“We All Akan Jumpa Baby Dalam Sebelum Lebih,” – Mawar Rashid

Share

Sering berkongsi momen bersama suami dan keluarga, Mawar Rashid mengakui dia kini teruja menantikan kehadiran orang baru dalam keluarganya.

Apatah lagi, cahaya mata yang dijangka bakal dilahirkan lebih sebulan lagi merupakan pengalaman pertama seumpamanya buat Mawar.

“Terlebih excited pulak. Sebab ada beberapa faktor. Dah lama tak #OOTD ngan hubby love,  We all akan jumpa baby lagi sbulan lebih.

“Dapat pujian dari suami masakan sedap dan Harini hubby puji cantik, lepas tu, he took my photos…dup dap dup dap,” tulisnya sambil disusuli dengan tanda palang
#HatiBersyurga #MummyLovesPapa dan #MySweetRaden

Mawar mendirikan rumah tangga dengan suaminya, Raf atau nama sebenarnya, Raden Ahmad Faizal Yaakob pada 9 November tahun lalu.

Foto: Instagram Mawar Rashid

 

 

 

 

 

Published by
Rafiq Mazlan