Pasangan dua sejoli, Scha Alyahya dan Awal Ashaari sering menjadi perhatian peminat kerana dikatakan pasangan yang sangat secocok dan serasi.
Baru-baru ini, MH telah berkesempatan untuk bertemu dengan Scha untuk bertanyakan perkembangan terkini mengenai dia dan keluarganya.
Scha atau nama sebenar Sharifah Nor Azean akui dia sering mendapat soalan daripada peminatnya mengenai soalan perancangan untuk menambah cahaya mata.
“Banyak dapat soalan itu tapi yes honestly saya dah bersedia untuk memberi adik kepada Lara,
Kongsi Scha, ini merupakan satu tekanan buat dirinya namun dia sentiasa berfikiran positif.
“Itulah salah satu tekanan buat Scha tapi I don’t take it personally sebab itu suatu yang normal.
“Yes we have tried, dah mencuba cuma tidak ada rezeki lagi.
“Bagi Scha, doa-doakanlah…Scha memang nak, kalau boleh Scha nak atleast dua atau tiga anak,”kongsinya jujur.
Terdahulu, hos Dewi Remaja itu ditemui media pada majlis pelancaran produk pelembut kain jenama Downy.
Scha turut dipilih sebagai wajah wakilan jenama produk berkenaan yang telah berlangsung di Mydin USJ, Subang, pada Ahad.
https://www.instagram.com/p/Bw04tWPDUXm/
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Bekas Peserta Mentor 4 Protoge Ziana Zain, Thalia Rasul Ambil Keputusan Untuk Tidak Lagi Berhijab
Penyanyi yang juga bekas peserta program Mentor musim keempat, Thalia Rasul mengambil keputusan untuk tidak lagi mengenakan hijab, bermula hari ini.
Jelas pemilik nama lengkap Ketty Natalia Rasul Khan ini kepada MH, apa yang berlaku tiada kena mengena dengan statusnya.
Cuma, bintang ini mengakui tidak kuat menghadapi setiap tohmahan sekeliling.
“Saya tahu apa yang dilakukan ini bukanlah yang sepatutnya. Malah saya sendiri pun sekolah agama. Akan tetapi saya ingat pesan arwah bapa saya pesan, katanya orang jahat tidak akan minta untuk jadi jahat.
“Tapi solat kena jaga. Itu yang saya ingat sampai sekarang,” katanya merakam kembali momen lebih empat tahun lalu.
“Malah ketika itu pun saya baru sahaja mengenakan tudung tanpa perminataan daripada sesiapa. Memang rasa lebih tenang pada ketika itu. Bagaimanapun setelah banyak hal yang berlaku dalam hidup, termasuk kata-kata negatif dari sekeliling membuatkan diri ini tidak kuat.
“Saya berhijab pun ada yang tempelak saya dengan macam-macam kata meski mereka tidak tahu apa yang dikatakan itu benar atau pun tidak.
“Jadi bila hal sedemikian membuat saya rasa lebih baik kalau saya tidak ambil pusing cakap-cakap orang. Sebab bagi saya, Allah masih pegang hati saya. Tidak dinafikan, saya segala hal yang berlaku membuatkan saya depresi hingga ada ketika mahu cabut nyawa sendiri.
“Tetapi alhamdulillah, Dia masih ada dengan saya. Meski tidak lagi mengenakan hijab saya masih Thalia yang dulu. Hanya Dia yang boleh hakimi saya, bukan manusia lainnya,” jelas Thalia jujur.
Mengharapkan agar peminat di luar sana memberi kata semangat agar kembali istiqomah, bekas protoge Ziana Zain ini turut berdoa agar hidupnya kembali tenang.
“Sudah pasti saya perlukan sokongan semua. Berikan saya doa dan kata-kata yang baik agar ini lebih mampu menjadi insan yang lebih baik daripada sebelumnya. Usah kita saling membenci sebab akhirnya ia hanya makan diri sendiri.
“Saya berharap agar hidup kembali tenang dan boleh teruskan kerjaya nyanyian. Alhamdulillah, perjalanan kerjaya saya masih lagi berjalan seperti biasa,” ujarnya yang bakal muncul dengan single terkini berjudul Janda Istimewa, duet bersama kumpulan Pang5.
Menurutnya, single berkenaan akan dilancarkan dalam tempoh terdekat. Terdahulu, Thalia sinonim menerusi lagu Diratah Hiba.
Foto: Instagram/Facebook Thalia Rasul
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Walaupun Kita Dah Jaga Sebaiknya.. Benda Ini Patut Dielakkan..” – Elfira Loy
Isi Kandungan
ToggleBergelar selebriti apa yang dipaparkan mungkin tak seindah apa yang dibayangkan. Kita sering melihat selebriti tampil cantik dan bergaya sempurna di khalayak umum. Disebalik ‘kesempurnaan’ itu mereka juga manusia biasa yang mengalami masalah sama seperti wanita-wanita diluar sana.
Siapa sangka ibu kepada dua cahaya mata ini juga mempunyai ‘struggle’ tersendiri dalam memastikan kesihatan rambut terjamin disebalik helaian tudung yang digayakan. Ini perkongsian Elfira Loy tentang bagaimana dia menangani masalah rambut rosak dan tudung mengeluarkan bau kepam yang kurang enak.
Jangan Buat Perkara Yang Satu Ini! – Elfira Loy
Menyedari dia antara artis yang sudah lama bertudung dan menutup aurat, Elfira memberitahu salah satu tip yang boleh dikongsi khusus untuk wanita berhijab, setelah menyuci rambut dengan syampu, anda perlu pastikan rambut betul-betul kering dan tidak boleh terus pakai hijab dalam keadaan rambut basah.
“Walaupun kita sudah jaga rambut sebaiknya dan benda ini patut dielakkan. Ramai yang lupa kerana mahu cepat bergegas ke tempat kerja atau aktiviti lain. Dan bagi yang bekerja 12 jam sehari pula cuba cari masa untuk biarkan rambut anda bernafas. Inilah tip yang memang El amalkan sejak mula berhijab beberapa tahun lalu.
“Biasanya untuk seminggu tu tiga kali saja El bersyampu dan waktu inilah El akan cuci kelemumur pada kulit kepala. El juga akan pastikan guna conditioner pada rambut dan kemudian pastikan rambut kering sebelum memakai hijab,” ujarnya ketika ditemui team NONA pada sebuah majlis di Usj, Subang.
Elfira Syorkan Syampu Ini Untuk Pelihara Kesegaran Rambut Wanita!
Elfira Loy turut mendedahkan sepanjang berhijab dia amat selesa memilih Rejoice Hijab Perfect Cool untuk menjaga kesihatan dan kebersihan rambutnya, kerana sukakan bauan segar.
“El betul-betul jatuh cinta dengan syampu ini. Bila El basuh rambut pada waktu pagi, El benar- benar terkejut dengan kebersihan dan sensasi kedinginan ditambah dengan bau bunga Kasturi yang sangat menyegarkan.
“Jadi El tak kisah kalau seharian berada di luar dengan persekitaran yang lembap dan terdedah kepada cahaya matahari dan debu pada waktu yang lama. Rambut dalam tudung El masih bersih, sejuk dan segar.
“El sangat gembira dengan produk ini dan nak syorkan produk ini kepada wanita-wanita bekerjaya yang perlu memakai tudung seharian di luar sana!”, ujar ibu kepada dua cahaya mata itu.
Untuk rekod, artikel ini merupakan artikel olahan semula dari HIJABISTA.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Sumber Foto: Instagram Elfira Loy
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Saya Mahu Kita Semua Membasahkan Lidah Dengan Alunan Zikir,” – Rafidah Ibrahim Lancar Lagu
Lantang memperjuangkan isu Palestin membuatkan nama Rafidah Ibrahim sering menjadi perhatian pengikut sejak dahulu. Baginya, apayang berlaku lepas umat Islam di sana merupakan satu bentukpenindasan yang tidak boleh diterima sama sekali.
Sebagai manusia biasa, hatinya bagai direnggut setiap kali melihatkan penindasan yang berlaku kepada penduduk di Gaza dan Rafah yang saban hari hidup dalam ketakutan.
“Sebab itu saya lantang memberikan pandangan dan menyebarkan kefahaman kepada mereka yang mengikuti saya melalui media sosial. Saya ambil ini sebagai tanggungjawab bukan untuk diri sendiri semata-mata tetapi juga untuk seluruh umat Islam bagi menyokong Palestin.
“Saya mahu kita bersatu hati bukan sebagai rakyat Malaysia sahaja, sebaliknya sebagai komuniti sejagat bagi menghantar isyarat kepada dunia yang kita peduli kepada mereka yang menjadi mangsa kekejaman ini,” katanya.
Mesra disapa dengan panggilan Fida, ibu kepada seorang cahaya mata ini turut memahami ada segelintir rakyat Malaysia yang masih kurang memahami apa yang berlaku dan menjadi peranannya untuk memberikan kefahaman jelas situasi di sana.
Atas sebab itu, Fida sentiasa memberikan kefahaman melalui video yang dimuat naik melalui akaun media sosial miliknya agar timbul kesedarantentang Palestin berterusan dan bukan sekadar ‘hangat-hangat’ semata-mata.
“Apa yang menggembirakan saya apabila melihat ramai bukan Islam mula faham situasi di sana dan memberikan sokongan kepada Palestin. Ini membuktikan kita berjaya bersatu hati hasil daripada usaha semua pihak,” tambahnya lagi.
Dalam pada itu, Fida kini optimis melancarkan lagu zikir berjudul La Illah Ha Ilallah yang juga merupakan lagu ciptaan sepenuhnya oleh Hazmi Fahim.
Mengakui teruja dan dalam masa yang sama berdebar menantikan reaksi peminat sementelah sudah lama tidak merakamkan lagu baharu, dia gembira dapat merakamkan lagu zikir yang pastinya memberikan seribu satu ketenangan kepada mereka yang mendengarnya.
“Saya mahu kita semua membasahkan lidah dengan alunan zikir bila kali diberikan peluang merakamkan lagu ini. Ini peluang yang baik untuk kita sama-sama berselawat dan berzikir memuji Tuhan yang satu.
“Sebenarnya apabila saya dikurniakan cahaya mata, saya mahu memperdengarkan lagu zikir ini kepada anak. Jadi, saya berharap mana-mana ibu bapa yang lain memperdengarkan kepada anak-anak mereka.
“Selain memenangkan hati lagu ini juga memberikan pahala kepadamereka yang sama-sama berselawat,” tambahnya lagi.
Pun begitu, Fida tidak dapat melupakan kenangan saat merakamkan La Illah Ha Ilallah memandangkan dia sedang sarat mengandung lapanbulan. Walaupun sedikit mengah ketika proses rakaman, semuanya dapat dilakukan dengan baik.
“Sebenarnya lagu ini dirakamkan sebanyak dua kali selepas saya melahirkan anak. Ada beberapa penambahbaikan perlu dilakukan memandangkan ada masalah sebutan beberapa perkataan Arab yang terapat dalam lagu ini.
“Sebenarnya saya sudah melakukan ulang kaji tentang sebutan Arab ini melalui kelas mengaji secara online melalui platform TikTok.
“Ramai yang membantu memperbetulkan sebutan dan saya amat hargai perananmereka ketika itu selain bimbingan daripada Ustaz Aidil (NAQO) yang banyak membantu,” kata duta kepada Bidadari Bootcamp ini lagi.
Untuk rekod, La Illah Ha Ilallah diterbitkan oleh Sheikh Qalam Records dengan kerjasama Sony Music Entertainment Malaysia dan ia sudah pun dilancarkan secara rasmi pada 7 Jun lalu disemua pelantar digital.
Sementara muzik video liriknya juga kini sudah boleh ditonton menerusi laman YouTube.
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI