Hai Lancha dalam drama Story of Yanxi Palace yang menjadi pencetus kepada popularitinya kini.

Lawrence juga kini diangkat sebagai duta antarabangsa VIP pertama platform iQIYI, Ogos tahun lalu.

Watak Pengawal Bawa Tuah Pada Lawrence Wong, Ini Dia Fakta Menarik Yang Boleh Buat Anda Jatuh Cinta Padanya!

Jadi, para penonton juga sudah boleh mulai menonton siri Story of Yanxi Palace di samping menikmati senarai tontonan iQIYI lainnya.

Antara drama tempatan serta Asia yang dapat ditonton terus di platform ini ialah Kampung People 2, 7 Hari Mencintaiku 2, Tale of the Nine Tailed, 18 Again, Love Is Sweet, Flower of Evil, Pengantin Satu Malam dan banyak lagi lengkap dengan sari kata!

Anda kini boleh strim sahaja di iQIYI sama ada melalui gajet mudah alih atau di komputer selain boleh ke pautan iQ.com atau muat-turun aplikasi iQIYI di PlayStore atau AppStore dan daftar akaun pengguna secara percuma.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI