
Sepanjang perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), banyak aktiviti seisi keluarga boleh dilakukan bersama.
Pelakon Nabila Huda misalnya, telah mengisi masa untuk mempelajari bahasa Mandarin bersama anak tunggalnya, Keisha Laila di kediamannya.
Kongsi pelakon berusia 36 tahun ini, dia berasa sangat gembira kerana berpeluang untuk mempelajari bahasa Mandarin bersama anaknya.
“Our 1st mandarin class together! We had so much fun!!
“Thank you lao shi Nadia..@fasihmandarin @lilkupukupu,” tulisnya.
Sekadar informasi, Nabila telah mendirikan rumah tangga dengan Zaidy Zailani pada tahun 2008, namun berpisah dua tahun kemudian.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan anak perempuan bernama Keisha Laila, 8.
Selepas itu, Nabila berkahwin bersama Mohd Izwan pada Disember 2015.
Foto: Instagram Nabila Huda
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Foto Mira Filzah Buat Netizen Sebak. Rupa-Rupanya, Ini…

Sedang menunaikan umrah ketika ini, Mira Filzah memuat naik sekeping foto yang merakamkan bapanya, Badioezaman sedang membantu pelakon itu mendaki Jabal Rahmah.
Foto dengan kapyen, ‘just a candid photo of a father helping his daughter to climp up Jabal Rahmah.
‘Nothing much for you, but a thousand meaning for me. Abah‘ yang ditulis Mira nyata menjentik hati.
Foto ini cukup menyentuh hati netizen melihat akrabnya hubungan mereka anak beranak.
Malah, ada juga yang bergurau membayangkan mereka adalah lelaki yang memegang tangan Mira menaiki Jabal Rahmah.
Foto – Instagram Mira Filzah
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Tiada Istilah Saya Menjauhkan Diri,” – Konon Masam Muka Dengan Elite Sejak Tak Sertai GV5, Watie Sadali Perjelas Situasi Sebenar

Pelakon dan penyanyi, Watie Sadali menafikan hubungannya bersama anggota Elite kian renggang gara-gara tidak kerap mengisi masa bersama ahli kumpulan berkenaan.
Watie atau nama sebenarnya, Norwati Sadali berkata, meski jarang kelihatan bersama di mana-mana majlis, namun hubungan mereka masih lagi baik dan kerap berhubung di media sosial.
“Kami masih lagi berhubung, cuma saya tidak nafikan mungkin dalam mana-mana acara atau pun projek saya tiada bersama Elite. Misalnya ketika mereka bersaing di GV5 lalu, saya belum bersedia untuk buat persembahan di atas pentas.
“Saya pun sudah lama tak menyanyi, tak mahu memalukan diri sendiri. Jadi adalah lebih baik untuk saya buat keputusan untuk tidak bertanding.
“Tambahan pula ketika itu saya juga ada beberapa komitmen dengan lakonan, keluarga dan sebagainya. Rasa macam sukar untuk fokus antara pertandingan dan lakonan nanti. Kita pun dah berumur, saya dah pun 43 tahun,” katanya.
Jelas Watie, persahabatan di antara mereka kekal terjalin cuma ketiadaannya di pertandingan nyanyian itu membuatkan ramai yang meneka mereka sudah tidak bertegur sapa.
“Masih lagi baik. Cuma buat masa sekarang kami jarang berjumpa, apatah lagi dalam situasi pandemik Covid-19 selain masing-masing turut ada komitmen sendiri.
“Apa pun, kami kekalkan hubungan dengan saling berkomunikasi di grup WhatsApp. Misalnya ketika sambutan tahun baru, kami saling berbalas ucapan.
“Begitu juga bila tiba hari jadi, kami tak akan lupa untuk berikan ucapan. Biarlah jauh di mata, tetapi dekat di hati. Itu pun sudah baik dan memadai. Tiada istilah saya menjauhkan diri.
“Tetapi saya tidak nafikan ada yang buat spekulasi kami bergaduh lebih-lebih lagi ketika saya tak sertai Elite dalam GV. Ada yang terkejut. Malah, Azza yang paling awal pelawa saya, cuma waktu itu saya rasa takut.
“Ia program pertandingan dan saya ni seorang yang ada ‘darah gemuruh’. Bila konsepnya begitu, perasaan itu tiba-tiba jadi lain. Kalau buat persembahan biasa, saya tidak kisah,” katanya.
Dalam perkembangan lain, Watie kini sibuk di lokasi drama rantaian, Ustazah Biker yang bakal bersiaran di saluran Salam HD Februari depan.
Selain Watie, turut sama terlibat di dalam drama arahan Lizam Togil (Ujang) terbitan A Aida Production Sdn Bhd itu ialah Hazman Al-Idrus, Alif Muhaimin, Chacha Maembong dan ramai lagi.
Foto: Instagram Watie Sadali
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Umpamanya Bila Datang, Kita Macam…,” – Ani Maiyuni Teruja, Issey & Shafiq Farhain Antara Yang Turun Padang & Bakal Meriahkan Pantai Timur Food Festival

Berita baik buat penggemar juadah Pantai Timur, lebih 100 gerai bakal menanti pengunjung bersempena Pantai Timur Food Festival yang bakal berlangsung pada 29 September hingga 1 Oktober ini di Anjung Floria Persint 4, di Putrajaya.
Lebih menarik pengunjung boleh membawa seisi keluarga kerana masuk adalah percuma dengan pelbagai pilihan makanan serta gerai jualan.
Festival anjuran Mek Noor Nasi Dagang itu juga membariskan artis seperti Issey Fazlisham, Ani Mayuni, Ayu Damit, Syafiq Farhain, Aril Pilus, Haziq Rosebi dan Serina Redzuan yang turut sama-sama mencari rezeki dengan berniaga menu masing-masing.
Turut serta ialah Avaa Vanja, Balkish Semundur, Isma AF, Pupsa Gomen, Nazeera Sardi, Roslan Madun, Khairul Anuar dan pemegaruh media sosial Mami Dedi, termasuk Ustaz Akhil Hay serta penyampai radio Gegar, Shah.
“Saya bersama rakan artis dan pempengaruh lain teruja untuk sama-sama ikut serta dan berniaga sebab kita sedia maklum sebagai selebriti kita juga perlu turun padang dan bertemu empat mata dengan peminat.
“Meski hampir separuh jualan yang ditawarkan ialah menu Pantai Timur, namun festival ini turut membuka peluang kepada vendor lain untuk berniaga masakan daripada negeri lain juga. Umpamanya bila datang, kita macam ‘jelajah’ ke seluruh Malaysia untuk nikmati juadah,” kata Ani Maiyuni.
Selain gerai jualan makanan, aktiviti lain juga bakal diadakan seperti ceramah agama, demonstrasi masakan, jualan kraftangan, permainan tradisional, galeri dan pavilion setiap negeri pantai timur.
Wakil Mek Noor Nasi Dagang berkata, selain mempromosikan warisan dan tradisi pantai timur, festival itu juga membuka peluang kepada usahawan berminat untuk berniaga pada kadar sangat berpatutan.
“Lokasi yang dipilih juga strategik dan sesuai untuk semua peringkat umur untuk hadir serta beriadah dengan keluarga.
“Usahawan juga wajar merebut peluang ini kerana kita jangkakan bakal mendapat sambutan hangat dalam festival selama tiga hari itu.
“Kami juga mahu memperkenalkan lagi seni budaya tiga negeri Pantai Timur kepada orang ramai termasuk generasi muda dan pelancong,” katanya.
Harga booth juga sangat berpatutan iaitu RM1,500 untuk tiga hari selain cabutan bertuah bernilai RM25,000 termasuk barangan elektrik, motosikal dan wang tunai turut ditawarkan.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI